Ketika menyusukan anak, ibu akan kuat makan. Sesetengahnya mengalami pertambahan selera sehingga berat badan pun naik. Adakah normal seorang ibu menyusu untuk makan banyak sehingga naik berat badan? Ibu yang menyusui bayinya secara eksklusif untuk enam bulan pertama memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu. Sekiranya ibu masih kuat makan selepas anak melepasi usia enam bulan, anak boleh mula berdiet dan mengawal pengambilan makanan.
Secara purata, untuk menghasilkan 100ml susu ibu, ibu perlu menggunakan sebanyak 85 kalori. Jadi, jika ibu menghasilkan dalam lingkungan 500ml hingga 700ml susu sehari, ini bermakna ibu akan membakar tenaga sebanyak 420 hingga 600 kalori sehari.
Ketika anak sudah masuk usia enam bulan ke atas, mereka sudah diperkenalkan dengan makanan pelengkap dan masih menyusu badan. Apabila bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, keperluan menyusu mula berkurangan secara beransur-ansur. Oleh yang demikian penghasilan susu puan juga berkurangan kerana permintaan yang kurang daripada bayi.
Maka tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu juga berkurangan. Selepas usia bayi enam bulan hingga setahun, susu ibu membekalkan satu per tiga hingga satu perdua daripada keperluan tenaga bayi sehari.
Ads
Apabila keperluan menghasilkan susu semakin berkurangan, tetapi jika pemakanan si ibu masih sama seperti dahulu, kalori berlebihan yang diambil ini tidak akan dibakar dan akan disimpan di dalam bahan sebagai lemak. Jika hal ini berterusan, maka lama kelamaan kenaikan berat badan akan menjadi ketara.
Terdapat persepsi dalam kalangan ibu yang menyusui bayinya yang merasakan tidak mengapa makan lebih kerana ibu menyusu perlu makan untuk dua orang. Hakikatnya tidak sebegitu terutama apabila bayi sudah berusia lebih enam bulan. Pertambahan berat badan boleh disebabkan oleh faktor lain, antaranya gaya pemakanan yang kurang sihat dan pengambilan makanan yang tidak seimbang sebagaimana yang disarankan mengikut piramid makanan.
Tambahkan makanan berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam menu makanan harian. Pilih cara masakan yang kurang berminyak seperti merebus, membakar atau mengukus. Kurangkan pengambilan makanan berlemak atau digoreng.
Selain daripada faktor pemakanan, senaman secara berkala setiap minggu juga perlu dibuat untuk memastikan kalori yang berlebihan dibakar dan tidak disimpan sebagai lemak. Digalakkan bersenam selama tiga puluh minit setiap sesi dan dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Selain itu, teruskan memberikan susu kepada bayi anda mengikut kehendaknya sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya dua tahun. Jika ibu bekerja dan bayi tiada bersama, pastikan anda memerah susu setiap tiga jam untuk memastikan susu terus dihasilkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila mengandung selama 9 bulan, isteri ke hulur ke hilir bawa perut, bawa anak dalam kandungan tak pernah merungut sebab mengandung walaupun bila berjalan dah nampak macam pinguin. Saiz badan berubah dari slim kepada kembang semangkuk.
Subhanallah..kuatnya isteri kamu berjaya menjalankan tanggungjawab.
Waktu nak bersalin, bayangkan rasa sakit tu macam mana.
Wahai suami, isteri bertarung nyawa di dewan bersalin kerana kamu..kerana kamu suami..kerana zuriat kamu.
Bayangkan kalau Allah ambil nyawa isteri kamu ketika bersalin, mampukah kamu menjalankan tanggungjawab dan kerja harian isteri?
Beribu-ribu urat isteri putus ketika bersalin, itu belum lagi rasa sakit kena jahit kat bahagian ttooottt, sakit urat dan lain-lain sakit selepas bersalin.
Bermacam-macam perkara berlalu ketika tempoh berpantang. Bila Allah nak uji dan duga pasangan suami isteri, ada yang bermain kayu tiga dalam tempoh berpantang si isteri, ada yang suka-suka cari masalah sendiri dan banyak kemungkinan perkara tak elok berlaku.
– sakit kene cucuk epidural
– sakit kene seluk dengan doktor 4/5 kali untuk rasa bukaan rahim
– sakit waktu contraction
– sakit waktu baby keluar kepala dari rahim
– sakit kene gunting / koyak di bahagian rahim
– sakit kene jahit di rahim
– sakit berjalan lepas di jahit
– sakit dan takut waktu nak buang air
– sakit waktu duduk, punggung mengembang waktu bersalin
– sakit apabila susu badan tak keluar, bengkak susu
– sakit bila puting susu masih keras, anak hisap pun boleh menangis
– dan banyak lagi sakit yang lain yang tak dapat dimention di sini.
Lagi sakit hati bila makcik-makcik mulut manis asyik cakap “ala kau ni, sakit sikit je pun tak tahan”. Jadi bertabahlah, pahala besar untuk semua ibu-ibu.
Sekuat mana pun seorang ibu, apabila melihat anak kesakitan, hanya Allah yang tahu betapa sayunya perasaan. Lana bersyukur Billy akhirnya semakin pulih dan sihat dan dibenarkan pulang.
Pelakon Lana Nodin memberikan khabar gembira kerana anak keduanya, William Daud McKienzie atau Billy menunjukkan perkembangan positif. Billy yang mengalami masalah injap jantung (aorticstenosis) melalui pembedahan membetulkan injap jantungnya (baloon valvuloplasty) beberapa hari lalu sudah pun dibenarkan discaj hari ini.
Lana memuatnaik video Billy sebelum dibedah menunjukkan anak ini sangat aktif dan comel. Dalam posting terbarunya itu, Lana merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan & memberikan semangat. Lana turut menyatakan penghargaan kepada tenaga kerja Institut Jantung Negara. Rawatan selama 10 minit sangat berharga dan menyelamatkan nyawa Billy.
Katanya bila Billy sihat, dia akan membawa Billy bersama ke acara-acara untuk berjumpa dengan insan-insan yang mendoakannya.
MMDG&W❤️ ni la moment malam pertama bile sy di masukkan di hospital ijn untuk menjalani procedure untuk jantung sy…dengan berkat doa2 orang di luar sane beri semangat pada sy dan mommy sy… Alhamdulillah sy dah boleh keluar esok dengan sihat…
Terima kasih pada semua yg x henti2 doakan sy dan beri kata semangat pada mommy sy… Dan terima kasih to staff ijn dan doktor2 yg tak putus asa selamatkan sy tempoh hari…10 mins waktu yang sangat berharga untuk sy? Nanti sy dah sihat sepenuhnya dan ready utk jalan2 sy akan ikut teman mommy pegi event2… Mesti nak jumpa org ramai yg doakan sy hari tu… Insyallah dan terima kasih semua… Esok baby Billy balik umah
Lana dalam perkembangan sebelum ini sedih dengan keadaan Billy.
Sebagai ibu, Lana akui sayu melihat tubuh kecil itu melalui pelbagai kesakitan dan Lana berharap Billy terus kuat.
lananodinmckienzie MMDG&W❤️Alhamdulillah, selepas seminggu berperang dengan perasaan… anak saya #babybilly… . menunjukkan perkembangan positif.. cuma masih perlu pemantauan rapi dan berada di ICU. Billy sangat kuat.. moga dia terus kuat.. sayu sebenarnya tgk si kecil ini bergelut dgn ujian seumpama ini.
Tidak ketinggalan, Lana mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan. Turut dinyatakan kesyukuran kepada Allah atas rahmat yang diberikan.
Apapun dari kerendahan hati, saya amat terharu dgn doa dan sokongan yang dipanjangkan. Hanya kata keramat terima kasih yang saya dapat layangkan buat semua ??? Hanya Tuhan yang dapat balas jasa anda semua… terima kasih Allah SWT dan terima kasih semua yg doakan anak sy ???
Ibu yang sarat mengandung, pastikan anda sentiasa bawa barang keperluan bayi bersama ke mana sahaja anda pergi ya. Mungkin bagi ibu yang sudah berpengalaman melahirkan bayi beranggapan ia perkara remeh tapi kena ingat setiap kelahiran anak itu berbeza pengalamannya.
Tak semestinya anak pertama anda bersalin genap 40 minggu maka kelahiran anak kedua pun akan sama. Apatah lagi bagi ibu yang pertama kali melahirkan bayi, jangan ikut pengalaman ibu lain kerana setiap orang berbeza-beza pengalaman bersalin.
Pesanan penting yang dikongsi oleh Rosnalizawati Hamzah, jururawat yang berpengalaman bertugas di dewan bersalin sebuah hospital awam ini patut dijadikan panduan berguna oleh semua ibu yang sedang mengandung.
BERSALIN – APA YANG PERLU DI BAWA?
“Encik, ada bawa lampin bayi tak?” Seorang jururawat bertanya kepada suami pesakit.
“Tak ada nurse. Saya tinggalkan dalam kereta,”
Tidak kurang juga ada yang menjawab begini. “Eh, tak ada lah. Ada kat rumah mak saya kat kampung. Saya ingat belum masanya nak bersalin sebab baru 36 minggu. Tak sangka tengah jalan-jalan, air ketuban pecah,”
Satu lagi jawapan “Saya ingat lambat lagi nak bersalin sebab tarikh jangka bersalin seminggu lagi,”.
Kepada yang bakal menyambut orang baru, tahniah diucapkan. Bagi yang akan menyambut anak pertama, nah. Sedikit maklumat untuk membantu anda membuat persediaan.
Persediaan Fizikal: 1) Bajet Lakukan persediaan awal dengan menyediakan bajet yang mencukupi untuk proses bersalin normal dan bersalin melalui pembedahan sekiranya perlu. Jangan bimbang, kos bersalin di hospital kerajaan berpatutan dan tidak akan mencecah ribuan ringgit sampai boleh beli tiket pergi ke London.
2) Lokasi hospital Kenal pasti hospital yang berhampiran dengan rumah anda atau lokasi yang anda sedang berada bagi memudahkan anda untuk datang ke hospital dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.
Sekiranya anda mengandung anak yang kedua dan ke atas, atau mempunyai masalah kesihatan yang agak kronik, anda disarankan bersalin di hospital yang sama dengan kelahiran anak pertama bagi memudahkan pihak hospital melihat semula rekod lama anda sekiranya terdapat masalah.
3) Buku Merah Sila bawa buku mengandung anda yang berwarna merah jambu tu di dalam beg anda dan bawa ia ke mana-mana saja anda pergi bagi memudahkan keadaan sekiranya berlaku kecemasan. Tidak perlu membawa buku merah seperti yang disebut oleh Zizan Razak di dalam lagu ‘Bawa Daku Pergi’. Itu buku merah pasport. Kalau buku mengandung anda warna lain pun tak apa, asalkan ada bukunya. Persediaan tu penting ya.
4) Surat Nikah Sila bawa surat nikah/kad nikah (jika perlu) bagi membolehkan suami anda menemani anda di dalam dewan bersalin. Di hospital kerajaan, hanya suami yang sah sahaja dibenarkan menunggu di dewan bersalin. Bakal suami, bekas suami ataupun skandal tidak dibenarkan ya.
5) Maternity Pad Kerapkali suami akan bertanya “Hospital tak sediakan ke? ” Anda dinasihatkan supaya membawa sendiri maternity pad kerana pihak hospital tidak ada menyediakan. Jika terlupa bawa, boleh dapatkan di hospimart berhampiran lobi hospital. Kenapa mesti maternity pad? Kerana maternity pad lebih tebal dan lebar. Cuba bandingkan pad maxi lebresse, kotex dengan maternity pad? Tak sama kan? Itu salah satu contohnya la.
6) Pakaian ibu Elakkan daripada membawa pakaian yang terlalu banyak seperti anda baru sahaja lari dari rumah mak mentua kerana pihak hospital ada menyediakan pakaian hospital yang berwarna merah jambu. Cukup dengan hanya membawa baju untuk dipakai semasa discaj nanti. Kalau nak bawa dalam 2-3 persalinan pun masih dikira ok. Cuma jangan bawa satu almari.
Dan, suatu perkara lagi. Sila bawa seluar dalam yang bersesuaian dan disarankan seluar dalam di atas paras pusat bagi tujuan keselesaan ibu dan menjaga luka pembedahan sekiranya pembedahan terpaksa dilakukan. Harapnya dapat bersalin secara normal la ye. Janganlah request pembedahan.
7) Pakaian bayi Seperti juga pakaian ibu, tidak perlu membawa pakaian bayi yang terlalu banyak kerana jika tiada apa-apa masalah, ibu dan bayi akan dibenarkan discaj dalam masa 24 jam. Jika bayi anda terpaksa dimasukkan ke sekolah asrama pun (dimasukkan ke wad kanak-kanak), bayi anda anda juga akan dipakaikan pakaian hospital.
Bagi ibu yang sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, anda juga boleh membeli keperluan bayi ini secara online sahaja. Untuk lebih penjimatan, DPAMkini sedang mengadakan promo ‘free shipping’ untuk semua barangannya mulai 25 hingga 31 Julai 2019. Gunakan kod promo DPAMFS untuk dapatkan harga istimewa di DPAM!
Sila bawa bekalan lampin pakai buang yang mencukupi dan tidak dilupakan peralatan bayi seperti bedak bayi, syampu, losyen, tisu basah dan apa sahaja yang berkaitan.
8) Bahan makanan Elakkan daripada membawa makanan yang terlalu banyak sehingga penuh almari seolah hendak berpiknik di PD ataupun Cherating dan bawa makanan yang dirasakan perlu sahaja. Bukan apa. Simpati pada suami yang mengangkut bakul besar ke sini sana. Bawa yang dirasakan perlu sahaja. Jangan pula bawa jajan sampai penuh bakul.
Persediaan mental.
1) Kelas antenatal Ia perlu terutama bagi yang akan melahirkan anak pertama bagi menyediakan ibu dengan sedikit pengetahuan supaya ibu tidak terlalu terkejut berhadapan dengan prosedur apabila berada di dalam dewan bersalin dan supaya ibu tidak bertanya soalan yang sama berulang kali.
“Tadi dah cek, kenapa kena cek lagi? “
“Air ketuban dah keluar, baby tak lemas ke? “
“Kenapa saya makin sakit belakang ni misi?”
“Bila saya nak bersalin ni misi?”
Kenapa, kenapa dan kenapa.
2) Tanya encik google/yang pakar Maksud bertanya encik google bukanlah bermaksud harus bergantung sepenuhnya pada internet tetapi dapatkan sedikit info tentang proses bersalin dan adalah penting untuk mendapatkan ilmu yang betul sebagai persediaan mental.
Tidaklah ibu melompat bila doktor melakukan pemeriksaan bukaan jalan. Dapatkan juga info dari yang berpengalaman dan sila rujuk jururawat di klinik berhampiran anda.
Yang penting, tolong jangan dapatkan info dari page-page bangang di facebook yang banyak memberikan info yang bukan-bukan.
3) Doa Bagi yang beragama Islam, lakukan amalan yang baik dengan banyak berzikir, berselawat ke atas nabi, banyakkan membaca doa nabi Yunus serta amalan-amalan yang lain sebagai terapi diri dan semoga dipermudahkan proses bersalin.
4) Maaf Jika boleh, mohonlah maaf pada orang-orang yang ada disekeliling anda terutama sekali encik suami dan minta agar dia mendoakan anda supaya mudah bersalin.
5) Pelihara tutur kata Ucapkan kata-kata yang baik, lafazkan doa yang baik-baik dan dengar perkara yang baik-baik.
6) Sentiasa bersikap positif
Perkara Penting yang anda perlu tahu:
* Elakkan memberi botol susu dan puting tiruan kepada bayi yang baru lahir dan sekiranya anda terkantoi di depan jururawat, sila jangan marah kalau jururawat anda membebel.
Ada apa lagi yang tinggal? Sila tambah sendiri.
Oh! Senaman pernafasan jangan lupa berlatih buat ya!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.