“Saya Fokus Untuk Hamil.” Janna Nick Aktif Kongsi Journey TTC, Elak Terasa Hati Kalau Orang Tanya

Share

Janna Nick dan Dini Schatzmann melangsungkan perkahwinan pada 10 Jun 2023 dalam majlis tertutup yang cukup indah. Dari luar, pasangan selebriti ni nampak macam dah ada semuanya, dengan kerjaya stabil dan hubungan cinta pun kuat. Namun, Janna tidak menafikan dirinya mahu mempunyai cahaya mata sendiri.

Menurut artis versatil ini lagi, dia tidak kisah berkongsi tentang usahanya untuk hamil kerana tidak mahu terasa hati jika ada yang bertanya nanti.

“Kalau tengok saya macam dah tak ada di dunia hiburan kerana sekarang fokus saya lebih kepada untuk mencuba hamil.

Saya memang aktif berkongsi perjalanan TTC saya supaya diri sendiri tak terasa kalau ditanya.”

Jadi, Janna sangat terbuka memberitahu yang dirinya sedang merancang untuk mengandung supaya orang lebih peka dan tahu tentang niatnya yang mahu merasai pengalaman hamil dan melahirkan anak.

Bukan Tak Bahagia, Tapi Rasa “Tak Lengkap” Tu Wujud

Ramai pasangan TTC boleh relate dengan apa yang Janna rasa. Bukan tak bersyukur dengan pasangan, bukan tak bahagia, tapi rasa “eh, bila lah giliran kita?” tu tetap ada. Bila orang mula tanya “dah ada isi ke belum?”, senyum jadi jawapan paling selamat walaupun dalam hati, Tuhan saja tahu.

Apa yang Janna kongsikan bukanlah keluhan, tapi lebih kepada perasaan sebenar sebagai wanita yang menanti. Tak semua orang mampu luah benda macam ni secara terbuka. Lagi-lagi bila status sebagai selebriti buat ramai anggap hidup dia ‘sempurna’.

Menanti Dengan Doa & Harapan

Dalam perkongsian tu juga, Janna ada kata dia percaya pada rezeki dan masa. Kalau belum sekarang, mungkin nanti. Sementara tu, dia dan Dini teruskan hidup seperti biasa, saling menyokong, dan menikmati masa berdua. Dia tahu, bila sampai masa yang tepat, Allah akan hadirkan rezeki tu juga.

Rasa kosong yang dia maksudkan bukan bermakna dia tak bersyukur. Tapi itulah realiti yang ramai pasangan TTC rasa terutamanya bila orang sekeliling makin hari makin ramai yang sambut kelahiran anak, tunjuk perkembangan anak dekat media sosial, dan kita pula masih menunggu dengan sabar.

Untuk Kamu Yang Masih Menunggu… You’re Not Alone

Perkongsian Janna ni walaupun ringkas, tapi cukup kuat untuk buat pasangan TTC rasa mereka tak keseorangan. Kadang kita perlukan satu suara yang berani untuk cakap, “aku pun tengah tunggu, aku pun pernah sedih macam kau.”

Mungkin juga kisah ni jadi satu peringatan lembut untuk semua, jangan sewenang-wenangnya bertanya orang tentang zuriat. Kita tak tahu apa perjuangan yang mereka lalui di sebalik senyuman tu.

Published by
Emy H