Menurut perkongsian daripada bekas pembaca berita, Izwan Azir Saleh yang ketika ini mengerjakan ibadah umrah di tanah suci, keadaan disana juga masih dalam pantauan pihak berkuasa Arab Saudi.

Malah keaadaan di sekitar Kaabah juga lengang sejak semalam. Kejadian seperti ini pertama kali berlaku kerana kawasan tersebut tidak pernah “tidur”, jemaah akan sentiasa melakukan tawaf dan solat di sekitar Kaabah.

Pihak Arab Saudi terpaksa menutup ruang bawah (ruang di sekitar Kaabah) untuk proses pembersihan COVID-19 dilakukan. Tetapi ruang solat di bahagian atas masih dibuka.

“Sayu Tengok Kawasan Kaabah Lengang”. Operasi Pembersihan Wabak COVID-19 Giat Dilakukan

IKLAN

Wabak virus korona Wuhan telah dikenal pasti dan dilaporkan ke WHO pada 12 Januari 2020. Ia digelar sebagai novel coronavirus (nCoV-2019) atau virus korona baharu berikutan strain tersebut tidak pernah dikesan pada mana-mana individu sebelum ini.

Cara penularan virus korona Wuhan telah disahkan berlaku di antara manusia dengan manusia dan haiwan dengan manusia. Mekanismenya masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa China.

IKLAN

Wabak ini telah melanda banyak negara dan sekarang Malaysia mengalami gelombang kedua wabak COVID-19 dengan mencatatkan peningkatan kes baharu.

Beberapa gambar dan video dikongsi oleh Izwan untuk perkongsian dan perkembangan terkini keadaan di sekitar Makkah.

IKLAN

Artikel berkaitan COVID-19;

Gelombang Ke-2 COVID-19, Cuti Sekolah Minggu Depan Tangguh Bawa Anak Bercuti
Pakai Mask Saja Tak Cukup. Dr Amalina Kongsi Cara Terbaik Cegah Virus COVID-19
Koronavirus Lumpuhkan Sistem Imunisasi Badan Yang Cuba Menghalang Jangkitan
Koronavirus Mampu Bertahan Pada Permukaan Yang Kerap Disentuh Sehingga 9 Hari, Hati-Hati!
Anda Tahu Kesan Coronavirus Kepada Ibu Hamil? Ibu Hamil Tolong Amalkan Langkah Pencegahan
Menangis Buat Video Call, Peluk Dari Jauh. Bertugas Di Hospital, Ibu Terpaksa Berpisah Dengan Anak

Kita doakan agar semua jemaah oleh dilindungi-NYA dan Malaysia serta negara lain bebas daripada wabak penyakit ini. Amalkan langkah pencegahan yang betul dan jika tiada keperluan penting, sila berada di dalam rumah. 

Sumber: Izwan Azir Saleh

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI