Lain orang lain pengalamannya melahirkan anak. Berbeza situasinya bagi ibu ini yang melalui pengalaman bersalin di bumi Australia.
Penuh cerita namun memori melahirkan dua bayinya mencatat seribu pengalaman buat ibu ini, Ila Bella Nik Hasni yang menetap di Australia sejak enam tahun lalu.
Jika kelahiran anak pertamanya disambut suami kerana doktor bertukar shiff, lain pula kisahnya dengan anak kedua.
Pun begitu akuinya, doktor di negara sinonim dengan haiwan kesayangan, Kanggaro itu cukup mesra malah melayani setiap pesakitnya dengan baik.
Sempat juga dipotretkan gambarnya ketika bersalin bersendirian tanpa suami. Ikuti perkongsian kisahnya.
Hari ni nak share experienced bersalin di Australia. Anak sulung saya bersalin 2020. Husband temankan saya sampai saya selamat bersalin.
Yang bestnya, husband yang sambut kepala baby. Time tu doktor bertukar shift, doktor yang petang baru masuk.
Ads
Saya cakap saya nak teran sangat, doktor check laluan dan terus pecahkan air ketuban. Lepas tu terus saya cakap dekat doktor “His coming”.
Time tu doktor kelam kabut, bila teringat kelakar pula. Saya teran terus tak tunggu doktor. Nasib baik husband yang sambut.
Anak kedua 2023 bulan 2 haritu. Tak ada rezeki husband nak teman, sebab anak sulung tak ada siapa yang jagakan.
Time saya serah diri dekat hospital doktor asyik tanya tak apa ke awak sorang nie. Doktor yang risau sebab husband tak dapat teman.
Ads
Tapi doktor sini baik sangat diaorang ambikkan semua gambar gambar saya dari baby keluar kepala sampaila keluar habis.
Lepas Asar baru husband datang azankan baby semua. Layanan diaorang dari pregnant sampai melahirkan sangat baik.
By the way lahir dekat sini free je sebab ada medicare card. Medicare sini tak perlu bayar pun. Just apply dekat centerlink dan tunggu card sampai je dekat rumah.
Bila expired, renew as usual. Pasal warganegara anak. Anak anak saya semua warganegara Malaysia sebab parents warganegara Malaysia.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya berapa puluh tangan yang sentuh dan pegang menu makanan di kedai makan dalam sehari?
Anda tahu tak bakteria seperti Staphylococcus dan Escherichia Coli yang berpindah daripada tangan orang ke kad menu makanan tu boleh tahan hidup sehingga 48 jam lamanya!
Kad menu makanan tu boleh mengandungi sehingga 185,000 bakteria! Tapi jangan cemas, pegang je lah menu tu tapi sebelum makan dan sebelum pegang anak kita, cucilah tangan bersih bersih dulu.
Untuk anak kecil yang masih belum kuat pertahanan sistem imunnya, sebaiknya elakkan lah daripada menyentuh apalagi mengigit menu makanan tu. Kita tak tahu kuman jahat apa lagi yang membiak di situ.
p/s : Sebarkan pada mak ayah yang belum tahu. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu
Bolehkah ibu yang menyusukan anaknya mengambil minuman kopi pracampuran untuk menambah kecergasan tubuh? Apakah pengambilannya secara harian boleh meninggalkan kesan buruk kepada bayi?
Pasti persoalan ini antara soalan yang sering berlegar di fikiran ibu menyusu yang sangat menggemari kopi sebagai minuman harian. Jika sehari tidak dapat menghirup kopi, pasti tidak lengkap kehidupan pada hari itu.
Menurut pakar laktasi, umumnya ibu yang menyusukan boleh makan atau minum apa sahaja yang diingini asalkan ia diambil dalam kadar yang sederhana. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan ibu menyusu boleh minum minuman berkafein asalkan ia dalam amaun yang sederhana. Ketahuilah bahawa segelintir bayi terutamanya yang berumur bawah enam bulan mungkin lebih sensitif terhadap pengambilan kafein oleh si ibu.
Dalam pada itu, semasa hamil, adakah anda turut minum kopi setiap hari? Soalan ini ditanyakan kerana menurut pemerhatian kebanyakan bayi yang mana ibunya mengelak sepenuhnya pengambilan kafein sewaktu hamil memberi lebih reaksi terhadap kafein yang diambil ibunya pada masa kini.
Walau bagaimanapun, bayi anda mungkin tidak lagi sensitif sekiranya umurnya melebihi enam bulan. Sehubungan itu, bayi baru lahir perlu mengambil masa yang lebih lama untuk memetabolismekan kafein berbanding bayi yang lebih berusia. Bayi pramatang atau bayi yang sakit juga mempunyai masalah dengan pengambilan kafein oleh si ibu.
Sementara itu, kafein telah diluluskan oleh American Academy of Pediatrics untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Seperti yang dinyatakan dalam Medications and Mother’s Milk (Hale), kafein tergolong dalam Kategori L2 Risiko Laktasi iaitu lebih selamat; paras susu agak rendah (0.06-1.5% dos ibu) dan biasanya meningkat satu jam selepas makan. Oleh itu, jika anda ingin minum kopi, minum selepas sesi penyusuan. Dengan yang demikian, paras kafein akan menurun pada sesi penyusuan seterusnya.
Dianggarkan amaunnya perlu kurang daripada cawan bersaiz 5oz atau 500mg/sehari. Malah, pelbagai sumber menyarankan had bagi pengambilan kafein adalah antara 300mg hingga 750mg/sehari.
Satu kajian menunjukkan amalan meminum kopi yang kronik mungkin menurunkan kandungan zat besi dalam susu ibu (Nehlig & Debry, 1994). Berdasarkan Breastfeeding Answer Book (Nancy Mohrbacher), pengambilan kafein berlebihan oleh ibu iaitu melebihi 750ml sehari boleh memberi kesan kepada bayi di mana dia menunjukkan tanda-tanda rangsangan terhadap kafein.
Bayi yang terlebih rangsangan kafein menjadi aktif, bermata luas dan tidak tidur untuk tempoh yang lama. Dia juga mungkin menjadi cerewet. Jika ini terjadi, kurangkan atau hentikan pengambilan untuk dua hingga tiga minggu untuk melihat sebarang perbezaan.
Jika anda teragak-agak berkenaan amaun kafein, perhatikan kelakuan bayi. Itu sahaja cara untuk anda kenal pasti dan mendapat jawapannya. Amaun kafein yang mungkin menjejaskan bayi adalah berbeza antara seorang bayi dengan bayi yang lain. Ia bergantung pada umur dan tahap kesihatan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak sampai hati bila anak-anak kena ekzema. Bukan apa pasti mereka rasa tak selesa, asyik merengek dan selalu nak menggaru. Hingga sampai satu tahap habis kulit melecet dan berdarah.
Bukan anak saja tak selesa, tapi ibu bapa pun akan rasa stres kerana dah berhabis wang untuk merawat dan membeli pelbagai ubat-ubatan untuk mengurangkan masalah ini.
Ada sesetengah pendapat menjelaskan untuk merawat masalah anak ekzema, penjagaan pemakanan penting bagi mengelakkan masalah ini berlarutan.
Menerusi perkongsian Puan Harlinda Halim dia ada berkongsi kisah mengenai anaknya iaitu Ku Muhammad Daffa Iman yang menghidap ekzema.
Menurutnya, penderitaan tersebut bermula sejak umur anaknya berusia 9 bulan lagi.
Mula ruam di leher terus merebak
Ini kisah saya dan anak saya yang keempat, seorang #eczemafighter. Saya ada 5 orang anak. 4 lelaki dan 1 perempuan. Alhamdulillah semuanya comel-comel dan bijak belaka. Anak keempat saya adalah seorang budak lelaki yang mana asalnya semasa lahir dia adalah seorang bayi yang normal, sangat comel dan putih melepak. Gebu gebasss bak kata orang. Nama anak kami hat sorang ni Ku Muhammad Daffa Iman atau nama panggilannya Porpor.
Tapi nak dipendekkan cerita, semasa umurnya masuk 9 bulan, satu hari ni dia kena ruam kat leher dan ruam ni luar biasa sikit. Sebab ruam ni nampak sangat gatal dan cepat betul merebak. Saya pun beli macam-macam krim sapu nak legakan gatal dia. Cuma tak bawa jumpa doktor sebab nak elakkan dari gunakan steroid kat anak. Sebab dah tau dah side effects steroid. So saya memang elak dari awal. Masa tu saya ingatkan penyakit ekzema ni macam penyakit kulit biasa. Maksudnya ianya boleh berlalu pergi dengan cepat dan terus sembuh dalam masa yang singkat. Rupanya saya silap besar.
Kulit terkopek dan merekah
Setelah saya sapu macam-macam krim yang saya beli melalui online & juga di farmasi, “ruam” anak saya semakin merebak dan jadi teruk. Kulit lehernya terkopek dan merekah. Dia punya gatal sampai dia garu kawasan leher tu hingga berdarah-darah. Scary sungguh saya tengok masa tu. Dari ke hari masalah gatal anak saya tu tak sembuh-sembuh malah makin teruk, makin merebak dan juga semakin kronik. Sampai tahap saya sapu apa pun langsung tak berkesan. Dan anak saya asyik menangis melalak non stop siang malam.
Terpaksa kawal makan dan berhenti sapu ubat
Malam langsung dia tak boleh tidur. Macam kena histeria dia menangis. Dengan saya-saya sekali mengongoi menangis sebab saya tak tau nak buat apa untuk tolong dia. Ada sekali ni, saya tinggalkan dia sekejap je tak sampai 5 minit sebab saya dah tak tahan nak buang air. Bila saya keluar je dari tandas, saya tengok dah habis satu muka dia berlumuran darah sebab dia garu. Allahuakbar, hanya Allah Taala je lah yang tahu apa yang saya rasa masa tu. Rasa buntu, bengap, stress, sedih melampau, lost, useless, failed..semua pun ada.
