Setiap kali kita bawa anak menaiki kereta, doa pertama yang sering terbit dari hati ibu ayah ialah, “Ya Allah, lindungilah perjalanan kami.” Kita mahukan mereka sampai dengan selamat ke destinasi, tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Tetapi, dalam pada kita berharap pada doa, sudahkah kita memastikan langkah praktikal paling mudah untuk keselamatan anak-anak, iaitu memasang tali pinggang keledar?
Ramai ibu ayah mungkin rasa, kalau perjalanan dekat atau anak duduk di belakang, tidak mengapa jika tidak memasang tali pinggang keledar. Hakikatnya, malang tidak berbau. Statistik menunjukkan kebanyakan kemalangan berlaku ketika perjalanan jarak dekat, dan tanpa perlindungan tali pinggang keledar, risiko kecederaan parah pada kanak-kanak meningkat berkali ganda.
Anak Belajar Daripada Apa Yang Mereka Lihat
Anak-anak adalah peniru tegar. Mereka lebih percaya dengan apa yang mereka nampak berbanding apa yang kita cakap. Kalau ibu ayah sendiri selamba masuk kereta tanpa memakai tali pinggang keledar, jangan pelik kalau anak juga rasa ia bukan perkara penting.
Ads
Sebaliknya, bila setiap kali kita masuk kereta, perkara pertama yang dilakukan ialah klik tali pinggang keledar, anak akan terbiasa. Ia jadi rutin automatik. Tanpa disuruh pun mereka akan ingat, “Eh, kena pakai seatbelt dulu.” Inilah kuasa teladan yang ibu ayah bawa dalam kehidupan seharian.
Lebih Dari Sekadar Elak Saman
Penting untuk anak faham, tali pinggang keledar bukan dipakai kerana takut polis atau kerana ada undang-undang. Ia adalah soal tanggungjawab menjaga diri sendiri dan orang tersayang. Bila anak memahami sebab di sebalik amalan ini, ia akan menjadi nilai hidup yang mereka bawa ke mana sahaja, bukan sekadar peraturan yang mereka patuhi hanya bila ada penguatkuasaan.
Ads
Konsisten & Tegas
Ibu ayah perlu konsisten. Jangan ada istilah “tak apa, dekat je.” Setiap kali anak duduk dalam kereta, walau 5 minit perjalanan, pastikan mereka tahu perkara pertama ialah pakai tali pinggang keledar. Lebih awal kita latih, lebih mudah ia melekat menjadi tabiat.
Anak mungkin merungut pada awalnya, tetapi bila ia jadi kebiasaan, mereka sendiri akan rasa “tidak selesa” jika tidak memakainya. Lama-kelamaan, ia jadi sebahagian daripada diri mereka.
Ads
Warisan Keselamatan Untuk Generasi Akan Datang
Bayangkan bila anak-anak kita membesar dengan tabiat ini, mereka akan jadi pemandu yang bertanggungjawab dan akan mendidik pula anak-anak mereka kelak. Inilah legasi keselamatan yang boleh kita tinggalkan dan membina budaya peka keselamatan jalan raya dalam keluarga dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Jadi, ibu ayah, jangan tunggu kemalangan berlaku baru mahu insaf. Mulakan sekarang. Jadikan tali pinggang keledar sebagai tabiat wajib setiap kali masuk kereta. Ia mungkin hanya satu klik kecil, tetapi besar nilainya dalam melindungi nyawa anak-anak tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Situasi yang sering dihadapi oleh ibu adalah bila nak buat kerjalah, anak merengek nak perhatian, ajak main, nak makan, nak tidur dan macam-macam lagi. Sampaikan bila dah macam ni, niat ibu yang nak selesaikan kerja pun jadi tertangguh.
