Ibu bapa kadang-kadang terlalu fikirkan untuk mengajar perkataan-perkataan yang berunsurkan akademik dengan harapan anak pergi sekolah nanti boleh excellent.
Tapi perasan tak yang masa usia kanak-kanak bawah 5 tahun, apakah keperluan mereka yang sebenar dan apakah kesan jika kita tak penuhi keperluan tersebut.
Bagi kanak-kanak bawah 5 tahun, perkara asas dan umum untuk mereka develop adalah skill:
✅ Sensori/deria – untuk membuatkan mereka lebih peka dengan persekitaran, lebih observance, lebih explore barulah otak berkembang dengan baik. Barulah nanti nak belajar kat sekolah senang yang ni memang kena belajar melalui exposure dan pengalaman. Bukan tiba-tiba skill tu datang sendiri.
Ads
✅ Skill motor-motor halus dan kasar untuk perkembangan kekuatan dan koordinasi otot yang baik. Bila koordinasi dan kekuatan otot badan baik, koordinasi tangan baik, baru boleh belajar dengan selesa di sekolah. Tulisan pun cantik. Skill ni pun perlu belajar dengan praktis dan physically involve. Kalau duduk je tak banyak bergerak memang susah la nak dapat skill ni dengan baik.
✅ Skill bahasa & komunikasi – Bila nak anak boleh belajar dengan baik di sekolah, mereka perlu faham dulu bahasa dan boleh berkomunikasi dengan baik mnggunakan bahasa yang mereka ada tu. Kalau kita cakap pun tak faham, rasanya faham ke bila baca kalau tak faham apa yang dia baca, rasanya berfungsi ke membaca untuk perkembangan dan pembelajaran mereka macam mana nak ajar skill ni rasanya semua orang tau.. kalau kita nak anak bercakap, kita kena rajin cakap dan berinteraksi dengan anak.. dengan keadaan betul-betul wujud bersama mereka.
Ads
✅ Skill tingkah laku – Masalah tingkahlaku selalunya tak ada kaitan terus sangat pun dengan masalah delay ke apa ke.. Tapi tingkah laku kanak-kanak selalunya berkait rapat dengan parenting skill. Behavior bagus, kan senang nak belajar.. cikgu pun senang hati nak mengajar di sekolah. Tak adalah kena reject kan sebab cikgu tak boleh urus.
✅ Skill sosial – sosial ni bukanlah bermaksud anak tu kena boleh bertegur sapa dan beramah mesra dengan semua orang. Kalau anak malu dengan orang tak kenal tu biasa la. Skill sosial ini lebih kepada boleh bermain dengan kawan-kawan, boleh bergaul, tahu untuk bezakan cara pergaulan dengan kawan-kawan tak sama dengan bergaul dengan orang dewasa atau lebih tua.
Bonding atau ikatan hubungan yang rapat antara anak dan ibu bapa secara fizikal dan psikologi amat penting bagi menjamin si kecil membesar dengan seimbang.
Dr Putri Afzan Maria Zulkifli, Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pengasas Kinderkaizen bagi mengetahui apakah kepentingan ikatan ini kepada anak dan ibu bapa sendiri.
Menurutnya, perhubungan antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting bagi kerana ia membina asas kepada segala perhubungan yang bakal wujud dan menjadi sumber kepada pembentukan perasaan kasih sayang, keintiman sesebuah perhubungan, kepercayaan dan rasa selamat.
Keakraban ini adalah asas kepada pembentukan 90% daripada otak anak pada enam tahun pertamanya. Apakah antara bahagian yang terkandung dalam 90% itu? Ia adalah perkembangan seperti berikut;
1. Perkembangan yang melibatkan sensori yang menjadi permulaan kepada pembentukan otak.
2. Perkembangan emosi.
3. Perkembangan perhubungan rapat dengan anak.
4. Pembentukan memori.
Beliau juga mencadangkan ibu bapa untuk menonton filem INSIDE OUT yang banyak mendidik bagaimana emosi di proses dalam otak. Keempat-empat perkara yang disebut di atas perlu di bentuk dengan baik sebelum anak berumur lebih kurang tujuh tahun. Ia amat penting sebagai asas yang akan menunjangi pembentukan 10% lagi bahagian otak yang berkaitan dengan pembelajaran secara formal bermula dari anak berumur tujuh sehingga 23 tahun.
Kurang bonding punca hiperleksia
Apa dirisaukan ialah apabila ibu bapa terlalu sibuk mengawalkan perkembangan yang melibatkan bahagian 10% tadi (pembelajaran secara formal) pada waktu perkembangan yang 90% (sensori, emosi, hubungan erat ibu bapa dan anak serta pembentukan memori) belum terbentuk sepenuhnya.
Ini akan mewujudkan lompang-lompang di dalam otak yang akhirnya akan memberi kesan seperti ‘hiperleksia’ iaitu keadan di mana anak pandai akademik tetapi masih belum boleh mengurus emosi diri yang akhirnya dewasa menjadi orang yang tidak boleh menguruskan stres dan boleh menyumbang kepada masalah mental. Ibu bapa perlu sedar adalah jika anak sudah melepasi enam tahun pertama, bukan mudah untuk undur dan perbetulkan kesilapan ini kembali.
Kuasa pelukan
Secara fizikalnya, antara contoh yang boleh dikongsikan adalah kekerapan kita memeluk anak. Adakah anda tahu bilangan pelukan terbaik yang perlu kita lakukan setiap hari? Kajian menyatakan 17 pelukan. Virginia Satir (Pakar Terapis Kekeluargaan) menyatakan manusia memerlukan empat pelukan sehari untuk kekal hidup, lapan pelukan sehari untuk kekal berfungsi dan 12 pelukan sehari untuk tumbesaran yang melibatkan anak.
Pelukan penting kerana sentuhan dari pelukan itu membantu membina kepercayaan dan rasa selamat. Ini dibantu dengan adanya komunikasi yang positif, jujur dan menggalakkan seorang anak dalam perbualan. Pelukan juga sangat membantu meningkatkan penghasilan hormon oksitosin yang merawat perasaan berkaitan rasa keseorangan, terasing dan marah.
Bonding dari dalam kandungan
Bonding bersama anak sejak dari dalam kandungan lagi. Maka, sebab itu pentingnya ibu bapa menjaga emosi masing-masing untuk memastikan pengaliran darah dan pembentukan otak anak dalam kandungan adalah positif dari mula, bebas dari adanya penghasilan kortisol berlebihan yang mungkin akan memberi efek negatif.
Jika ibu hamil alami masalah gangguan emosi, ada kemungkinan ia boleh memberi efek negatif pada si anak. Dengan pengawalan emosi yang baik, ibu bapa di galakkan untuk banyak berbual dengan anak dalam kandungan sebagai usaha mewujudkan bonding dari awal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, satu kes yang sangat menyentuh hati dan membangkitkan kemarahan ramai ibu bapa telah tular. Seorang ibu meluahkan kekecewaannya apabila kes gangguan seksual terhadap anaknya diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action). Lebih menyedihkan, pelaku dipercayai seorang pemandu pengangkutan sekolah — seseorang yang sepatutnya boleh dipercayai menjaga keselamatan anak-anak kita.
Dalam satu rakaman video, si kecil itu dengan polos menceritakan bagaimana ‘pakcik’ itu minta dicium dan turut mencium pipinya. Perbualan ini mungkin kedengaran biasa bagi sesetengah orang, tetapi bagi ibu bapa yang peka, ini petanda bahaya yang sangat besar.
Realitinya, anak-anak kita sedang membesar dalam dunia yang jauh berbeza dari zaman kita dahulu. Dulu, kita diajar untuk hormat semua orang dewasa. Tapi sekarang, kita kena ajar anak untuk tahu sempadan sentuhan. Sentuhan yang baik dan sentuhan yang tak sepatutnya berlaku.
Ibu bapa hari ini perlu jadi “detective” emosi dan tingkah laku anak sendiri. Bila anak mula tunjuk tanda-tanda murung, takut nak ke sekolah, atau tiba-tiba jadi terlalu pendiam — JANGAN abaikan. Itu mungkin jeritan minta tolong dalam diam.
Dalam kes ini, ibu mangsa bertindak cepat dan tegas — satu langkah yang sangat penting. Tapi apabila sistem masih gagal melindungi, kita tak boleh diam. Kita kena terus bersuara. Media sosial, saluran NGO, kaunselor — semua ini boleh jadi platform untuk bantu anak kita dapat keadilan.
“Gila ap, suka-suka hati suruh cium-cium dan cium anak orang, OMG sumpah gila, kita nak pegang anak orang pun tak berani sebab kita tahu kadang-kadang ada parent tak suka, inikan pula kiss. GILAA.”
“Not normal? Kenapa kena cium anak orang terutama masa orang tak ada?? Untuk apa ek?”
“Mana boleh suka-suka cium anak orang?!? Kena aku, kalau polis tak ambil tindakan memang aku lah yang bertindak dengan orang-orang macam ni.”
“TINDAKAN SUKA CIUM BUDAK MEMANG SGT TAK OK, DAN TAK PERLUUUU!! … Benda I PALING MENYESAL SEKALI WAKTU TU, I SURUH ANAK I SALAM DGN diorg… then paling terkejut PAKCIK TU KISS NECK ANAK I, PIPI ANAK I..eeeeee mmg bodohlahhhh ingat balik..”
Anak-anak adalah amanah. Dan amanah itu tak patut kita lepaskan hanya kerana kita terlalu sibuk atau terlalu percaya pada sistem. Dunia tak lagi selamat seperti dulu, tapi kita boleh jadi benteng pertama untuk lindungi mereka.
Dan ingatlah — bila seorang anak berani bersuara, itu petanda dia percaya pada kita. Jangan biar kepercayaan itu dikhianati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila cerita mengenai anak tidak pandai membaca, memang risau. Lebih-lebih lagi bila anak-anak kawan umur empat tahun sudah boleh membaca. Suruh anak-anak membaca, terus lari ambil permainan. Memang menuntut kesabaran.
Namun perkongsian Puan Emalin Mohd, seorang Ibu kepada 3 orang cahaya mata ini ada benarnya apabila beliau tidak risau apabila anak umur empat tahun tidak boleh membaca. Jom ikuti cara Puan Emalin ini semoga menjadi panduan bersama untuk mendidik anak-anak menjadi lebih cemerlang.
Ibubapa menghantar anak ke tadika swasta dengan yuran yang mahal namun setelah 6 bulan berlalu, anak yang berumur 4 tahun di tadika tersebut masih belum pandai membaca. Perlu ke ibubapa risau?
Berapa umur anak patut pandai membaca sebenarnya?
Menghantar anak ke tadika swasta mahal mana sekalipun sebenarnya bukan jaminan sebenar untuk anak pandai membaca seawal umur 4 tahun. Namun, tidak dinafikan promosi yang dilakukan tadika swasta berkenaan semasa mendaftar menyebabkan ibubapa mengharapkan anak sudah pandai membaca seawal umur 4 tahun.
Jadi ibubapa tak perlu risau ke anak tak boleh membaca ketika umur 4 tahun?
Eh, boleh risau dan bagus ibubapa risau. Itu bermaksud ibubapa mengambil tahu perkembangan anak. Namun, bukan setakat risau sahaja. Ada peranan besar lain yang ibubapa boleh mainkan peranan untuk membantu anak pandai membaca.
Ini yang patut ibubapa lakukan dalam merangsang anak untuk membaca.
TIPS UNTUK MEMBANTU ANAK PANDAI MEMBACA
1) Kenali sifat dan sikap anak sendiri
Walaupun jumlah pelajar di tadika hanya 10 -15 untuk sekelas, namun mengharapkan guru tadika semata-mata tidak memadai. Setiap anak malah kita sendiri mempunyai cara belajar yang berbeza. Ada yang boleh fokus duduk membaca (visual), ada yang suka mendengar (audio) dan ada juga yang suka ada pergerakan (kinesthetic). Dan kebanyakan cara pembelajaran adalah banyak menggunakan audio visual. Bayangkan jika anak kita adalah jenis kinesthetic? Bukankah sukar untuk anak tersebut duduk mendengar dan fokus apa yang diajar oleh guru?
Jadi apabila ibubapa sendiri tahu gaya pembelajaran anak, lebih mudah untuk membuat berbincang dengan guru dan ibubapa membuat inisiatif sendiri mengajar anak di rumah.
Cuba ajar anak di rumah.. Lihat fokusnya. Ada kah boleh duduk diam selama 10 minit untuk sama-sama belajar dengan ibubapa? Atau tak sapai satu minit membaca dah mula untuk bangun atau kepala melilau ke sana ke mari?
2) Belajar di rumah
Ini sebenarnya faktor yang amat penting. 10-15 minit sehari Insyaallah mencukupi. Tambahan pula fokus anak tak berapa lama. Jadi, tak perlu peruntuk masa sampai 1 jam untuk mengajar anak. Nanti anak gelisah.
Kalau pun cuba untuk peruntukkan 1 jam pada satu-satu masa, kena pelbagaikan aktiviti. Jangan buat aktiviti menulis huruf A – Z dalam masa 30 minit. Pelbagaikan aktiviti. Ringkas pun tak apa seperti mewarna, menyanyi dan menulis.
Untuk ibu yang tiada masa, ambil masa sebelum tidur untuk bercerita (story telling) dengan anak. Pilih buku berwarna-warni dengan huruf yang besar. Sambil bercerita boleh ajar anak mengenal huruf. Jika ada gadget, boleh pilih apps yang sesuai untuk sesi pembelajaran ringkas.
3) Waktu belajar di mana-mana
Tidak semestinya duduk bersama untuk mengajar anak. Semasa menghantar dan mengambil anak pun boleh jadikan sesi belajar bersama-sama. Boleh meghafal surah lazim, boleh menyanyi lagu ringkas yang mendatangkan faedah seperti lagu A-Z, lagu vokal AEIOU dan boleh mengenal warna sepanjang perjalanan.
Atau jadikan sesi bercerita.
Dan ada baiknya sepanjang perjalanan radio ditutup agar menjadi sesi interaktif dan ibu tak syok sendiri mendengar radio.
4) Bahan bacaan di mana-mana
Sekarang ada banyak bahan bacaan anak yang murah yang boleh digunakan untuk mengajar anak. Tidak semestinya menghadkan satu bilik untuk dijadikan bilik belajar.
Letakkan bahan bacaan di sudut-sudut rumah tertentu agar pada bila-bila masa anak boleh melihatnya dan ibubapa boleh mencari masa mengajar anak.
5) Ambil tahu dan selesaikan masalah anak di tadika
Kenal pasti guru dan kawan anak di tadika. Ada kalanya anak susah untuk belajar di rumah kerana tidak serasi dengan sesetengah guru atau kawan tertentu.
Sama seperti kita orang dewasa. Prestasi kerja pun boleh menurun jika bos tak ‘best’ atau ada rakan-rakan yang tak berapa ngam.
Ambil tahu dan cuba selesaikan dengan cara berbincang dengan guru sekiranya anak mengadu berulang kali tak nak ke sekolah.
Selalunya anak takkan terus memberitahu ibubapa punca tak nak ke sekolah. Jadi, ibubapa kenalah pandai mengorek cerita.
6) Jadikan masa pembelajaran masa yang menggembirakan
Sesi belajar bersama anak sebaiknya ketika ibu tidak stress dan tenang. Ini kalau mengajar dengan suara bak halilintar dan tangan ibubapa cepat sahaja memukul anak atas ketidakupayaan anak memahami apa yang diajar, agak-agak lagi anak nak belajar atau sebaliknya?
Belajar bukan bermaksud hanya duduk bersama-sama mengadap antara satu sama lain secara one-to-one. Mungkin keadaan ini agak membosankan bagi anak tersebut. Menyanyi dan bermain dengan warna serta melukis atau menconteng boleh menceriakan suasana. Atau boleh membuat origami bersama-sama. Lakukan pelbagai aktiviti agar tidak membosankan.
Perlu atau tidak untuk ibubapa risau jika anak tidak pandai membaca semasa umur 4 tahun lebih kepada harapan (expectation) ibubapa sendiri.
Apa objektif ibubapa yang sebenar semasa menghantar ke tadika?
Adakah perkembangan anak selama ini mengikut garis panduan yang diberikan?
Hanya ibubapa sendiri yang mengetahui jawapannya. Pada masa yang sama, berikan DHA dan nutrisi lain yang mencukupi untuk perkembangan sihat anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangkitan cacing pada kanak-kanak boleh menyebabkan gatal dubur, sakit perut, anemia dan gangguan tumbesaran. Ketahui tanda bahaya dan cara mencegahnya.