Since saya pun susukan dia dengan susu badan sepenuhnya, saya terpaksa kawal makan. Saya sendiri jadi takut gila nak makan semua benda. Nak makan apa pun saya tak tau. Since dah terlalu stress sebab berbulan-bulan hadap situasi yang sama, satu hari saya decide untuk stop sapu segala jenis ubat dan krim yang dibeli. Saya buat research dan pembacaan macam orang gila. Saya consult orang sana sini. Saya tanya kawan-kawan yang ada masalah yang sama.
Barulah saya faham akhirnya. Ekzema ni bukan penyakit kulit biasa-biasa rupa-rupanya. Ianya adalah penyakit yang “luar biasa” yang dah jadi penyakit biasa dikalangan anak-anak kecil zaman sekarang. Kalau saya nak ceritakan semua sekali memang akan jadi sangat-sangat lah panjang posting saya kali ni. So saya share yang ringakasannya sahaja buat masa ni. Setelah berhabis duit berbelas ribu ringgit beli macam-macam ubat dan buat macam-macam rawatan termasuklah ruqyah, I finally decided to take the matters into my own hand.
Cuba buat rawatan semulajadi
Dari keluar duit beli ubat kat farmasi, saya decide untuk bancuh sendiri ubat sapu ekzema untuk anak saya. Kebetulan masa saya mengandungkan anak saya 7 bulan, saya pernah pergi belajar buat sabun handmade sebab nak buat bisnes sabun dari rumah. Dan bertitik tolak dari ilmu pengetahuan buat sabun tulah, saya tahu serba sedikit cara nak buat sabun & juga krim khas untuk masalah kulit ekzema.
PETUA LEGAKAN KEGATALAN EKZEMA MELAMPAU DENGAN PANTAS MENGGUNAKAN BAHAN DARI DAPUR ANDA
Di sini saya nak kongsikan dengan mommies petua mudah nak stopkan rasa gatal ekzema yang melampau tu dengan bahan dari dapur jeee iaitu OATMEAL.
Mommies perasan tak? Bila nak masuk waktu maghrib je. Nanti kulit anak menjadi-jadi gatal. Kalau ada yang macam ni, mommies boleh lah cuba petua saya ni. Cepat dan BERKESAN tau hilangkan rasa gatal tengah malam tu.
Sebab saya sendiri selalu buat kat anak saya. Bila setiap kali dia gatal tengah malam tak boleh tidur. Saya memang laju laju mandikan dia dengan oatmeal ni. Lepas mandi dengan oatmeal baru nampak dia bertenang dan boleh tidur.
Mandian oatmeal tersangatlah BAGUS dan berkesan dengan CEPAT dalam melegakan KEGATALAN dan KERADANGAN ekzema.
Bahan-bahan yang mommies perlukan adalah:
✅ ROLLED OATS
Sebaiknya cari Organic Rolled Oats. Rolled oat tak ley dimakan oleh pesakit ekzema. Nanti usus terbeban dengan gluten yang ada dalam oat. Boleh untuk mandian luaran sahaja. Guna rolled oat yang tiada campuran bahan lain. Elakkan guna minuman atau makanan oatmeal 3 in 1 yang ada susu dan gula.
✅ STOKIN BERSIH
Gunakan sarung kaki yang bersih. Boleh juga gunakan “organza bag” yang biasa kita letak telur pengantin tu.
✅ AIR SUAM
Jangan guna air panas. Ekzema tak sesuai air panas. Nanti mengeringkan lagi kulit ekzema dan menerukkan lagi kegatalan.
✅ BATH TUB
Selain bath tub. Boleh juga guna besen besar yang bersih.
Cara-caranya adalah:
1️⃣ Ambil SEGENGGAM ROLLED OAT dan letakkan didalam stokin.
2️⃣ RENDAMKAN STOKIN tadi 3 ke 5 minit di dalam besen besar atau tub mandian anda sampai air berubah warna putih susu.
3️⃣ RENDAM BADAN anda beberapa minit/ siram badan anda dengan air rendaman oatmeal tadi.
4️⃣ Kemudian PICIT-PICIT STOKIN bagi mengeluarkan lendir oat. Lendir oat ini boleh disapu pada bahagian yang sedang gatal dan merah keradangan.
5️⃣ Selepas itu, TAK PERLU BILAS DENGAN AIR BIASA. Biarkan ia kering di badan.
Wajib tekan button SHARE atau TAG parents lain yang ada anak ekzema juga lepas baca posting ni ye.
Kita nak lebih ramai lagi mak ayah tahu petua ni & dapat aplikasikan ilmu berharga ni demi anak kesayangan.
Waktu terbaik anak belajar berbeza mengikut jam biologi dan usia. Ketahui bagaimana ibu ayah boleh mengenal pasti masa paling sesuai untuk membantu anak belajar dengan lebih fokus dan berkesan.