Dikurniakan anak yang ramai memang menyeronokkan walaupun agak ‘huru-hara’ untuk menguruskan mereka semasa kecil.

Kalau ditanya pada pasangan suami isteri yang ada ramai anak, mereka mengakui ketika anak-anak masih kecil memang agak mencabar tetapi bila semua sudah besar semuanya menjadi semakin mudah.

Jangan risau untuk mempunyai anak ramai kerana setiap anak itu sudah dtentukan rezeki mereka oleh Allah SWT.

Pelakon cantik berdarah kacukan, Emma Maembong sendiri rupa-rupanya memang berniat untuk mempunyai anak ramai sejak mendirikan rumah tangga lagi.

Emma mendedahkan sebenarnya dia dan suami memang merancang untuk mendapatkan anak kedua sebaik sahaja selesai berpantang anak pertama, Shariq Gabriel.

IKLAN

Memetik laporan mStar, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkata rezeki untuk menimang cahaya mata kedua berlum tiba lagi. Dia dan suami percaya Allah mahukan mereka memberikan perhatian lebih kepada anak pertama.

Suka Anak Ramai

Pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta yang terkenal mempunyai hubungan rapat dengan adik-beradiknya mengakui dia mahu memiliki anak yang ramai.

Isteri kepada seorang juruterbang ini sendiri sudah terbiasa dibesarkan dalam keluarga yang ramai dan  dia sendiri mempunyai 11 orang adik-beradik. Emma juga terkenal suka menjaga anak-anak saudaranya sejak sebelum berumah tangga lagi.

IKLAN

“Saya memang ada mencuba untuk dapatkan anak kedua tapi belum ada rezeki lagi. Sebenarnya saya memang merancang untuk dapat anak cepat.

“Kalau boleh lepas pantang anak pertama itu, nak cuba terus dapatkan anak kedua. Itulah, kadang-kadang kalau kita nak sangat, susah nak dapat.

“Setengah orang nak tunggu anak besar sikit, tapi saya nak biar sekali penat. Adik-beradik saya pun 11 orang dan saya selalu jaga anak-anak buah.

IKLAN

“Jadi, misi saya berkahwin memang nak anak. Tapi belum rezeki…mungkin Allah nak saya beri perhatian lebih kepada anak pertama,” demikian beritahu Emma.

Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Feburari 2020 dan melahirkan anak pada 8 November 2020.

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/