Pelakon Mawar Rashid mengakui masih tidak percaya yang dirinya akan bersalin tidak lama lagi.

Menerusi entri di Instagram (IG), Mawar berkongsi gambar terkininya selepas melakukan imbasan ultrasound terhadap kandungannya.

“Baby mummy dah besar sangat dah. Latest pergi 5D scan, first time nampak baby senyum. 

“Mummy pulak yang terlebih excited. Macam still tak percaya akan jumpa dengan baby tak lama lagi. 

IKLAN

“Elok-elok dalam perut mummy ya my baby, take care sayang #MawaRafJunior,” tulisnya. 
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi dan mendoakan proses bersalinnya nanti dipermudahkan.

“Scan Tengok Baby Senyum, Mummy Tak Sabar”. Mawar Teruja Tunggu MawaRafJunior Keluar

IKLAN

Ramai yang menyatakan wajah Mawar tetap berseri walaupun mengandung walaupun nampak ada perubahan sikit.

Dalam entri berlainan, Mawar berterima kasih pada suaminya yang sentiasa menunaikan permintaannya nak makan macam-macam sebelum dia bersalin tak lama lagi.

IKLAN

Rasa bertuahnya dapat layanan terbaik. Kadang-kadang orang perempuan yang mengandung ni bukan nak makan sangat tapi bila rasa teringin tu tak boleh nak tahan. Bila dapat makan sikit pun dah cukup.

“Scan Tengok Baby Senyum, Mummy Tak Sabar”. Mawar Teruja Tunggu MawaRafJunior KeluarMawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri bernikah dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017.

Sumber: ig Mawar Rashid

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI