“Saya Terharu Lihat Perubahannya.” Hamil 7 Bulan, Berseri Isteri Usop Bertudung

Share

Siapa yang tak bersyukur bila pasangan mula berubah ke arah yang lebih baik. Begitu juga buat penyanyi Usop yang apabila isteri tercintanya, Nur Fatihah Md Hashim kini menutup aurat dengan tampil bertudung.

Menurut Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 24, dia sangat terharu dengan perubahan Nur Fatihah yang sebelum ini hanya mengenakan turban sahaja.

“Sekitar empat bulan lalu, saya pernah cakap kepada isteri jika mahu dimurahkan rezeki kenalah jaga penampilan termasuk menutup aurat. Sejak daripada itu, dia mula berubah sedikit demi sedikit.

“Saya terharu apabila isteri berubah ke arah itu malah dia banyak membeli tudung untuk dipakai. Awal dahulu dia hanya pakai turban dan sekarang sudah bertudung penuh,” katanya memetik mStar.

Bagaimanapun, Usop tidak menafikan wujud perasaan bimbang sekiranya isteri diuji dalam proses istiqamah.

“Gembira tetapi ada juga rasa bimbang kalau hatinya diuji dan kembali kepada imej asal. Sebab itu saya cukup takut nak beri komen jika lihat-lihat mana-mana selebriti yang buka tudung kerana khuatir terkena pada batang hidung sendiri.

“Gambar-gambar isteri tidak bertudung pun saya akan padam, cuma mengambil sedikit masa disebabkan terlalu banyak,” jelasnya yang sentiasa mendoakan agar hati si isteri sentiasa kuat dalam mencari keredaanNya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu dan mereka bakal menyambut kelahiran anak pertama tidak lama lagi.

“Alhamdulillah usia kandungan isteri sudah memasuki tujuh bulan dan kami berdua memang teruja menantikan kehadiran cahaya mata sulung dan mengharapkan agar semua berjalan lancar,” kongsi Usop.

Kredit: mStar; IG Usop Official & Tik Tok TeHa Richer

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN