Baru-baru ini selepas Tomok berkongsi berita gembira yang dia dan isteri, Ayu Abas bakal menimang seorang lagi cahaya mata ketiga tahun 2020 ramai peminatnya yang teruja dan gembira.
Akhirnya penantian yang ditunggu oleh mereka sekeluarga dimakbulkan Allah. Memandangkan Tomok dah mempunya dua anak lelaki, kali ini ramai yang mengharapkan bayi perempuan sebagai teman untuk Ayu Abas.
Bagaimanapun Tomok memberitahu bahawa dia tidak kisah akan status jantina anak ketiganya yang bakal lahir kelak pada tahun depan.
Ads
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 35, itu berkata, jika diberikan keizinan-Nya, sudah pasti kedatangan bayi perempuan lebih menyerikan kehidupan mereka sekeluarga.
“Kalau ikutkan isteri memang dia teringin nak anak perempuan. Kalau tanya saya, saya tak kisah pun lelaki atau perempuan. Cumanya, kalau dapat anak perempuan, orang kata bertambahlah penyeri.
“Kami pun masih tak tahu lagi status jantina bayi. Insya-Allah hujung bulan akan lakukan pemeriksaan bersama doktor,” katanya kepada Gempak.
Menurut Tomok lagi, dia dan isteri belum lagi membuat sebarang persiapan bagi menyambut kelahiran bayi.
Ads
“Kami belum buat persiapan untuk beli barang bayi lagi. Masih awal.
“Cuma, memang teruja nak ada bayi lagi. Maklumlah jarak dengan anak kedua empat tahun. Lama dah tak ada bayi,” katanya.
Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Arrianshah Akid, 7 dan Andrashah Iman, 4.
Pelakon Nadia Aqilah kini sedang sarat mengandung anak keduanya dan bakal bersalin pada penghujung bulan Mac nanti. Sementara menunggu detik melahirkan, dia kini mahu meluangkan masa secukupnya dengan anak sulungnya yang diberi nama Senja Aqilah.
Berkongsi tentang dirinya seorang ibu yang clingy, dia mahu mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada Senja sebelum anak sulungnya itu bergelar seorang kakak.
Menerusi temu bual bersama Media Hiburan, Nadia memberitahu yang kini dia sudah mula berehat dari mengambil sebarang kerja lakonan. Menurutnya sekarang adalah tempoh bertenang untuk dirinya dan lebih mahu meluangkan masa dengan anak.
Nadia juga turut berkongsi tentang dirinya yang morning sickness dari awal kelahiran sehingga sekarang. Katanya lagi, keadaan ini sama sahaja seperti ketika dia mengandungkan Senja.
“Saya morning sickness setiap hari, muntah-muntah je. Sama seperti anak pertama dulu, jadi saya dah reda.”
Memandangkan dia akan bersalin pada bulan Puasa, ramai yang berpendapat nama anaknya akan berkaitan dengan Ramadan atau Puasa.
“Anak kedua ni akan lahir masa bulan puasa. Banyak kawan yang bergurau, kata nanti nama anak mesti Ramadan atau Puasa, tapi tidak ya..”
Sekdara info, Nadia berkahwin dengan suaminya, Saiful Ridzuan pada April 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang kini sudah berusia empat tahun. Semoga urusan Nadia ketika bersalin nanti dipermudahkan dan kedua-dua ibu dan bayi akan sihat sentiasa.
Selepas pulang dari mengerjakan umrah beberapa hari yang lalu, pemilik jenama Leeyana Rahman atau lebih mesra di sapa Yana Lee berkongsi khabar duka selepas disahkan positif Covid-19 bersama suami dan anaknya, Tiara Lufya.
Diuji dengan virus itu pada usia kandungannya yang baru mencecah 30 minggu, akui Yana dia amat bersyukur bila mana Allah masih memberinya kesempatan untuk terus bernafas.
Kata Yana, sesak nafas yang dialaminya disertai dengan sakit dada yang teramat sangat hanya membuatkan dirinya mengingatkan pada kematian. Namun bersyukur bila mana Allah mengurniakannya umur yang masih panjang.
Menerusi Instagramnya, anak kelahiran negeri Terengganu ini berkongsi cerita kesakitan yang dialaminya.
“Akhirnya kecundang. Rasa nak luruh jantung bila tengok kit rtk mama and Tyara +ve. Ni tak lain tak bukan berjangkit dengan papa dia. Cumaa lambat dua hari je.
“Ingat Allah nak amik nyawa dah semalam. Serious tak leh nak bernafas. Sakit dada ya amat. Contraction baby 5 minit sekali. Doktor kata mungkin baby nak keluar. Aihh baru 30week jangan lah keluar dulu,” ceritanya.
Risau dengan keadaan diri dan kandungannya, Yana segera mengikut tip yang dikongsikan ibu mentuanya iaitu dengan makan kurma dan air zamzam sebagai ikhtiar penyembuh.
“Bila dapat mesej mak mertua, terus makan kurma 7 biji, air zamzam, habbatusauda, air syifa’ tu , pastu lepas subuh terlelap dengan sendiri.
“Bangun-bangun tidur rasa fresh. Sakit dada tu masih ada tapi kurang. Baby pun dah tak ada contraction dah pagi ni. Alhamdulillah,” tulisnya lagi.
Malah kata Yana dia amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dengan baik malah kini kandungannya juga semakin baik dan tiada sebarang kontraksi.
“Ingat semalam Allah dah nak amik nyawa dah. Siap mesej husband mintak ampun #takpernahpernahmintakampunmelainkanraya
“Baby kasi chance la mama rehat dulu kat rumah okey. Keluar syawal nanti lah macam yang dah janji sebelum ni. Tq semua untuk doa doa yang tak pernah putus walaupun ada yang gelakkan saya,” tulisnya lagi berkongsi.
Semoga yang baik-baik sahaja buat Yana sekeluarga. Semoga cepat-cepat sembuh.
Terdahulu, Yana dan seluruh ahli keluarga sempat melakukan ibadah umrah pada awal Mac lalu. Melalui perkongsian Yana di Instagramnya, beberapa orang ahli keluarga lain turut sama dijangkiti virus berbahaya itu.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lain anak lain ragamnya ketika hamil. Ada anak yang ketika hamil mengalami alahan dan mabuk teruk namun ada pula yang tidak mengalami sebarang alahan.
Bagi pelakon, Elvina Mohamad, dia paling beruntung kerana kandungan keduanya kali ini dipermudahkan.
Kongsi Elvina menerusi Instagramnya, kehamilannya kali ini, dia langsung tidak merasa sebarang alahan atau mabuk teruk di awal kehamillannya berbanding anak sulungnya, Karl.
Ujar Elvina yang kini sarat hamil tujuh bulan, di awal trimester hamil dia hanya mengalami morning sickness sekejap sahaja malah tidak mabuk dan pening-pening teruk.