Usia enam tahun pertama adalah MASA EMAS atau waktu paling ideal untuk mengajar bahasa kedua anak.
Berdasarkan perkongsian Pengasas Mofazz Readerz, Puan Azlina Nawi, ketika usia ini, otak mereka sangat mudah untuk menerima sehingga proses penyerapan bahasa mampu berlangsung dengan sangat lancar. Tambahan pula daya penyerapan bahasa mereka berfungsi secara automatik.
Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka kuasai bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya berbanding orang dewasa.
Menurut pakar neurologi Dr Eric H. Lennenberg pula, sebelum anak capai usia baligh, otak kanak-kanak memang mudah dilentur sebab itu mereka mudah belajar bahasa asing.
Ini 25 tips yang boleh kita lakukan untuk anak-anak kita
Mulakan sejak dalam kandungan
Kalau nak anak mahir dalam English, boleh MULA ajar mereka sejak dalam KANDUNGAN lagi.
Bagaimana?
Berbual dengan baby dalam perut dalam BI, nyanyi lagu –lagu dalam BI, nyanyi lagu nasyid dalam BI. Saya suka menyanyi lagu English kanak-kanak yang terdapat dalam youtube seperti Super Simple Song.. Banyak kompilasi lagu yang mendidik anak-anak berbahasa Inggeris yang mudah. Search je dalam youtube.
Bila anak dah lahir, teruskan BERBUAL.
Banyakkan berbual/berkomunikasi dengan anak dalam English. Bagaimana caranya? Gunakan teknik One Parent One Language. Camner tu? Maksudnya mak cakap BM penuh, ayah cakap BI penuh. Atau sebaliknya. Tengok sapa yang lebih fasih BI. Bila anak selalu dengar dua bahasa ni dalam hidup seharian, anak akan mahir dalam dua bahasa.
Boleh juga gunakan teknik mengikut hari.
Contoh hari Ahad cakap BM, hari Isnin cakap Bi dan seterusnya.
Pelbagaikan sumber pengajaran
Sumber pengajaran termasuklah kad imbas bergambar, poster, VCD, CD dll. Sumber pengajaran ini untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk anak-anak belajar.
Ads
Kepelbagaian sumber ini sangat berkesan, mudah dan sesuai untuk anak kerana tidak semua anak akan menjalani pendekatan pembelajaran yang sama kerana setiap anak ada perbezaan ‘style learning’ mereka. Samada ‘learning style’ mereka kinestetik, audiotary atau visual.
Jangan jadikan kita lemah BI sebagai alasan
Walaupun kita tidak fasih dan mahir dalam penguasaan English, jangan jadikan ia alas an untuk tidak dedahkan anak-anak kepada English.
Apa yang kita sebagai ibu bapa perlu buat adalah; belajar semula English untuk anak-anak. Tak perlu sampai betul-betul mahir untuk mengajar anak, kita boleh sentiasa upgrade ilmu kita dengan sentiasa rujuk pada yang pakar, buku-buku dan juga youtube.
Kalau boleh follow mereka yang pakar dalam ilmu dan bidangnya dengan ‘set see first’ fb mereka supaya ilmu mereka yang dikongsi tidak terlepas. Follow rapat-rapat ye.
Guna kad imbas gambar
Tambah vocab BI anak guna kad imbas gambar. Boleh buat permainan kad imbas yang menarik seperti memory game.
Jangan malu/segan ajar anak di khalayak ramai.
Tak usah malu/segan jika kita speaking BI dengan anak di luar rumah, pasaraya atau ketika balik kampung. Teruskan berbual seperti biasa. Usah peduli cakap-cakap belakang.
Bila anak mahir dalam bahasa, IQ akan meningkat.
Ye, IQ akan meningkat kerana anak banyak vocab dan dapat menggunakan vocab tu dengan baik. Mampu berfikir dengan krratif dan kritis.
Ads
Tak faham tanya orang lain yang lebih mahir BI
Kalau kita sebagai ibu bapa tidak faham, jangan segan untuk tanya dengan orang lain.
Beli buku cerita yang menarik seperti banyak gambar.
Melalui gambar-gambar pun kita boleh berkomunikasi dengan anak.
Rajin bacakan buku cerita pada anak.
Pupuk sikap suka membaca bahan-bahan bacaan dalam BI. Mintak anak pilih buku kesukaannya. Baca dengan intonasi suara yang menarik. Baca ketika mood anak baik, terutama selepas mandi dan nak tidur.
Dapatkan sokongan suami/isteri.
Kena ada team effort. Jangan buat sorang-sorang. Boleh juga minta bantuan ibu bapa/ mertua untuk sama-sama bantu
12. Kalau mampu hantar ke tadika English medium. Kalau tak de bajet, boleh ajar sendiri dengan berkesan.
13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minat.
Kalau dia minat Sesame Street belilah VCD Sesame Street. Sekarang ni banyak cerita kanak-kanak yang sudah ada versi BI, contoh upin ipin dan Aqil the story.
Ads
Pilih rancangan-rancangan tv yang sesuai untuk anak-anak anda seperti Sesame Street, Noddy, Bob the Builder dll. Bila anak banyak mendengar perkataan English, mereka akan familiar dan tidak kekok untuk guna perkataan itu.
Jangan paksa / beri tekanan kepada kanak-kanak yang masih kecil.
Anak kecil ini cepat moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So cari teknik-teknik pengajaran yang tidak membosankan. Jangan ajar lama-lama dan cari masa yang sesuai bila dorang boleh beri lebih tumpuan.
Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah pastu terangkan pada mereka dan kena rajin ulang-ulang apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka mudah lupa. Banyak poster-poster besar mengikut kategori seperi buah-buahan, kenderaan, badan manusia dll. Rajin-rajinlah gunakan poster itu. Apa yang kita boleh buat, kita mintak anak carikan gambar mengikut apa yang kita sebut. Say and find. Boleh juga kita buat game mix and match. Kalau ada mainan buah-buahan, match dengan gambar poster.
Kalau betul caranya, kanak-kanak boleh menguasai 5 bahasa serentak
Jangan risau, anak takkan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil.
Mula-mula je pening, tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
Konsisten dalam pengajaran.
Jangan kejap cakap BM dan kejap cakap BI atau campur dalam ayat anda. Jadi rojak!
Jangan guna bahasa bayi.
Sebut betul-betul dan gunakan ayat dan grammar yang betul.
Kalau anak sebut tak betul, betulkan sebutan mereka dengan kita mengulang-ulang semula apa yang mereka sebut.
Belajar balik BI kita.
Kadang-kadang kita rasa dah betul sebutannya rupanya salah/ kurang tepat. Boleh buka kamus yang ada simbol phoneme untuk belajar sebut dengan betul. Sebelum tu kenalah belajar dulu ilmu phoneme grapheme ni( ilmu phonics)
Guna kamus BI-BI bukan bi- BM.
Yang ni adalah mesti buat. Sebab bila kita tengok meaning dalam BI, secara tak langsung kita dapat tambah vocab baru.
Guna kamus BI-BI ni saya diajar masa kelas tuisyen form 5 dulu.
Gunakan label
kalau tak ingat perkataan, tampal label di tempat yang sesuai seperti di peti sejuk, almari, pintu etc
Carilah kaedah yang sesuai untuk membantu anak cepat belajar membaca English.
Contohnya kaedah fonik. Berguru dan belajarlah dengan orang yang mempunyai ilmu dalam bidangnya.
Berbunga hati mama papa bila bayi mula tunjukkan yang dia sukakan anda. perhatikan 8 tanda ini. Dia memang sedang obses tentang apa sahaja berkaitan anda.
Bayi ada cara tersendiri untuk meluahkan rasa sayang dan sukanya kepada kita. Bertuahlah mama dan papa yang telah kalau bayi dah tunjukkan tanda-tanda ini. Itunya tandanya dia memang suka dan obses dengan anda.
