“Saya Tahu Dia Tak Pakai Emas”, Tolak Permintaan Isteri Mahu Barang Emas, Dr Say Punya Alasan Sendiri!

Share

Sedikit kejam bunyinya apabila menolak mentah-mentah permintaan isteri yang mahu dibelikan barang kemas sebagai perhiasan diri. Namun bagi Dr Say Shazril, dia punya alasan yang lebih kukuh mengapa permintaan isterinya kali ini ditolaknya.

Meskipun merasakan emas adalah pelaburan terbaik namun suami kepada Dr Azura Abas ini menolaknya secara baik.

Menurut pengacara My Doctors ini menerusi instagram miliknya, meskipun emas merupakan antara pelaburan terbaik, namun dia mempunyai pendapat berbeza kerana emas tiada kegunaan dalam kehidupan seharian.

“ Saya tahu harga emas naik mendadak baru-baru ni. Atas sebab ni, bini dimomok orang sekelilingnya supaya meminta saya membelikan emas perhiasan kepadanya.

“Sepanjang mengenali bini selama 12 tahun, saya tahu dia tak pakai emas perhiasan langsung tapi saya tahu kalau kita sering dimomok semestinya kita terkulai juga seperti mana saya terkulai jika ternampak Nike Metcon baru ataupun iPhone baru ataupun SUV baru seperti BMW X4/ Range Rover Velar/ Lamborghini Urus.

“Maka suatu hari ada dia menyatakan hasratnya mahukan emas perhiasan. Tapi sebab saya tahu dia tak pakai emas, hasratnya itu bagaikan suara hariannya, ditapis terus ataupun masuk telinga kanan laju-laju dikeluarkan telinga kiri,” katanya berkongsi.

Beri hadiah kegunaan isteri

Pun begitu, Dr Say mempunyai alasan yang kukuh mengapa dia tidak membeli emas untuk isterinya buat masa ini. Bukan menolak bahkan Dr Say menggantikannya dengan hadiah yang dirasakan bermanfaat dan lebih digunakan oleh isterinya.

“Bagi saya what for spend on perhiasan sedangkan perhiasan itu tidak mempunyai kegunaan dalam kehidupan harian (habislah semua old emas collector dan wanita fanatik emas bash aku ni),” katanya.

“Sabar dulu, macam saya cakap saya tahu emas adalah pelaburan yang terbaik.

“Tapi memandangkan bini saya tengah sambung belajar saya tanya dia “ada tak apa-apa yang saya boleh belanja untuk memudahkan pelajaran awak?”. Bini fikir dan fikir tiba-tiba bini jawab “kalau ade iPad Mini senang saya nak baca journal untuk study”.

“Terus saya tarik tangan bini, masuk dalam SUV, pergi ke IOI City dan voila ku belikannya iPad Mini. Saya tahu mesti ramai nak cakap “emas boleh invest doc” tapi pada saya pelajaran satu pelaburan.

“Hari-hari saya tengok dia mentelaah journals kat iPad dia, kadang-kadang dipasangkan Coco Melon Ace kat iPad tu, bukankah itu juga sebentuk pelaburan?” katanya lagi.

Tepuk dada tanyalah selera. Ikutlah mana yang lebih penting buat isteri kita. Bukan emas pilihan yang kurang sesuai tetapi lihatlah mana lebih penting buat pasangan kita seperti yang dikongsikan oleh Dr Say ini. Buatlah pilihan paling terbaik. Keputusan di tangan anda.

EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING

Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.

Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel 

Baca: Kelahiran Yang Dinanti Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Rizman Kini Bergelar Bapa!

Sumber: Instagram @say_shazril

IKLAN