Menurut Pakar Keibubapaan, Puan Maznah Ibrahim, tiap kali anak perlu perhatian, dahulukan hak anak. Beri perhatian dan buat bersama aktiviti dia (yang dia suka/ dia minta / berpusatkan dia semata)
Selepas diberi ‘fully’ dalam 10 minit, beritahu anak ibu ada kerja sebentar (atau nak memasak sebentar, nak mandi sebentar dll) – boleh tinggalkan dia (atau mereka) habiskan kerja yang dia dah seronok ‘engage’ buat contoh conteng/lukis buku, merangkak lompat-lompat halangan, atau tonton video ringkas dalam 15 minit.
Kuncinya- DAHULUKAN HAK ANAK, InsyaAllah kemudiannya si ANAK AKAN BERI HAK KITA PULA.
Kerana yang pegang hati anak ialah Allah. Allah beri semula masa puan lagi banyak sebab puan beri hak anak yang mahu masa dengan puan.
The more you give, the more you get. KEYWORD di sini ‘MORE’. Ia memang tak dapat diterangkan secara saintifik masa kuantiti nombor, tapi ia secara Law of Universal Attraction.
Sama dalam penekanan oleh Pn Husna Haron pengasas Formula Masa
Jika anda baca Quran 1 page, atau 1 juzuk makan masa xx minit, ada panjangkan kuantiti muka surat atau juzuk, anda akan rasa masa tu lapang sangat, berganda-ganda masanya. xxxxxx masa lagi. Solat juga begitu, tambahkan solat sunat.
OK berbalik pada ‘fulltime’ beri perhatian pada anak tu, ia tak lama pun, dalam 10 minit berkualiti, puan akan dapat dalam 30 minit berkualiti tak diganggu si anak dan bila puan tenang dapat masa 30 minit tanpa gangguan tu, Insyaallah kerja penting puan tu akan selesai.
Inilah dinamakan ‘masa yang berkualiti sebab kita dapat fokus’.
Give 10 – will get 30
Give 10 again – will get another 30.
Total u will get 1 hr when u give 20 mins to your child.
Anak happy, mak pun tenang happy.
* untuk saya yang bekerja pun, saya guna teknik masa ini sebaik saya ambil anak-anak, masa aktiviti untuk mereka dulu (playground), jika tak berjalan, terus balik rumah, juga saya akan spend masa bermain di lantai dengan mereka dulu, baru saya settle kan diri saya (mandi, masak), then ajak anak-anak mandi bersihkan diri mereka sambil saya continue memasak.
* bila anak dah besar, dalam 5-6 tahun, anak akan sangat GIVE IN sanggup beri masa untuk saya (tolerate) atau bila anak usia 3 tahun dia akan sangat memahami masa mak untuk aktiviti rutin pendek i.e mandi solat makan saya. Sebab, masa dia kecil kita banyak GIVE IN untuk dia. Jika bayi masa pantang, memang 100% masa kita untuk dia, kan. Ia berlarutan berkurangan sedikit demi sedikit, hingga anak bersekolah, dan masuk uni esok, bekerja dan berkahwin. Masa tu mula la kita alami sindrome Empty Nest dan rindu zaman dia demand masa dengan kita.
Nak anak berani dan bijak buat keputusan, mak ayah kena beri kebebasan dari awal serta bersyarat. Ini antara faktor untuk tingkat yakin diri pada anak dan menjadi insan yang hebat, berwibawa serta baik akhlaknya.
Walaupun ramai mak ayah merungut susah dengan keadaan hari ini untuk beri kebebasan pada anak, ada cara yang lebih praktikal untuk dilakukan. 9 tip ini memang kita dah buat cuma tak dimanfaatkan sepenuhnya.
Memang anak-anak perlu diberikan galakan, tak kiralah apa pun yang mereka lakukan. Baik ketika mereka belajar merangkak, mengayuh basikal mahupun membaca. Tapi awas, jangan terlalu banyak melontarkan pujian terhadap anak-anak. Sikit-sikit “Bagus!”,”Sayang memang pandai!”,”Bijaknya anak mak!” Lama-lama mereka pun jadi kalis terhadap pujian, sampai tak tahu nak bezakan mana pencapaian mereka yang memang patut untuk diraikan. Anak-anak pun tahu ya kalau mak ayah puji berlebih, “Memang lukisan Amin nilah yang tercantik sekali ayah pernah tengok”. Puji anak biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya. Daripada puji hasil, tukar kepada puji usaha!
