
Plaza Tol Bukit Kajang gempar dengan tragedi menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut, manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan.
Menuru laporan Sinar Harian, Kejadian berlaku pada Sabtu sekitar jam 11 pagi di Plaza Tol Bukit Kajang, membabitkan sebuah lori tiga tan membawa barangan lusuh, kenderaan pacuan empat roda Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR), sebuah Honda City dan Proton X70.
Kemalangan ngeri ini bukan sahaja meragut nyawa seorang bayi berusia setahun, malah menyebabkan lapan lagi mangsa cedera.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11 pagi sebelum enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi bergegas ke lokasi.
“Kami tiba kira-kira 11 minit kemudian dan mendapati seorang bayi lelaki ditemui tersepit di bawah kereta Nissan X-Trail. Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.30 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Seorang lelaki yang turut tersepit di bawah kenderaan sama berjaya dikeluarkan 10 minit lebih awal dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Tujuh lagi mangsa dengan kecederaan pelbagai tahap telah dibawa ke hospital oleh pasukan perubatan KKM.
Takziah Buat Keluarga Mangsa
Pa&Ma menzahirkan ucapan takziah dan doa buat keluarga mangsa tragedi kemalangan bayi 12 bulan ini. Semoga keluarga tabah menghadapi dugaan berat ini.
Tragedi ini menjadi peringatan penting buat semua ibu bapa tentang aspek keselamatan anak kecil semasa dalam kenderaan:
Langkah-langkah kecil ini boleh menyelamatkan nyawa anak kita ketika berlakunya kemalangan jalan raya.