Betullah orang kata bila dah duduk rumah tak tahu nak buat apa, kadang suami ni boleh je di asah bakatnya. Tak sempurna tak apa janji ada kemahuan untuk membantu dan menolong apa yang patut.

Masa ni lah orang kata pasangan boleh tunjukkan skil apa yang dia ada. Bagi isteri dapat tengok suami  buat kerja yang mudah seperti kemas rumah, jemur kain atau jaga anak pun dah rasa gembira sangat.

Memandangkan tempoh berada di rumah dilanjutkan lagi oleh kerajaan, nampaknya ramai juga artis yang bergelar suami menunjukkan skil mereka menguruskan anak dan membantu isteri.

Bagi pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu banyak perkongsian videonya menunjukkan dia ada melakukan beberapa aktiviti sepanjang berada di rumah bersama keluarga.

Dengan gelagatnya yang bersahaja setiap video yang dikongsikan pasti buat orang ramai tak kering gusi menontonnya malah turut menyelitkan kata-kata nasihat untuk orang ramai terutama golongan suami lebih faham. Dengan setiap ‘punchline’ nya itu mampu buat anda tertawa.

Masak welcome-welcome

Dalam satu video yang dimuat naik oleh Jep, dia menunjukkan caranya membantu isteri, Sari Yanti dengan membuat ‘jemput-jemput’ untuk hidangan makan malam bersama anak-anak.

IKLAN

Orang kata tak pandai tak apa, janji ada skil sikit-sikit kira bolehlah.

Lagipun Jep menjelaskan Sari Yanti tengah sarat dan sekurang-kurangnya cara ini dapatlah bantu dan beri isteri rehat.

Banyak aktiviti boleh buat

IKLAN

Jep juga turut menjelaskan, untuk tak mahu rasa bosan duduk lama-lama di rumah boleh juga tolong isteri lipat kain.

Masa ni lah nak belajar cara lipat yang betul. Masa bujang tak kisah nak lipat macam mana tapi bila dah kahwin kenalah belajar. Lama-lama mudahlah.

IKLAN

Makan, tidur memanglah boring. Buatlah apa-apa aktiviti 

Apa saja video yang dimuat naik oleh Jep sepanjang dia berada di rumah, rata-rata peminatnya yang menonton pasti tersenyum. Mungkin perkongsian Jep boleh bagi idea pada anda lepas ni.

Ingat tak sempurna tak apa, janji ada kemahuan suami nak tolong ya. Barulah isteri pun makin sayang. Nak bawa keluar jalan-jalan tak boleh, jadi inilah masanya nak gembirakan hati isteri.

Sumber: Instagram Jep Sepahtu

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI