“Saya Halang Tapi Keluarga Bagi Juga” Tular Bayi 54 Hari Meninggal Selepas Diberi Minum Campuran Herba

Share

Hati ibu mana yang tidak sedih melihat keadaan anak yang tidak sedarkan diri akibat kecuaian orang lain. Lebih meluluhkan hati ibu apa bila bayi yang dijaga dengan penuh kasih sayang akhirnya pergi jua.

Menurut sumber, anak kecil yang baru berusia 54 hari itu disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas dan jangkitan paru-paru. Bercerita dengan lebih lanjut, Puan Aya akui sangat terkilan dengan sikap keluarganya yang sesuka hati memberi anak kecil itu minum air ramuan herba campuran daun kacang botol serta kencur.

Meskipun Puan Aya sudah melarang dan memberitahu ramuan tersebut tidak sesuai untuk bayi, tetapi keluarga tidak mengendahkan malah tetap memberikannya kepada si kecil. Namun siapa sangka, kesan daripada ramuan herba tersebut, si kecil mula sesak nafas dan menghidap jangkitan paru-paru.

Si ibu yang panik melihat keadaan anaknya bergegas mahu membawanya ke pusat rawatan namun lain pula yang jadinya apabila dihalang oleh keluarga. Mereka berpendapat penyakit tersebut boleh diubati dengan minuman tradisional sahaja. Akan tetapi, Puan Aya tetap bertegas mahu membawa anak kesayangannya itu ke hospital namun malangnya, sudah terlambat dan mangsa disahkan meninggal dunia. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Indonesia.

Kredit: Health Okezone

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN