“Saya Nak Anak Ramai, Tak Kan Umur 50 Dukung Baby Lagi?” Fizo Jelaskan Kenapa Jarak Usia Anak-Anak Rapat

Share

Pelakon, Fizo Omar menjelaskan keinginan untuk mempunyai anak ramai sebelum ini seperti perkongsian di Instagram kerana dia kini sudah berusia hampir 40 tahun.

Tambahnya lagi dalam temubual tersebut, bukan niat tidak sayangkan isteri kerana hendak memiliki anak yang rapat usia, namun dia turut memikirkan usia yang makin bertambah.

“Banyak saya terima komen dari netizen, “kau tak sayang bini?” “Kau tak rancang ke?”

Tambahnya lagi, jika jarak usia anak terlalu jauh, dia juga risau usianya semakin tua dan tidak mampu lagi untuk menguruskan kebajikan anak-anak.

“Saya umur dah nak cecah 4o tahun, katalah saya bagi gap anak 5 tahun, saya target ada ramai anak tak kan lah umur dah 50 tahun masih dukung baby lagi?”

“Saya umur 60 anak baru masuk sekolah, larat ke kita nak cari duit nak tanggung anak sekolah?”

 Sebelum ini Fizo teruk dikecam akibat memuatnaik foto bersama isteri dengan caption “tahun depan raya bulan berapa ek, nak timing siap-siap” yang dianggap tidak memberi isteri berehat daripada melahirkan anak.

 

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN