Pelakon Dazrin Kamarudin dan isteri, Fazulin baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata lelaki 3 bulan lepas. Nama putera sulung mereka ialah Dasuki yang membawa maksud cahayaku keindahanku.

“Saya Tak Kisah Orang Pegang Anak Saya.” Dazrin Kongsi Cara Elak Anak Sakit

Bagi sesetengah ibu bapa, mereka tidak suka anak  mereka terdedah dengan orang ramai, malah tidak suka ramai yang memegang anak tersebut. Lain pula dengan Champion Fear Factor ini, Dazrin menjelaskan bahawa dia tidak kisah jika orang ramai ingin memegang anaknya.

“Bagi saya, tiada masalah untuk sesiapa sahaja pegang anak saya. Sebab lumrah orang akan datang untuk pegang baby, Cuma kalau mereka tak sihat saya nasihat kan dia suapaya tak pegang dasuki. Saya nak Dasuki biasa dengan orang ramai.”

“Saya Tak Kisah Orang Pegang Anak Saya.” Dazrin Kongsi Cara Elak Anak Sakit

“Tapi sebelum pegang Dasuki, saya akan pastikan kalau ada yang kotor kita nasihatkan dia bersihkan tangan, sebab baby mudah terkena jangkitan. Kalau dia tak sihat kita akan avoidkan Dasuki daripada terdedah dengan persekitaran.”

IKLAN

“Dasuki akan lebih banyak berehat di rumah dan kita tak akan bawa dia keluar sehingga dia sihat. Sebab sekarang banyak penyakit-penyakit yang bahaya untuk kanak-kanak. Jika membahayakan kesihatan anak, kami akan elakkan.”

Antara rakan artis yang datang melawat Dasuki

IKLAN

IKLAN

“Saya biasakan Dasuki dengan orang ramai sebab saya memang sentiasa akan bawa Dasuki ketika saya bekerja. Saya akan bawa isteri, pembantu dan Dasuki sekali ke mana saja kami pergi. Jadi Dasuki perlu biasa dengan keadaan ini.”

“Saya Tak Kisah Orang Pegang Anak Saya.” Dazrin Kongsi Cara Elak Anak Sakit

“Kadang-kadang kerja saya memerlukan isteri dan anak bersama. Kami banyak memenuhi jemputan ke majlis-majlis terbuka. Jadi saya akan bawa mereka bersama ke majlis tersebut. Dasuki pun sangat baik dan selesa dengan orang ramai. Sesiapa saja boleh pegang Dasuki. Saya dan Faz tidak akan halang.”

Sumber: Instagram Dasuki Dazrin Kamarudin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI