Kehadiran Dariya Inara beberapa bulan lalu dalam hidup Jep mengubah hidupnya. Bukan setakat bahagia tapi caranya melayan anak buat ramai peminatnya tergelak dengan gayanya yang sempoi.
Dalam setiap entri di instagramnya, Jep cukup selamba menjaga anaknya dan kapsyen untuk setiap gambar Dariya juga lucu. Seolah-olah apa yang digambarkannya kena dengan gambar si comel Dariya.
Jika diikutkan, kerjaya Jep sebagai pelawak dan penyampai radio memang memerlukan komitmen dan sentiasa sibuk. Jep juga mengakui kesibukan bekerja tak menghalangnya nak melayan anak perempuannya bila ada masa.
Malah Dariya pun seolah-olah faham dan cukup manja dengan abahnya. Jika orang kata anak perempuan manja dengan ayah boleh diberikan contoh Dariya dengan Jep.
Peminatnya juga menyatakan Jep nampak sporting dan suka melayan. Jadi tak mustahil kalau Dariya besar nanti jadi bodyguard abahnya.
Ads
Dengan kehadiran bayi pertama hasil perkahwinan pasangan ini akan menyerikan lagi rumahtangga yang dibina — tidak sabar pula untuk lihat Dariya Inara membesar dengan comel kelak.
Makin Besar Dah Iras Muka Abah
Ads
Ada juga yang menyatakan semakin besar anak dara Jep dah nak iras muka abahnya. Bahagian mata ikut Sari Yanti.
Sumber: Jepsepahtu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bapa mungkin lebih tegas berbanding ibu. Ekspresi wajahnya saja sudah cukup untuk membuat anak-anak merasa takut. Nampak garang, tetapi di sebalik wajah itu tersembunyi rasa cinta seorang ayah terhadap anak-anaknya.
Menunjukkan rasa sayang kepada anak-anak bukan sahaja membuatkan mereka terasa disayangi tetapi sebenarnya ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Bagi ayah yang mungkin jarang menzahirkan rasa sayang terhadap anak-anak, Rasullulah SAW pernah memberi nasihatnya berkenaan hal ini.
Terdapat sebuah kisah dahulu ketika Nabi mencium kedua orang cucunya iaitu Hasa dan Husain bin Ali bin Abi Thalib. Kejadian ini menurut sebuah riwayat oleh Abu Hurairah, disaksikan oleh al-Aqra bin Habis. Lalu dia pun berkata, “Sesungguhnya, aku memiliki sepuluh orang anak. Dan, tidak pernah aku cium seorang pun daripada mereka.”
Selepas mendengar pengakuan jujur al-Aqra, Rasullullah SAW lalu bersabda:
“Barang siapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi.”
Sebenarnya, mencium anak merupakan salah satu cara seorang ayah memberitahu anak-anak bahawa dia menyayangi mereka. Amalan itu akan mewujudkan rasa sayang anak-anak kepada si ayah. Jika tiada, maka kasih sayang antara seorang ayah dan anak-anak tidak sempurna. Satu kisah lain ketika ada seseorang bertemu dengan Rasullullah SAW dan dia ditanyakan pernahkah dia mencium anak-anaknya. Dia bertanya semula mengapa perlu dia berbuat demikian.
Lantas ditanyakan semula kepadanya, seandainya dia mahu Allah SWT mencabut kasih sayang dari hatinya.
Ada juga riwayat lain yang menceritakan tentang kasih sayang Rasullulah SWT apabila anaknya Fathimah az-Zahra melawatnya, pasti Baginda akan menjemput anaknya itu dan menudukkannya di atas kerusi lalu diciumnya. Biarpun ketika sedang sakit, Baginda tetap melakukannya.
Tidak hairanlah, mengapa Fathimah seperti yang diceritakan melalui lanjutan hadis ini, dia juga akan melakukan begitu kepada Baginda saat ayahnya datang menziarahinya.
Ya, cara Rasullulah SAW ini indah. Jadikan ia teladan agar kita dapat menjadi ibu bapa yang lebih prihatin dan penyayang. Semoga dengan mengikut sunnah ini, kasih sayang dalam rumah tangga bertambah mekar dan mewangi.
Susah bila suami isteri tidak sepakat dan dalam masa yang sama nak mendidik anak-anak. Siapa setuju?
Apakah diantara kesannya bila keadaan ini berlaku. Ikuti perkongsian Ibu Rose;
-Anak-anak payah memberi kerjasama dengan ibu bapa. Hormat pun tidak ada sebab ayah dan ibu tidak hormat satu sama lain.
-Anak tak suka dengar cakap. Sebab mak ayah sering bertelagah diantara satu sama lain.
-Anak mudah bergaduh dan tidak rapat diantara satu sama lain.
-Anak mencari kawan-kawan yang senasib dengannya dan kebanyakan mereka ini adalah anak-anak bermasalah.
Penting mak ayah bersefahaman dan menghormati pendapat satu sama lain. Tak bersetuju pendapat tu ok. Kita manusia mesti ada pendapat yang berbeza, namun hormatlah.
Kalau suami nak jadi ketua, jadilah ketua yang layak dihormati. Kalau di rumah tidak mahu melakukan kerja langsung, itu bukan ketua namanya. Maaflah, jika bunyinya kasar sikit. Tapi, itulah hakikatnya.
Ketua bukanlah seorang yang setakat mengarah dan menyuruh sahaja tetapi tidak melakukan apa yang disuruh.. Itu jenis ketua yang sudah lapuk. Tiada siapa yang hormat ketua begitu.
Ketua yang dihormati hari ini adalah ketua yang menunjukkan teladan yang baik. Nak rumah bersih, sama-sama membersihkan rumah dengan isteri dan anak-anak. Nak anak rajin, si ayah pun rajin melakukan kerjanya. Nak isteri cantik, si suami rajin memuji isteri dan ringankan tugas isteri di rumah.
Oops, pasal tugas isteri di rumah. Dari mana kita dapat kefahaman yang masak, membersih baju, menyidai, membuang sampah, mengesahkan anak-anak itu tugas isteri semata-mata? jauh ke laut dah kefahaman ramai ni.
Kisah rumah tangga, ada-ada sahaja…
Isteri pergi kerja bantu suami cari rezeki. Itu tak wajib baginya, tapi dia lakukan sebab sayangkan keluarga. Tidak logik, bila balik rumah dia sorang-sorang perlu hadap semua kerja di rumah dan didik anak-anak. Tidak cukup dengan itu, siap dimarah dan dikomen buruk jika tidak sempurna.
Bila seorang suami lakukan perkara ini pada isterinya, maka jatuhlah kualiti kepimpinannya. Apa yang lagi menyedihkan anak-anak lelakinya pula melihat lalu menyangka begitulah untuk dia hidup sebagai seorang lelaki!
Ibu ramai berjumpa para suami yang mengkagumkan Ibu. Balik kerja bantu isteri dengan kerja rumah walaupun si isteri sendiri tidak berkerja di luar. Bila ditanya kenapa perlu lakukan semua itu sedangkan isteri mu bukankan duduk di rumah sahaja? Jawapan mereka inilah yang memberi Ibu harapan yang berbunga ” Isteri saya sibuk dengan kerja yang tidak sudah-sudah. menjaga anak-anak kecil bukan mudah. Saya bantu dia kerana saya ini suami dia dan saya mahu dia tahu, she is appreciated.”
Wow, kan best macam tu.
Ibu doakan lebih ramai suami yang begini. Dan Ibu yakin para suami yang membaca ini, adalah dari golongan yang prihatin dan mempunyai kepimpinan yang membanggakan.
Bagi ibu dan ayah yang sedar ni, please pastikan anak-anak lelaki mu menjadi lelaki yang berwibawa dan bertanggung-jawab. Jangan biarkan dia malas membuat kerja di rumah. Biasakan dia membasuh pinggan, basuh kain, mop lantai dan buat kerja-kerja yang perlu dilakukan di rumah. Anak lelaki jangan dibiasakan menjadi tuan dan menunggu sahaja dihidangkan dan dibersihkan pinggannya oleh adik beradik perempuannya. Itu akan melemahkan dia sebagai seorang lelaki yang bakal memimpin rumah tangganya.
Sumber: Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan sahaja kita dewasa, bahkan setiap kali mengenakan gelang tangan pada anak asyik tersangkut pada baju dan sebagainya. Keadaan ini membuatkan anak mula tidak selesa memakai barang kemas.
Pencangkuk berbentuk huruf S antara yang paling mudah tersangkut malah lebih senang tertanggal jika salah mengetatkannya.
Rupanya kita sendiri yang tersalah menggunakan cangkuk itu. Menerusi perkongsian Mexsu_empire di Tiktok, cangkuk jenis S paling mudah tercicir kerana salah mengetatkannya.
Ini panduan mencangkuk cara betul untuk pastikan gelang lebih tahan lama, tidak rosak dan tercicir dengan mudah. Ini yang mak-mak perlu tahu. Tak adalah gelang anak tercicir selalu.
Tips untuk gelang yang ada cangkuk S!
Customer selalu datang repair cangkuk dah bengkok macam ni. Kadang sampai dah patah.
Cangkuk bertindih macamni adalah punca cangkuk bengkok dan patah.
Orang ingat bila tindih macam ni rantai tangan akan selamat. Tapi bila tindih macam ni cangkuk lagi senang patah dan tercicir.
Tip dan elakkan buat macam ni
1. Jangan buka cangkuk ke atas macam ni.
2. Jangan tindih cangkuk macam ni.
3. Jangan biasakan buat macam ni.
Cara betul?
1. Bila buka cangkuk ke depan bukan ke atas.
2. Bila tutup cangkuk pastikan dia rata dan tak bertindih.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.