Keselamatan anak ketika dalam kenderaan penting untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku. Disebabkan itulah, pentingnya ibu bapa membiasakan anak sejak dari awal untuk duduk dalam kerusi keselamatan. Selalunya anak yang dah biasa dari kecil di dudukkan dalam kerusi keselamatan akan jarang mengamuk atau menangis.

Bagi ibu bapa yang belum berkesempatan untuk membiasakan anak duduk dalam kerusi keselamatan semasa di dalam kenderaan, masih belum terlambat lagi untuk melakukannya. Mungkin permulaan anak akan mengamuk dan menangis, tetapi sebagai ibu bapa kita yang harus kuat dan bersabar.

Dalam tempoh ini, kena pekakkan telinga dan hati ibu bapa mesti kental untuk pastikan anak dapat duduk dengan elok. Perlu ingat elakkan memangku anak di riba ketika kereta sedang dipandu atau bergerak kerana ia meningkatkan risiko bayi terlepas daripada pangkuan atau pelukan sekiranya berlaku kemalangan.

Sebelum Beli Kerusi Keselamatan Anak, Tengok Ciri Ni Dulu. Baru Tak Menyesal Beli!

Pemakaian kerusi keselamatan mengurangkan risiko kecederaan kepada anak sekiranya berlaku kemalangan, mengurangkan gegaran otak dan melindungi dua bahagian penting iaitu otak dan tulang belakang sekiranya berlaku kemalangan.

Jenis-jenis kerusi keselamatan

Bagi yang sedang berkira-kira untuk membeli kerusi keselamatan untuk anak, bolehlah mengambil kira jenis-jenis kerusi keselamatan ini agar ia bersesuaian dengan usia dan perkembangan anak.

Kerusi keselamatan jenis menghadap ke depan (forward facing seat) biasanya disarankan untuk si manja yang berusia sekurang-kurangnya dua tahun dan ke atas. Mereka perlu mencapai tinggi dan berat badan yang telah ditentukan oleh pihak pengeluar bagi memastikan tahap keselamatan berada di tahap optimum.

1- Kerusi keselamatan bayi (infant seat)

IKLAN

PRO: Bersaiz kecil kerana hanya boleh memuatkan si manja yang baru lahir. Mempunyai pemegang untuk memudahkan ia dibawa dan tapak untuk memastikan kedudukannya kukuh semasa pemanduan. Selesa untuk si kecil dan dilengkapi dengan abah-abah keselamatan (safety harness).

KONTRA: Boleh digunakan pada masa yang singkat sahaja. Berat bayi terhad kepada 10 hingga 12 kg sahaja. Selain itu, apabila si manja membesar, pemegangnya menjadi kurang praktikal.

2- Kerusi keselamatan convertible

PRO: Kerusi keselamatan convertible boleh digunakan secara menghadap depan dan boleh dipusing menghadap ke belakang. Juga mempunyai had berat si manja iaitu kira-kira sehingga 18 kg.

KONTRA: Saiznya agak besar untuk si kecil yang baru lahir. Tiada mempunyai pemegang dan tapak.

IKLAN

Sebelum Beli Kerusi Keselamatan Anak, Tengok Ciri Ni Dulu. Baru Tak Menyesal Beli!Oleh itu, bagi anda yang masih tercari-cari jenis kerusi keselamatan anak terbaik, MAMAKIDDIES ULTIMO 360° SPIN CAR SEAT antara yang semestinya menjadi pilihan kerana boleh digunakan untuk peringkat bayi dan kanak-kanak. Lebih jimat dan berbaloi dengan wang anda!

Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Yang Sah

Antara ciri keselamatannya di atas jalan raya yang disahkan adalah mendapat kelulusan ECE, dan disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga mempunyai sticker QR MIROS.

Sebelum Beli Kerusi Keselamatan Anak, Tengok Ciri Ni Dulu. Baru Tak Menyesal Beli!Car seat ini disahkan universal untuk kesemua kumpulan berat iaitu Kumpulan 0+/1/2/3

Istimewanya juga kerusi keselamatan bayi ini adalah:

IKLAN

👍 Menghadap ke belakang untuk bayi (Baru Lahir hingga 13kg/ 15 Bulan)
👍 Menghadap ke hadapan untuk kanak-kanak dari 9kg hingga 35kg (12 tahun)
✅ Sesuai untuk bayi baru lahir hingga 12 tahun (36kg).
✅ Memenuhi Piawaian Keselamatan ECE R44 / 04.
✅ Mudah dipasang.
✅ Pemandangan berbilang kedudukan bagi memastikan keselesaan anak anda dalam perjalanan jauh bersama anda.

Sebelum Beli Kerusi Keselamatan Anak, Tengok Ciri Ni Dulu. Baru Tak Menyesal Beli!✅ Kusyen kepala yang boleh dilaraskan kepada 7 posisi.
✅ Sistem pelarasan 5 mata dengan satu tarikan .
✅ Perlindungan daripada hentakan sisi dengan sayap sisi yang lembut dan empuk.
✅ Mekanisme putaran 360 darjah memudahkan pertukaran antara posisi menghadap ke belakang dan menghadap ke hadapan. (Memudahkan ibu bapa untuk meletakkan dan mengeluarkan anak dari car seat, car seat boleh dipusing menghadap ke arah pintu kereta).

Sebelum Beli Kerusi Keselamatan Anak, Tengok Ciri Ni Dulu. Baru Tak Menyesal Beli!✅ Kain car seat yang mudah dicuci (Cuci tangan sahaja)
✅ Jenis Carseat : ISOFIX (Boleh dipasang dengan tali pinggang juga)
✅ Waranti 4 tahun (bahan mekanikal).
✅ Dijamin melalui Ujian keselamatan.
✅ Berat Bersih 10KG.

Sebelum Beli Kerusi Keselamatan Anak, Tengok Ciri Ni Dulu. Baru Tak Menyesal Beli!Dengan spesifikasi ciri keselamatan dan perlindungan yang ada pada produk Mamakiddies ini, ibu bapa dah tak perlu ragu-ragu lagi untuk membuat pemilihan tepat.

Satu perkara lagi ibu bapa perlu faham, penggunaan kerusi keselamatan ini bukan terhad untuk anak kecil sahaja, tetapi ia tetap perlu digunakan sehingga anak mencapai usia 12 tahun.

Bagaimanapun, untuk anak yang beratnya lebih 36 kilogram, booster seat (sokongan) sangat digalakkan. Ini untuk pastikan keselamatan anak terus berada dalam keadaan baik.

Jadi diharapkan dengan info ini, anda dapat membuat pilihan yang tepat semasa membeli kerusi keselamatan anak nanti.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk Mamakiddies boleh layari www.mamakiddies.com.my atau Facebook:mamakiddies.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI