Ads

“Screen Time” Buat Anak Jadi Makin Pasif, Galakkan Permainan Aktiviti Aktif!

Untitled design (21)

Apabila di rumah, lebih-lebih lagi waktu cuti, ada waktunya anak kita menonton televisyen seharian. Bukan itu sahaja malah penggunaan gajet juga begitu berleluasa tanpa pantauan dan had dari ibu bapa. Membiarkan anak tanpa mengehadkan segala aktiviti ‘screen time’ ini sebenarnya kurang baik untuk perkembangan anak-anak kecil kita.

Malah menurut Dr Redza Zainol, menonton TV tanpa kawalan sebenarnya tidak bagus kerana ia merupakan aktiviti pasif yang membuatkan anak terus-terusan tidak memberikan respon dalam komunikasi dua hala di rumah. Ini sememangnya kurang sesuai dengan kanak-kanak yang perlu aktif dalam segala hal.

“Screen Time” Buat Anak Jadi Makin Pasif, Galakkan Permainan Aktiviti Aktif!

Jadi sebaiknya cuba elakkan ‘screen time’ berlebihan di rumah. Cuba buatkan jadual agar anak sudah terbiasa dengan peraturan yang diberikan.


Rupa-rupanya ramai kanak-kanak tinggal di rumah yang tak ada langsung peraturan tentang “Screen Time.”

Menurut 1 kajian,

Ads
  • 70% kanak-kanak usia 8-18 tahun tak pernah diperkenalkan dengan peraturan menonton TV di rumah.
  • ⅔ kanak-kanak kata TV di rumah dibuka ketika makan.
  • Hampir separuh kanak-kanak kata TV di rumah dibiar terbuka sepanjang hari.

MENONTON TV tanpa kawalan ni tak bagus sebab ia ialah aktiviti pasif.Kanak-kanak tak perlu beri apa-apa respon (Komunikasi cuma sehala).

  • BERINTERAKSI pula ialah aktiviti aktif.
    Kanak-kanak melihat, mendengar, memahami dan memberi komen atau jawapan (Komunikasi dua hala)

“Screen Time” Buat Anak Jadi Makin Pasif, Galakkan Permainan Aktiviti Aktif!

TIPS MAK AYAH

*Galakkan anak bermain dalam aktiviti rangsangan fizikal dan interaksi dua hala.
– main board game, puzzle.

Ads

* Bekalkan anak dengan buku bacaan berkualiti.

“Screen Time” Buat Anak Jadi Makin Pasif, Galakkan Permainan Aktiviti Aktif!

*Pantau rancangan TV yang ditonton. Jika ada unsur yang tak sesuai, mak ayah sebaiknya beri penjelasan.

Ads

*Alihkan semua gajet/TV/komputer keluar dari bilik tidur anak.

*Jadi “role model” untuk anak. Kita hadkan “Screen Time” diri sendiri jadi 2 jam saja sehari.

“Screen Time” Buat Anak Jadi Makin Pasif, Galakkan Permainan Aktiviti Aktif!

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Makanan Sebelum Bersalin, Penting Untuk Tenaga & Elak Keletihan

Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.