Sekarang musim ibu bapa beli peralatan sekolah, dan salah satu kelengkapan penting adalah beg sekolah. Ibu bapa perlu membeli beg sekolah yang betul untuk elak kemudaratan pada anak-anak.
Pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan sakit tengkuk, sakit belakang, serta masalah-masalah tulang belakang yang lain, seperti skoliosis dan kyphosis.
◾ Cara Pilih Beg Yang Betul:
1. Jenis:— mempunyai dua tali penyandang, dan penyandang mempunyai pelapik span. Penyandang yang mempunyai klip penyambung di bahagian hadapan adalah digalakkan.
2. Dalaman:— mempunyai pembahagi ruang atau jalur pengikat, agar buku boleh disusun rapi serta diletakkan berhampiran pada ruang yang dekat kepada tubuh pemakai.
Ads
3. Saiz:— bahagian atas beg mesti berada di paras belikat dan bahagian bawah hanya berada di lengkung pinggang. Jika bahagian bawah mencecah punggung, bermakna beg terlalu besar.
◾Cara Galas Beg Yang Betul:
Ads
1. Berat beg dan isinya tidak melebihi 15% berat badan pemakainya. Jika berat pemakai 20kg, maka berat beg mestilah tidak lebih 3kg. Jika ada muatan lebih, bawa di tangan dan dilekapkan ke dada.
2. Tali penyandang dipendekkan sehingga beg rapat ke tubuh da tidak londeh. Ia memastikan beban dapat ditampung dengan baik, serta mengelakkan beg berhayun semasa berjalan/berlari.
Ads
3. Tidak menjinjing atau menggalas hanya sebelah tali penyandang beg, untuk mengelakkan bebanan tertumpu hanya pada sebelah bahagian tubuh. Bebanan tak simetri boleh menyebabkan skoliosis.
Semoga penerangan ini memberi manfaat kepada ibubapa dan anak-anak!
Memang lumrah kanak-kanak suka mencoteng, suka berkarya. Bagi mereka semua tempat adalah kawasan untuk mereka bermain. Sedar-sedar satu rumah dah berconteng dengan pelbagai jenis corak.
Nak sental guna air dan sabun memang susah nak hilang kesan kotoran. Mama papa pun mesti sakit mata dan stres tengok rumah dah macam whiteboard. Apa kata mama papa cuba alat ‘magic’ ni yang dikongsi oleh Fazlin Azma di laman facebooknya.
Art conteng dari anak-anak..dah tampal whiteboard sticker untuk conteng pun.. masih lagi nak conteng dinding. Jenuh duk cari sabun or spray untuk tanggalkan marker pen kat dinding..
Last guna magic sponge je..hilang semua..puas hati.. nasib baik tak sempat nak order sabun mahal, mengarut kat shopee tu.. Tapi tu laa..tak lama pun..
Diorang tak leh tengok putih bersih.. nak jugak conteng terbabas ke dinding, nasib baik ada magic sponge tu. Tunggu anak-anak besar.. Baru kita deco-deco rumah cantik..now tumpang tengok rumah orang dulu.
Untuk yang bergelar ummi, ibu, mak, mama, mummy, papa, daddy tersayang” ini pesanan dari Prof Muhaya.
Jom amalkan 10 tip untuk yang nak jadi parent,dah jadi parent, yang baru jadi parent semula. Sama-sama kita amalkan terutama tip yang no 6 tu.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kita kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering mendoakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki bahawa kita amat menyayangi dia dan nak dia jadi anak yang soleh. Dia akan tahu Kita selalu bersolat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Kecoh di media sosial, masing-masing gelabah campur serabut mengendalikan kelas online anak-anak. Bermacam ragam mak ayah dan anak-anak. Ada yang sibuk membuat grup telegram, mengendalikan anak ketika belajar, begitu juga memujuk anak-anak untuk mempersiapkan video. Bermacam ragam.
Namun masuk minggu kedua, mak ayah nampak lebih relaks dan sudah mula nampak rentak pada kelas online anak di rumah. Ada yang sudah mempersiapkannya kerja-kerja lebih awal supaya dapat fokus pada tugasan anak dan tidak kurang juga yang membiarkan anak belajar sendiri agar anak lebih fokus. Pelbagai usaha dilakukan demi memastikan anak memperolehi ilmu.
Perkongsian dan tip dari ibu ini, Herda Johan pastinya sedikit sebanyak dapat membantu malah menyenangkan mak ayah untuk mengendalikan kelas online anak.
Kali ni nampak gaya semua ibu/ayah dah boleh la ye nampak rentak nak urus kelas online.
InsyaAllah lebih tersusun tak macam tahun lepas. Tipsnya.
1. Kerja sekolah tiap hari kena settle hari yang sama. Kalau pending, memang pening.
2. Mak ayah kena pantau setiap hari kena habiskan kerja sekolah pada hari yang sama. Kena cek. Jadual waktu kena alert.
3. Kalau ada satu gajet je takda masalah. Gilir-gilir. Mak ayah kena cek kerja sekolah setiap anak. Pastu arahan dan settlekan ikut satu-satu anak. Bertenang.
4. Kalau anak tak faham, minta anak berkomunikasi dengan cikgu. Tanya sendiri mana yang tak faham. Ajar anak berinteraksi dengan guru masing-masing.
5. Ibu/Ayah yang ada kelebihan printer atau sediakan hand out sendiri leh share pada anak-anak waris lain yang duduk kawasan setempat dan share dalam group. Offer help. Barulah namanya study group.
6. Mak yang surirumah khususnya memang 100% tumpuan lebih. Takpe, semoga kita dapat pahala lebih sebab berbakti pada amanah Allah ni. Susun jadual harian. Mana yang leh sediakan makan awal. Sedia siap. Kalau tak sempat takda masalah. Hidup kita tak sempurna tapi insyaAllah berjalan lancar kalau kita susun kerja kita.
7. Mak yang berkerjaya pun takda masalah. Balik kerja boleh cek balik kerja sekolah anak. Memang penat. Buat mana yang termampu ye.
8. Ayah…..jangan 100% letakkan tanggung jawab ni pada ibu semata. Ambik tahu juga. Tugas isteri anda ni memang azali seorang planner dan organizer. Anda sebagai ketua keluarga, bantu juga. Contoh, belikan makanan siap untuk keluarga bagi mengurangkan letih sang isteri nak memasak lagi setelah sibuk urus pembelajaran anak dan rumah tangga. Ibu-ibu jangan buat seorang walaupun anda memang leh urus. Minta ayah libat sekali.
9. Kena pandai cari solusi. Contoh kalau banyak sangat group anak, camna nak susun supaya tak serabut dalam satu phone. Penggunaan gajet dan apps lak camna nak bagi anak ikut. Kerja sekolah anak pulak sediakan file khas ikut anak dan subjek.
10. Tarik nafas bertenang. Suka tak suka, pandemik #covid19 ni kena lalui juga. Ujian buat kita ibu bapa zaman ni. Yang penting pendidikan anak kita teruskan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Paksa bersalin dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses kelahiran apabila ibu masih belum mengalami kontraksi selepas cukup bulan. Ketahui 4 kaedah induce yang biasa dilakukan di hospital serta tip penting untuk ibu hamil.