“Saya Tak Bagi Cikgu Buat” Madammu Bawa ‘Babysitter’ Uruskan Kayden Di Sekolah!

Share

Tidak mahu membebankan cikgu malah mahu anaknya terurus dengan baik, usahawan kosmetik, Madammu melantik seorang pembantu peribadi (PA) atau ‘babysitter’ untuk menguruskan anaknya, Ahmad Kayden di sekolah.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Eriyca Baiduri Abd Rashid, berkata dia membuat keputusan untuk mengambil PA kerana tidak suka anaknya dipegang dan diuruskan oleh orang yang tidak dikenali.

Dalam masa yang sama tidak mahu membebankan guru di sekolah. Tambah Madammu lagi, PA yang dipanggil Kak Ria itu juga akan mengikuti Kayden ke sekolah untuk menguruskan segala kemahuan dan keperluannya.

“Kak Ria yang jaga Kayden dari A hingga Z, sampai ke sekolah pun ikut sekali. Itu cara saya.

“Bibik pun saya tidak bagi sentuh anak saya.

“Saya pun tidak bagi orang ramai untuk sentuh Kayden,” katanya menerusi perkongsian video.

Kata Madammu, dia tidak akan mengambil pengasuh baharu namun akan mencari mereka yang mahu melakukan kerja sambilan untuk menjaga anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meninggalkan pelbagai reaksi dan komen. Malah ada juga yang memahami keadaan Madammu yang berjuang lama untuk mendapatkan anak.

Tidak kurang juga yang berterima kasih kerana mengurangkan beban guru di sekolah untuk menguruskan anak-anak kecil yang ramai.

Published by
SRM