Sebagai ibu ayah sudah tentu kita mahu buat yang terbaik untuk anak-anak. Kita juga mahu anak mendapat kasih sayang yang secukupnya supaya mereka tahu, kita sebagai ibu ayah sentiasa ada dengan mereka. Untuk menunjukkan rasa kasih pada anak-anak, ibu ayah sanggup berbuat apa sahaja!
Salah satu cara adalah dengan memenuhi kehendak anak. Kadang-kadang anak tak minta pun, kita yang akan beli. Contohnya mainan. Sampai penuh bakul kita belikan untuk mereka. Sebenarnya, mainan yang banyak bukan saja akan menyebabkan rumah bersepah, tetapi daya fokus anak juga terganggu.
Memetik perkongsian Maryam Jamadi, seorang Occupational Therapist melalui laman Facebooknya, membelikan mainan yang banyak atau berjenama untuk anak bukanlah cara menunjukkan kasih sayang kepada mereka. Ikuti penerangan beliau ini:
“KASIH SAYANG” BAGI SEORANG BAYI
Cara nak tunjuk kasih sayang kita pada anak bawah 2 tahun, bukan dengan membeli mainan berbakul-bakul atau membeli barangan bayi berjenama. Sebab anak tak tahu pun harga atau jenama yang kita beli untuk mereka. Kita cakap “I love you” pun masa ini anak tak faham pun maknanya. Jadi macam mana nak “beritahu” anak yang kita sayang mereka? ❤
Tak susah pun, mudah sahaja nak menambat hati anak bawah 2 tahun disebabkan perkembangan berfikir mereka bergantung kepada rangsangan deria dan mereka masih belum pandai manipulate dan faham maksud “I love You”, kita baca puisi membebel panjang yang kita sayang anak pun mereka tak faham.
Caranya:
1. Masa berkualiti.
Masa dimana tumpuan 100% pada anak, tanpa sambil berbalas whatsapp atau comment di Facebook. Layankan mereka bermain, anak yang dalam fasa meniarap mak ayah pun join meniarap macam komando. Anak yang dalam fasa merangkak, mak ayah pun main kejar kejar sambil merangkak. Tak jatuh pun maruah kan? Hehe 😅
Kalau mak ayah yang bekerja, mainlah bersama anak sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup tv, biarkan hanya suara kita dan suara anak sahaja ada. Dapatkan “trust” suara kita dalam perkembangan emosi anak bawah 18 bulan. Pastikan suara kita nombor 1, macam mana nak test? Kita bisik atau dari jauh anak dah kenal suara mak ayah ataupun dalam keadaan bising pun anak boleh kenal suara kita.
Kalau kenal, tahniah! Encik puan dah memang tempat pertama “Carta Suara” dalam hati anak 👏
2. Pelukan dan sentuhan.
Perkembangan emosi anak akan berkembang dengan pesat dan stabil jika kita selalu memeluk anak terutamanya semasa umur bawah 2 tahun. Pelukan umpama “makanan” minda anak, terlalu banyak kebaikan pelukan dalam perkembangan otak yang sihat.
Peluk, belai kepala anak seterusnya cium dahi anak. Alangkan kucing yang garang pun jadi jinak dan manja bila kita usap kepala mereka, apatah lagi anak. 😘
3. Urutan.
Badan anak dari selepas lahir ini umpama orang bina badan terutamanya semasa bawah 1 tahun, dari tak ada otot lembik sahaja selepas lahir. Mereka setiap hari “bina badan” untuk ke posisi meniarap, merangkak, dan berjalan. Jadi, urutan memang diperlukan untuk melegakan otot-otot halus mereka yang tegang terutamanya di kawasan betis disamping memberi rangsangan deria sentuhan pada anak.
Ads
NAK ANAK CEPAT JALAN, URUT. BUKAN DIBERI ‘WALKER’
Kalau nak anak merangkak cepat atau jalan cepat, caranya bukan beri walker ya. Tetapi salah satu cara yang berkesan adalah dengan urutan 😉
Berapa kali sehari? Pendapat saya, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan waktu yang paling sesuai adalah selepas mandi. Penting sangat urutan bagi anak bawah 1 tahun. Jangan abaikan part ini!
Ada kajian tentang kesan urutan untuk anak pramatang selepas lahir, terbukti bayi yang kerap diurut akan keluar hospital cepat berbanding bayi yang tidak diurut. Kalau nak anak sayang kita lebih, urutlah anak selalu 😍
Ads
Ada 1 kajian lain tentang kasih sayang dan perkembangan otak anak berumur 2 tahun. Terbukti perkembangan otak anak yang cukup kasih sayang mempunyai struktur yang berbeza dengan otak anak yang kekurangan kasih sayang semasa umur bawah 2 tahun.
Fakta: 80% perkembangan otak adalah bergantung kepada rangsangan persekitaran semasa bawah 2 tahun. 👶
Takut kan? Besar sangat amanah mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun untuk memastikan berkembangan yang baik dari segala aspek.
Selamat “menunjukkan” kasih sayang! ❤❤❤
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu ayah yang mempunyai anak di bawah usia dua tahun tentang bagaimana caranya menunjukkan kasih sayang kepada mereka tanpa memanjakan dengan mainan atau kemewahan yang lain. Hanya keberadaan ibu ayah di sisi anak-anak sambil melakukan aktiviti berkualiti bersama sudah cukup untuk merangsang tumbesaran mereka secara sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan berbanding anak perempuan, anak lelaki lebih liat hendak membaca buku setiap hari. Ada sahaja alasan yang dibuatnya demi untuk mengelak daripada membaca buku. Terpaksalah ibu memaksa saban hari.
Namun menurut pakar, Pn Siti Aisyah Rozali, ada tip yang boleh dicuba untuk menarik minat anak lelaki untuk membaca buku. Paling penting katanya, mak ayah haruslah lebih kreatif.
5 TIPS UNTUK ANAK LELAKI JATUH MINAT DENGAN BUKU.
Kalau ada anak lelaki yang nak dilatih baca buku, boleh cuba tips ni:
1. Bagi buku dengan penerangan yang ringkas tapi padat.
2. Bagi buku yang ada gambar sebagai bantu faham. Mereka akan mula kan ekplorasi imaginasi mereka dengan gambar.
3. Bagi buku yang kecil dan mudah di bawa.
4. Mulakan dengan buku yang tak panjang kisahnya. Antara satu page dengan satu page tu, ceritanya tak berapa bersambung. Supaya anak tak mudah rasa bosan dan curiosity nya rasa tak cukup. Maka, dia akan baca dan eksplor lagi.
5. Bagi buku yang FAKTA. Anak lelaki suka FAKTA. Buku cerita ni, susah sikit diorang nak hadam. Sebab otak anak lelaki suka benda yang tangible, yang boleh sentuh, yang boleh di bayangkan dengan jelas. Cerita pasal kasih sayang, diorang susah sikit. Sebab tak nampak.
Pengalaman yang anak dapat masa membaca buku, memang besar tau. Anak saya, Thufayl umurnya baru nak masuk 9 tahun. Setiap kali lepas baca buku, Thufayl akan tukar cita-cita dan akan mula eksplor perkara-perkara baru. Dia akan jadi banyak bertanya.
Hari tu Thufayl nak jadi jurutera. Lepas tu, nak jadi penulis buku origami. Lepas tu, nak jadi astronaut. Lepas tu, nak jadi archaeologist. Ni sekarang nak jadi ZOOLOGIST pula.
SEMUA NI SEBAB BACA BUKU!
Anak lelaki ni, imaginasi mereka tinggi. Dan mereka ada WILLPOWER yang hebat.
Sebab tu Allah cipta lelaki sebagai pemimpin dan hero. Tapi, nak suruh anak lelaki ni duduk diam baca buku, memang susah. Sebab diorang ni suka bergerak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Karakter isteri yang dikaitkan dengan ‘singa’ bukan sifat asal seorang isteri atau ibu, sebaliknya ia berpunca daripada keadaan sekeliling yang menyebabkan mereka berubah.
Trainer Nuero Semantic-NLP yang bertauliah dalam bidang Pembangunan Modal Insan, Dr Rozieta Shaary berkata, tekanan yang berpanjangan, stres dan kurang ilmu dalam menguruskan rumah tangga menjadi punca utama dalam perubahan karakter isteri menjadi lebih bersikap kasar.
Isteri Tidak Dapat Mengawal Situasi
“Segelintir isteri tidak dapat menangani situasi di luar kawalan mereka dan beranggapan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan terkawal, namun sebaliknya berlaku,” katanya ketika menjadi panel FB LIVE Sinar Harian, hari ini.
Isteri Yang Lemah Lembut Berubah
Rozieta berkata, kemahiran dalam memastikan kerja rumah yang lebih tersusun, cara bertutur dengan ahli keluarga, pengurusan masa aktiviti harian serta pengetahuan berkaitan perkembangan anak-anak juga penting dalam diri seorang isteri.
“Kebanyakan isteri yang lemah lembut berubah menjadi garang disebabkan oleh faktor tersebut.
Wanita Menjadi Kasar Kerana Kurangnya Kasih Sayang
“Mereka juga sering mendapatkan nasihat daripada mereka yang salah dalam menangani tekanan,” katanya.
Tambahnya, nasihat daripada mereka yang beremosi juga menjadi penyebab kepada tindakan seorang isteri atau ibu menjadi kasar.
Dalam pada itu, Rozieta berkata, berdasarkan kajian seseorang wanita itu menjadi kasar kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang.
Suami Memainkan Peranan Penting
“Dalam hal ini, suami memainkan peranan penting dalam memberi sokongan, bantuan dan nasihat supaya isteri dapat berkongsi masalah sekaligus dapat menenangkan tekanan emosi yang dihadapi isteri,” katanya.
Dalam pada itu, salah satu usaha bagi berkongsi ilmu dengan golongan suami isteri dalam membangunkan modal insan, Rozieta mengadakan bengkel dan seminar dalam membantu isteri membuat keputusan yang betul tanpa perlu menjadi ‘singa’.
“Selalunya suami yang akan datang mendaftar seminar dengan tujuan membantu isteri yang dilihat sentiasa berada dalam keadaan tertekan, “katanya.
Anak yang berusia antara 1.5 tahun sehingga 3 tahun sememangnya suka memberontak, campak barang, merajuk, mengamuk, menjerit dan macam-macam lagi drama yang mereka buat semata-mata nak dapat perhatian.
Daripada perkongsian Dr. Rozieta Shaary anak-anak kita ni sebenarnya sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Biasanya bila anak tak dapat sesuatu yang mereka nak, mereka akan rasa kecewa dan sedih. Bila dah kecewa dan sedih, lepas tu pula tak dapat layanan yang sepatutnya maka bertambah membuaklah perasaan tu.
Akhirnya mereka akan hilang kawalan dan mengamuk lepas tu menjerit, berguling-guling, baling dan campak barang dan buat apa saje sampai mereka puas hati.
Bagaimana nak lembutkan hati anak?
Berdasarkan perkongsian dari Puan Aminah Hussain, kuasa pelukan adalah ubat paling berkesan untuk anak-anak bermula dari peringkat bayi hinggalah anak yang dah besar.
Jangan pandang rendah pada kuasa pelukan.
Dulu pernah tular kisah seorang ibu yang mempunyai seorang budak 3 tahun yang panas baran. Anak yang tidak boleh kawal rasa marah ini ubat dia ialah pelukan.
Bayangkan umur 3 tahun dah boleh angkat kerusi nak pukul budak lelaki lain. Ibu ini berkongsi seorang pakar psikologi memberi tip, bila anak marah dan mengamuk PELUK lah dia.
Cara memeluk anak ialah kita yang tinggi ni kena melulut biarkan sama paras dengan anak dan memeluk anak dengan kedua tangan kita selama 15- 20 saat. Bacakan surah alfatihah dan tiupkan pada ubun- ubun anak.
Ini kerana 2 ayat terakhir surah al fatihah adalah ubat pada salah laku anak tadi.
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
Menurut 1 laman web yang saya baca, memeluk anak sebanyak 18 kali sehari menjadikan anak lebih cerdik dan pandai. Senang menerima pembelajaran di sekolah.
Memeluk anak 8 kali sehari pula dapat mengembangkan sikap kreatif dalam diri anak. Memeluk sebenarnya lebih berkesan daripada memuji. Peluk anak jika mereka melakukan sikap yang terpuji daripada hanya memuji “yeay, adik dah pandai”
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.