Satu Kes Positif Covid-19 Melibatkan Murid Sekolah Rendah Di Sabah

Share

Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS) mengesahkan satu kes positif COVID-19 dikesan membabitkan seorang murid sekolah rendah di negeri ini, Isnin lalu.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata susulan itu, sampel daripada semua rakan sekelas dan ahli keluarga pesakit sudah diambil.

“Semua kontak juga sudah diarahkan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari.

“Kita menasihati semua ibu bapa supaya sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar mereka ke sekolah jika ada sebarang simptom COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular mesej dalam media sosial mendakwa seorang murid sekolah di Inanam dikesan positif COVID-19.

ARTIKEL BERKAITAN [Kluster Sivagangga Di Kedah. 73 Tabika & 3 Taska Ditutup Elak Penularan Covid-19]

Dalam pada itu, Dr Christina memaklumkan, pihaknya sudah menjalankan sebanyak 766 ujian COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya bagi seluruh Sabah mencecah 144,820, setakat kelmarin.

Sumber: Berita Harian

**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

IKLAN