1.MEMANDANG KE WAJAH ANDA
Jika bayi selesa dengan anda, mereka akan suka memandang ke wajah anda dan curi-curi mellihat berkali-kali. Seolah-olah anda lah pelakon utama atas pentas. Dalam perbuatan ini dia sebenarnya cuba untuk mengenali wajah anda.
2.SENYUM KEPADA ANDA
Bayi akan senyumkepada anda walau pun sebentar pada usia enam hingga lapan minggu. Ini bermakna dia makin selesa dengan mama dan papa. Bonding antara anda semakin mendalam.
3.KENAL BAU & SUARA ANDA
Si kecil makin mengenali bunyi suara dan bau badan anda. Malah dia sudah kenal bau badan dan suara anda. Setiap kali bersama dengan anda, dia akan rasa selesa.
4.SUKA CIUM MAMA PAPA
Bila mencecah usia setahun, bayi sudah berupaya memberikan anda ciuman ke pipi anda. Ia juga salah satu tanda bonding antara anda berdua berjaya.
5.MINTA DIDUKUNG
Bayi tidak pandai memberitahu anda yang dia menyayangi anda. Kalau dia minta anda mendukungnya, itu bermakna dia semakin percayakan anda. Selain mendepakan tangan meminta didukung, mereka juga akan mengangkat tangan mama dan papa dan meletakkan pada badan mereka sebagai tanda minta didukung.
6.ACAH-ACAH DIKEJAR
Bila bayi mula boleh merangkak, dia makin pandai bermain dengan anda. Bayi mungkin akan acah-acah lari daripada anda dan mahu anda mendapatkannya.
7.CUBA TARIK PERHATIAN ANDA
Sekiranya dia melihat anda ada disampingnya, dia akan cuba menarik perhatian anda kepadanya dengan menunjukkan protes jika anda meninggalkannya. Bila anda mula menyentuhnya dan mendukung, bayi bertambah gembira, tersenyum dan ketawa.
8.MENIRU APA YANG ANDA LAKUKAN
Semakin besar, bayi akan meniru apa yang anda lakukan. Ini adalah luahan kasih sayang yang ditunjukkan olehnya kepada anda. Misalnya meniru aksi anda membuat mimik muka, bercakap telefon dan sebagainya.
Bayi lahir ‘missing finger’ ibu jadi sebak, “jari adik Allah simpan di syurga kan mummy?” Hati ibu mana yang tidak sedih bila mengetahui bayi dalam kandungannya disahkan mengalami missing finger pada tangan kanan.
Bayi Lahir ‘Missing Finger’ Ibu Jadi Sebak
Amira Bongsu dan suaminya terkilan sebaik mengetahui perkara itu namun mereka kekal positif dan berharap paparan skrin yang ditunjukkan adalah tidak benar. Perkara itu diketahui ketika kandungannya berusia 27 minggu sewaktu melakukan imbasan ultrabunyi.
“Sebelum ini ketika mengandungkan tiga orang kakaknya, saya tidak pernah buat imbasan kandungan. Entah bagaimana perasaan saya kuat sangat untuk lakukannya… seolah-olah ALLAH SWT nak tunjuk sesuatu.
“Memang sangat terkejut masa itu tetapi saya dan suami fikir positif serta berdoa semoga ada keajaiban yang berlaku,” kata Amira.
Menurut Amira yang berusia 30 tahun, perkara pertama yang menjadi tumpuan setelah melahirkan Muhammad Syauqi Mateen adalah tangan kanan anak bongsu daripada empat beradik itu.
Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki anaknya kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT. Dia mengakui bahawa air matanya mengalir sebaik sahaja melihat keadaan tersebut kerana mengagumi ciptaan ALLAH.
“Jari Adik Allah Simpan Di Syurga Kan Mummy?”
“Masa itu… tidak terkata. Hanya air mata yang mengalir laju. Alhamdulillah lahir sahaja Muhammad Syauqi Mateen, saya terus maklumkan kepada keluarga mengenai keadaannya.
“Mereka semua banyak memberi sokongan dan sentiasa positif sampaikan anak kedua saya Shasha Maisarah, 5, cakap ‘jari adik ALLAH SWT simpan disyurga, kan mummy’ dan hanya ALLAH SWT sahaja tahu perasaan saya ketika itu,” jelasnya.
Dalam pada itu Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT.
Ujarnya, ibu bapa yang turut mengalami situasi sama perlu sentiasa tabah dan mengabaikan perkara atau percakapan negatif orang sekeliling.
“Apa pun keadaan anak kita, terimalah dengan hati yang terbuka kerana ia terlahir dari rahim kita. Abaikan kata-kata kurang menyenangkan kerana anak perlukan sokongan kita sebagai ibu dan ayah.
“Istimewanya kita sebagai penjaga ahli syurga dan betapa istimewanya kita menjadi orang yang diharapkan ALLAH SWT untuk menjaga amanah-Nya,” katanya.
Sejak dilahirkan pada 4 Mei lalu, pelbagai cabaran dilalui namun kecomelan si kecil, Muhammad Syauqi Mateen mencairkan hati ramai.
Perkongsian Amira menerusi akaun TikToknya, amierahb mendapat perhatian ramai warga maya. Mereka turut memberi memberi sokongan kepada Amira sekeluarga agar terus tabah dan kuat.
Ramai dikalangan ibu bapa yang selalu risau apabila anaknya mempunyai selesema. Lagi-lagi anak kecil yang bawah usia dua tahun.
Ibaratnya serba tak kena. Nak tidur tak boleh, menyusu pun tak selesa. Sampai ibu bapa pun boleh stres.
Tip-tip ini mungkin dapat membantu anda diluar sana:
1) Tak perlu pakai ubat selesema kerana ianya akan menyebabkan bayi mengantuk. Bila anak mengantuk dan tidur, ibu bapa tidak dapat detect anaknya dalam keadaan normal ataupun dalam keadaan yang berbahaya.
Kalau anak susah bernafas atau bernafas laju bawak je ke hospital jumpa doktor. Kita takut kalau bagi ubat selesema, akan menyebabkan anak kita nampak macam normal walhal tidak.
Bahkan, pemberian ubat selsema boleh menyebabkan bayi berhenti bernafas.
2) Perlu diingatkan bahawa penyebab selsema pada kanak-kanak majoritinya adalah disebabkan jangkitan virus. Oleh itu, ianya akan baik dengan sendirinya tanpa perlu apa-apa ubat.
3) Kalau anak aktif bermain macam biasa, menyusu ataupun makan macam biasa dan tidur tidak pun terganggu, maka tak perlu untuk kita risaukan. Biarkan sahaja mereka bermain.
4) Jika mereka tidak selesa ketika menyusu dan tidur disebabkan hidung yang tersumbat, anda boleh menggunakan cecair normal saline untuk dititikkan ke dalam hidung kanak-kanak tersebut.
Ini akan mencairkan hingus itu dan membuatkan saluran pernafasan menjadi normal semula. Apabila saluran pernafasan menjadi normal, kanak-kanak itu akan selesa untuk tidur dan menyusu.
Pemberian normal saline boleh melegakan hidung bayi yang tersumbat.
5) Anda juga boleh menggunakan alat untuk menyedut hingus daripada bayi.
6) Kalau anak anda, selesema sahaja anda tidak perlu risau ataupun tidak perlu bawak berjumpa dengan doktor. Boleh praktikkan cara di atas dahulu.
7) Tetapi jika ada demam untuk bayi yang kurang daripada 4 bulan, perlu untuk bawa berjumpa dengan doktor supaya kita dapat periksa sama ada penyebab demam itu adalah benda yang serius ataupun tidak.
Jika lebih drpd 4 bulan dan bayi demam tetapi masih aktif dan makan seperti biasa, boleh cuba bagi ubat demam dahulu untuk 2-3 hari. jika demam melebihi 4 hari, perlu berjumpa dengan doktor.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.