Penyanyi Adira Suhaimi bakal menimang cahaya mata lelaki pada awal bulan hadapan.
Adira berkata dia gembira apabila mendapat tahu berita tersebut.
“Alhamdulillah, bayi dalam kandungan sihat. Insya Allah saya akan melahirkan anak lelaki. Apabila dimaklumkan perkara ini, saya sangat gembira. Jadi, cukup sepasang.
“Cuma, sejak kehamilan saya kerap demam. Mungkin ia pembawaan budak. Disebabkan itu, saya banyak menghabiskan masa di rumah. Kalau keluar pun pergi tempat yang tidak ramai orang.
“Saya juga ambil keputusan berehat daripada menyanyi sejak usia kandungan tujuh bulan. Saya mahu berehat dan fokus kepada kandungan,” katanya.
Ads
Berkongsi mengenai kehamilan keduanya itu, Adira berkata selera makannya bertambah hingga berat badan naik mencecah 72 kilogram berbanding sebelum ini 42 kilogram.
“Ketika mengandungkan anak sulung, berat badan naik dan saya kelihatan sangat gemuk. Sama macam sekarang. Ditambah pula selera makan bertambah.
“Pada mulanya risau juga kalau terkena kencing manis, tetapi selepas membuat pemeriksaan doktor memaklumkan keadaan kesihatan okey.
“Cuma, untuk proses bersalin nanti saya berharap dapat bersalin normal kerana anak sulung dilahirkan secara pembedahan. Jadi, doakan segalanya dipermudahkan nanti,” katanya.
Ads
Adira berkahwin sebagai isteri kedua kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Selepas selesai pembedahan apendiks disebuah pusat perubatan di Shah Alam, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berdepan masalah keradangan pada dinding rahimnya pula.
Bagi menghilangkan rasa sakit itu kata Uyaina di Insta Storynya, dia terpaksa mengurangkan rasa sakit dengan pengambilan ubat tahan sakit.
Pun begitu menerusi Insta Storynya yang terbaik, pelakon berbakat ini kini sudah pun dibenarkan pulang ke rumah namun perlu membanyakkan rehat demi kesihatan diri dan kandungannya.
Suami Uyaina, Raja Syahiran turut berkongsi hal yang sama malah tidak sampai hati melihat keadaan isteri tersayangnya itu.
Melihatkan isterinya menahan sakit selepas pembedahan dan keradangan pada rahim, penyanyi Raja Syahiran berkata dia merasa sedih.
“Memang sedih apabila melihat isteri meronta-ronta tahan sakit, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk bantu. Hanya mampu berdoa sahaja,” katanya.
Menurut Syahiran lagi, isterinya yang kini hamil anak sulung sudah pun dibenarkan pulang ke rumah dan dinasihatkan berehat selama dua minggu.
“Syukur isteri dan kandungannya sihat dalam keadaan baik sekarang ini dan doktor nasihatkan supaya berehat selama dua minggu.
“Selepas melihat keadaan isteri barulah saya faham bagaimana perasaan seseorang yang kita sayang dalam keadaan sakit namun tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya.
Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu. Minggu lalu, Uyaina berkongsi berita gembira dirinya sedang hamil anak sulung.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tatkala diri sedang hamil, sel kanser pula menyerang. Cabaran getir dilalui ibu ini dalam melakukan rawatan dan dalam masa yang sama menempuhi kehamilan sehingga bersalin.
Puan Rossimah Mohamed, ketika itu tidak menjangka bengkak pada bawah payudara yang dikesan semasa temujanji prenatal. Ibu tabah ini juga telah melalui ujian saringan mammogram mengesan kanser tersebut dan dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. Disebalik perjuanganya melawan kanser, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah apabila kehamilanya dapai diteruskan sehingga bersalin.
Ibu ini telah muncul dalam rancangan TV Pa&Ma episod 10, Kehamilan & Kanser yang telah disiarkan di pada 14 Mei 2019, di Astro Prima & Astro Prima HD.
ADA KETULAN DI BAWAH PAYUDARA KIRI
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengimbau kembali detik awal kehamilannya pada tahun 2015 di mana dia melalui ujian untuk memulakan pemeriksaan antenatal & rekod kehamilannya di sebuah klinik.
“Jururawat yang memeriksa mendapati ada ketulan pada bahagian bawah payudara kiri. Doktor mengesahkan ada ketulan dan membuat surat rujukan untuk refer ke hospital.
“Saya terus hadir ke hospital dan dalam masa 3 hari saya hadir untuk membuat ujian biopsi. Setelah 3 minggu, keputusan ujian mendapati saya mengalami kanser payudara tahap 2.
“Doktor menasihatkan saya untuk membuang ketulan atau membuang keseluruhan payudara. Saya berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk membuang kesemuanya kerana tidak mahu memgambil risiko pada masa akan datang,” kata Rossimah kepada Pa&Ma.
DUA OPSYEN YANG SUKAR, SAMA ADA GUGURKAN ATAU TERUSKAN KANDUNGAN
Manakala untuk kandungan, ibu ini diberikan dua opsyen yang dicadangkan oleh doktor. Ia adalah pilihan yang sukar iaitu sama ada untuk meneruskan atau untuk menggugurkan kandungan. Semasa proses pembedahan membuang ketulan tersebut, dia perlu dibius keseluruhan (bius am- general anesthesia) dan ini merisikokan bayi tidak mendapat oksigen.
Setelah mempertimbangkan segala-galanya, Rossimah dan suami memilih untuk meneruskan kandungan zuriat kedua mereka walau pun dirinya bakal menempuhi pelbagai cabaran rawatan barah.
LALUI KIMOTERAPI SEBANYAK ENAM KALI
Selepas pembedahan, Rossimah dirujuk ke Institut Kanser Negara dan beliau telah melalui rawatan kimoterapi sebanyak enam kali. “Semasa kimoterapi, bayi masih dalam kandungan. Saya day care, maksudnya ambil ubat pada sebelah pagi dan tengah hari saya sudah boleh pulang.
“Untuk kimoterapi 5 dan 6, saya melalui operation untuk percepakan proses radioterapi. Bayi saya pula, doktor beritahu ada masalah pada plasenta. Bagi ibu hamil plasenta makin lama makin membesar. Namun bagi saya, plasenta makin lama makin mengecut. Kesan daripada radioterapi itu, perkembangan kaki anak saya tidak berkembang dengan baik. Kakinya tidak lurus, ia membengkok sedikit,” kata Rossimah.
EMOSI TERTEKAN TAPI ROSSIMAH TERUS KUAT
Ibu juga turut mengakui emosinya terganggu. “Ketika rawatan kimoterapi pertama, saya tak boleh bangun. Kimoterapi pertama rambut gugur dengan banyak. Saya berasa sangat sedih tapi suami berikan kekuatan & dorongan. Mesti ada hikmah di sebalik semua ini.
“Ketika kimoterapi yang ketiga, saya minta suami botakkan sepenuhnya kepala. Saya tidak sanggup melihat keadaan rambut yang gugur. Saya nampak segenggam rambut di bilik air, bila ternampak luka pada dada saya menangis. Alhamdulillah suami sangat menyokong. Suami kata jangan menangis. Kalau menangis kasihan pula bayi. Kata suami, kalau sayangkan anak-anak saya perlu kuat teruskan hidup,” kata Rossimah.
MELAHIRKAN PADA USIA KANDUNGAN 36 MINGGU
Ibu ini akhirnya selamat melahirkan secara pembedahan walau pun bayinya pramatang pada usia kehamilan 36 minggu. Si kecil lahir dengan berat 2.4kg dan mengalami sedikit masalah pada kedua-dua belah kaki iaitu club foot.
Biar pun dilahirkan tidak cukup bulan, anak keduanya itu membesar dengan sihat dan kini sudah boleh berjalan & berlari tanpa masalah. Tatkala mengenang kembali pahit manis ibu ini sempat berpesan sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling amat mustahak.
KENA HAPPY SELALU
“Kena happy. Kasih sayang dan kegembiraan adalah satu ubat. Saya tidak bergantung 100% kepada ubat. Saya nasihatkan kepada semua pesakit kanser supaya bangun dan bangkit. Jangan bersedih, menyalahkan diri sendiri dan orang lain. Mintalah pertolongan kepada Allah supaya boleh terus hidup,” katanya.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kanser dan kehamilan, bagaimana ia banyak terjadi semasa wanita hamil, boleh ikuti siaran Pa&Ma 14 Mei 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pembawakan setiap kehamilan tu berbeza-beza. Ada yang ketika mengandung, bukan main naik serinya. Ada juga yang mungkin mengalami peningkatan berat badan mendadak atau tak kurang juga yang berubah bentuk wajah.
Sebenarnya setiap kehamilan bergantung kepada hormon masing-masing. Alahan yang dialami semasa mengandung juga mungkin tak sama setiap kali hamil. Kalau tak ada ‘mabuk-mabuk’, memang beruntung sungguh!
Sebuh video yang dikongsikan oleh lisaaaaaaaaaaa60 yang menunjukkan perubahan dirinya sebelum dan semasa hamil. Dapat dilihat sebelum kehamilan, wajahnya okay tanpa jerawat.
Berbeza ketika mengandung, jerawat mulai ‘naik’ tetapi bakal ibu ini tidak kisah demi zuriat yang dinanti-nantikan selama enam tahun. Pada usia kehamilan 8 bulan kini, biarpun seri wajahnya ‘ditarik’ bayi dalam kandungan dia tak kisah dan reda.
“Journey of pregnancy 🙂 demi anak pertama yang 6 tahun menanti takpela biar mummy buruk kot seri mummy pergi dekat awak ke kan..”
Tonton video ini;
Bahkan suaminya, _syafikk juga meninggalkan komen;
“Tq mommy sebab sanggup tempuh segalanya demi anak itew😔…itew bangga dengan mommy, kuat kan semangat ye😉…mommy&anak always in my heart..”
Pengorbanan seorang ibu memang besar. Bukan sahaja perubahan fizikal bahkan kadang-kadang emosi pun terganggu sepanjang tempoh mengandung. Tak kira lagi rasa sakit dan sebagainya semasa berbadan dua. Biarpun begitu, kita tak pernah rasa semua itu menyusahkan malah rasa bahagia dapat merasai nikmat mengandung.
Banyak komen positif yang ditinggalkan warganet. Ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama;
Tahniah! Semoga urusan bakal ibu ini ketika bersalin nanti dipermudahkan dan kesihatan kedua-dua ibu anak berada di tahap yang baik.