Macam kejam sangat bunyinya tu kan. Manalah ada mak ayah yang sanggup tengok anak terluka, sedih, kecewa. Tapi ada perkara-perkara yang anda tak perlu masuk campur. Biarkanlah anak-anak belajar dan alami sendiri. Kawan tak ajak mereka bermain? Anak tak terpilih masuk dalam acara lari dalam guni? Tak perlu menghadap guru besar dan desak mereka pilih anak kita. Anda sebenarnya tak membantu mereka pun. Kata Robert Brooks, penulis bersama buku Raising Resilient Children, kanak- kanak perlu tahu yang tak mengapa kalau mereka gagal, bahawa perasaan sedih, cemas dan marah itu normal. Mereka belajar untuk berjaya dengan menghadapi cabaran, bukannya dengan mengalihkan halangan itu bagi pihak mereka. Pendek kata, jangan balut anak-anak dengan bubble wrap, berikan mereka peluang untuk mengambil risiko.
Latihlah anak-anak untuk belajar membuat keputusan sendiri sejak dari kecil. Beri peluang untuk mereka membuat pilihan dalam perkara-perkara tertentu yang melibatkan mereka, contohnya baju apa nak pakai hari ni, sarapan pagi nak makan apa. Tapi pilihan yang bagaimana? Kalau mak ayah beri sepenuh kuasa kepada anak-anak pun tak boleh juga, nanti haru biru jadinya. Berilah dua atau tiga pilihan tertentu yang boleh anak pilih daripadanya. Contohnya jangan tanya terus “Adik nak makan apa pagi ni?” tapi tanyalah “Pagi ni adik nak makan roti bakar atau nasi goreng?” Pada masa yang sama juga, pastikan anak-anak tahu yang sesetengah perkara lain adalah tertakluk di bawah kuasa anda. Contohnya perlu atau tidak mereka ke sekolah hari ini!
Kalau anak-anak jenis yang mudah berasa kecewa apabila gagal, bantulah mereka untuk jadi lebih optimistik. Tapi jangan hanya sekadar ucap kata-kata indah ” Dik, pandanglah ke sisi positif, jangan lemah.” Sebaliknya galakkan anak-anak berfikir mencari penyelesaian bagaimana caranya untuk memperbaiki keadaan dan mencapai impian mereka. Kalau mereka kecewa kerana tidak terpilih memegang watak dalam pementasan drama sekolah, katakan kepada mereka, “Papa tahu Anis rasa sedih, apa kata kita fikir macam mana caranya supaya peluang Anis untuk terpilih lain kali lebih tinggi.”
Cuba dedahkan anak-anak kepada pelbagai jenis aktiviti berbeza. Apabila mereka dah temui apa yang mereka suka, galakkan mereka. Kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu benda, tak kiralah apa pun, sama ada memasak, bermain skateboard ataupun menari selalunya berasa bangga dengan kepakaran mereka dan mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk berjaya dalam bidang-bidang yang lain.
Hobi-hobi aneh juga dapat membantu anak-anak yang menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri di sekolah, malah anda boleh membantu anak-anak menggunakan minat mereka untuk berhubung dengan kawan-kawan yang lain. Contohnya, jika anak anda minat melukis tetapi kebanyakan kawan-kawannya minat bersukan, galakan anak anda untuk melukis sesuatu yang berkaitan dengan sukan dan tunjukkan kepada rakan-rakan yang lain.
Menurut penulis buku Raising a Thinking Child, Dr.Myrna Shure “Kanak-kanak berasa yakin apabila mereka dapat berunding untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.” Kajian beliau mendapati kita sebenarnya boleh mendidik anak kecil untuk menyelesaikan sendiri masalah mereka. Caranya? Zip mulut anda. Sekiranya mereka datang mengadu kepada anda apa yang terjadi, jangan terlalu cepat memberikan mereka penyelesaian. Tanya mereka akan cara terbaik yang mereka rasa patut dibuat. Rangsang minda mereka untuk berfikir dengan bertanyakan soalan yang tepat
“Apabila kanak-kanak berasa bahawa mereka menyumbang kepada perubahan, tak kiralah sama ada membahagi-bahagikan gelas di taman asuhan ataupun membawakan biskut ke rumah orang tua, mereka akan berasa lebih berkeyakinan,” kata Dr.Brooks. Memang bagus kalau anak-anak diberikan tugas sendiri dirumah, tetapi lagi baik kalau anda meminta anak kecil untuk membantu dalam sesuatu projek.“Umi memang perlukan bantuan kakak!” Mereka dapat melihat sendiri bahawa kerja orang dewasa memerlukan usaha, dan ini dapat membantu mereka agar tidak terlalu keras terhadap diri sendiri di masa depan kelak, kata Dr.Hirsh-Pasek
Kanak-kanak memang suka berkawan dengan rakan-rakan seusia mereka, tapi jangan lupa yang bergaul dengan orang yang lebih dewasa juga penting untuk mereka. Meluangkan masa disamping orang dewasa dapat meluaskan dunia anak-anak, mengalakkan mereka untuk berinteraksi dengan orang yang lebih besar (selain anda) dan memberikan mereka cara lain untuk berfikir. Kajian mendapati bahawa hubungan rapat anak kecil dengan orang-orang dewasa tertentu (seperti bapa saudara, guru, kawan ibu ayah) menjadikan anak-anak lebih berdaya tahan.
Jika anak-anak dapat membayangkan diri mereka melakukan sesuatu yang penting pada masa depan, ia dapat membantu menambah keyakinan mereka. Berceritalah dengan anak-anak tentang bagaimana anda, pasangan anda atau orang lain yang mereka kenal memilih karier. Mungkin anak anda bercita-cita ingin menjadi angkasawan ataupun pelakon terkenal, tak mengapa. Jangan perlecehkan impian mereka. Walaupun dia mungkin bertukar fikiran nanti, apa yang penting adalah dia berfikir tentang matlamatnya.
Sumber: parents.com & shaznur
Rancangan realiti keibubapaan edutainment, Rockstar Junior Arrian dan Andra di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) Rabu ini, jam 9 malam menampilkan kehidupan Tomok, isteri dan anak-anaknya termasuk interview eksklusif, tip keibubapaan dan cabarannya.
#RockstarJr #ArrianAndra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sahaja menyambut hari lahirnya pada 19 April lalu, kini anak kedua penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sudah mula pandai berjalan.
Menerusi Insta Storynya, Siti yang kini tampil dengan lagu raya baru, Lip Lap Raya memuat naik video Muhammad Afwa yang kini sudah pandai bertateh di tepi-tepi katil.
Malah kongsi Siti lagi, anaknya itu kini sedang demam namun masih cukup aktif dan sentiasa berlatih berjalan setiap masa.
“Afwa demam panas tadi sampai 38.8 C. Lepas bagi ubat, bagi mandi dan kebah, tak nak tidur pulak. Nak berjalan je.
“Demam nak pandai jalan ni, satu bilik dia tawaf,” tulisnya Siti berkongsi.
Seronok melihat Afwa yang begitu berani meniti di tepi-tepi katil dan sesekali melepaskan tangannya untuk berjalan ke ruang kosong. Memang anak berani!
Dalam pada itu, video yang turut sama di muat naik di akaun peminat Dato’ Siti itu turut mendapat perhatian wargamaya.
Tidak hanya teruja melihat perkembangan Afwa yang begitu gigih untuk berjalan bahkan turut sama mendoakan agar Afwa lekas sembuh dari demamnya.
Semoga Afwa cepat-cepat sembuh dan semakin aktif, lagi-lagi dah pandai berjalan.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.