Di celah-celah hiruk-pikuk pasar raya yang sesak dengan pengunjung, satu figura maskot katak hijau yang comel menjadi perhatian ramai. Tapi siapa sangka, di sebalik kostum tebal itu, tersembunyi tubuh kecil seorang kanak-kanak yang sedang berpeluh-peluh menahan panas.
Ya, seorang anak kecil yang sepatutnya berada di bangku sekolah atau bermain bersama rakan sebaya, kini sedang mencari rezeki membantu keluarga.
Berpanas, Berpeluh… Demi Sekeping Duit
TikTok @comrdriz
Anak kecil itu dilihat tabah menari dan melambai mesra kepada setiap pengunjung, walau peluh membasahi tubuh dan kostum maskot yang dipakai. Dalam suhu panas dan suasana sesak, dia tetap tersenyum, tetap ceria. Ramai yang kagum dengan ketabahannya, namun dalam masa sama, terselit rasa pilu dan simpati.
“Allahu… kecilnya dia. Patut masa ni dia belajar, bukan kerja macam ni,” luah seorang ibu yang kebetulan lalu di hadapannya.
Tular Di Media Sosial, Ramai Tersentuh Hati
Kisah ini tular di media sosial apabila seorang pengguna TikTok, @riz_creative.dev, berkongsi video yang memaparkan kanak-kanak tersebut duduk keletihan di bawah terik matahari sambil menerima sumbangan daripada orang ramai.
Ads
Riz meluahkan rasa simpati terhadap adik kecil itu yang terpaksa berpanas selama berjam-jam demi mengumpul wang.Beliau turut berharap agar pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat memantau situasi ini bagi memastikan kanak-kanak tersebut tidak dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab .
Ribuan komen memenuhi ruangan, rata-rata mengalirkan simpati dan kekaguman terhadap semangatnya. Ada juga yang risau dan mempersoalkan, di mana ibu bapanya? Adakah anak ini dipaksa bekerja?
Ads
“Anak sekecil ini tak sepatutnya dibiarkan begini. Kita kena bantu, bukan biar dia terus begini,” komen seorang netizen.
Anak Kecil, Tanggungjawab Kita Bersama
Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak tidak dibenarkan bekerja dalam situasi yang boleh menjejaskan kesihatan atau keselamatan mereka. Walau niat membantu keluarga itu murni, namun ia tidak boleh mengorbankan zaman kanak-kanak mereka yang berharga.
Ads
Fenomena kanak-kanak memakai kostum maskot untuk mencari rezeki bukanlah sesuatu yang baharu.Sebelum ini, kisah Salman Abdullah, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang memakai kostum maskot sejak kecil untuk membantu keluarga dan menampung perbelanjaan kakaknya yang menghidap jantung berlubang, turut mendapat perhatian ramai.
Sebagai masyarakat yang prihatin, kita semua memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak seperti adik maskot katak ini mendapat perlindungan dan peluang untuk menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan selamat dan bahagia.Semoga kisah ini menjadi peringatan buat kita semua tentang pentingnya menjaga kebajikan dan hak kanak-kanak dalam masyarakat.
Semoga kisah ini menjadi pembuka mata dan pintu hati kita semua. Kerana setiap anak adalah permata berharga. Lindungi mereka, sayangi mereka.
Dengan peningkatan jumlah penumpang semasa musim perayaan, aspek keselamatan penerbangan menjadi keutamaan. Malaysia Airlines telah mengeluarkan peringatan kepada semua penumpang mengenai peraturan baharu penggunaan powerbank dalam penerbangan bagi mengelakkan sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan.
Bermula 1 April 2025 Hanya Dua Powerbank
Bermula 1 April 2025, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa maksimum dua powerbank dengan kapasiti antara 100 hingga 160Wh. Lebih penting, powerbank mesti sentiasa berada bersama penumpang dan tidak boleh disimpan di dalam beg kabin atau bagasi.
Langkah ini diambil bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini, termasuk kebakaran akibat penggunaan powerbank yang tidak terkawal.
Elak Kebakaran dalam Penerbangan
Sebelum ini, insiden kebakaran dalam penerbangan Air Busan yang berpunca daripada peranti elektronik telah mendorong syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines melarang penggunaan powerbank dalam penerbangan mereka.
Demi keselamatan diri dan penumpang lain, pastikan anda mematuhi peraturan ini ketika pulang beraya atau bercuti bersama keluarga. Selamat perjalanan dan selamat sampai ke destinasi!
Mama rotan kerana sayang. Mama marah kerana kasih. Mama denda untuk membentuk kamu. Tidak pernah terlintas semua itu Mama lakukan kerana bencikan kamu.
Wahai Anak, percayalah setiap apa yang Mama lakukan adalah kerana Mama mahukan yang terbaik untuk kamu. Setiap titis air mata kamu yang jatuh kala Mama marahkan kamu atau rotan kamu, setiap kali itu hati Mama berdarah. Betapa Mama rasa bersalah. Tidakkah Mama seorang ibu yang gagal?
Jika Mama seorang ibu yang bagus, sudah tentu kamu tidak perlu dimarahi. Apatah lagi didenda atau dirotan. Jadi, Mamakah yang bersalah? Jika begitu, maafkan Mama.
Mama sayangkan kamu dan kerana sayang Mama bertegas. Setiap ungkapan Jangan atau Tidak Boleh bukan kerana Mama mahu menyekat kebebasan dan keinginan kamu. Tetapi Mama mahu mengelak terjadinya perkara yang tidak diingini kepada kamu.
Bila kamu ditegur atau dimarahi orang lain, Mama yang menangis dalam hati. Mama yang menggigil satu badan menahan agar diri tidak terlepas ‘tumbukan’ padu ke mukanya. Kerana Mama… Sayangkan kamu, sentiasa!
Tahukah kamu wahai anak, setiap kali kamu terlelap, Mama lah di sisi kamu yang mencium dahimu. Mamalah yang mendakap tubuhmu. Biarkan kamu tidak tahu, asalkan kamu merasainya.
Mama tidak sempurna, Sayang, tetapi Mama sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik untuk kamu. Biar Mama jadi cinta ketiga buatmu selepas Allah SWT dan Rasulullah SAW. Berilah Mama ruang itu di hatimu.
Ingat Anakku, setiap kali Mama bertegas ada sebabnya. Kerana kamu, anakku CINTAKU YANG TERINDAH.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika pen dan bunga selalu menjadi pilihan sebagai hadiah buat hari guru, lain pula kisahnya dengan seorang guru Bahasa Melayu, Cikgu Fatin Nur Farhana Ruslan yang menerima hadiah paling ‘rare’ sempena hari guru.
Melalui akaun Tik Toknya, Cikgu Fatin sama sekali tidak menyangka video hadiah yang diterimanya dari seorang murid pada tahun lepas menjadi viral baru-baru ini.
Tambah Cikgu Fatin lagi, pemberian tersebut sebagai sesuatu yang cukup istimewa sepanjang perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru.
Lebih mengejutkan katanya, video pendek yang dikongsikannya di TikTok tentang hadiah itu mendapat perhatian ramai dan menerima pelbagai komen lucu serta positif daripada pengguna media sosial.
“Rakaman itu sebenarnya dibuat tahun lepas, tetapi saya baru muat naik sempena Hari Guru pada 16 Mei, Jumaat ini. Saya rasa ia boleh beri inspirasi kepada murid dan ibu bapa untuk fikirkan idea hadiah yang lebih kreatif dan berbeza,” ujarnya.
Melalui video yang dikongsikan oleh Cikgu Fatin, menunjukkan seorang murid lelaki berbangsa Cina dengan selamba menyerahkan minyak angin cap kapak kepada gurunya sebagai tanda penghargaan.
Gelagat spontannya ternyata mencuit hati ramai, malah ada yang menyatakan hadiah seperti itu sangat berguna terutama buat guru yang sering berdepan kepenatan ketika mengajar setiap hari.
Tambahnya lagi, bukan dirinya sahaja yang menerima hadiah minyak angin tersebut malah pemberian minyak angin itu juga turut diberikan kepada guru-guru lain.
“Saya maklumkan kepada murid itu bahawa videonya telah tular, dan dia begitu gembira!
“Dia beritahu, tahun ini dia bercadang untuk beri hadiah yang sama, cuma jenama minyak angin sahaja yang berbeza. Malah dia siap rancang nak rakam video baru lagi,” katanya sambil ketawa kecil.
Walaupun kelihatan ringkas, Fatin mengakui hadiah seperti itu amat praktikal dan dihargai oleh para guru.
Guru muda yang telah berkhidmat selama empat tahun ini turut mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik malah berharap dengan adanya sambutan untuk guru dapat mengeratkan lagi hubungan baik murid dengan guru.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.