Lebihan roti yang sudah menghampiri tarikh luputnya jangan terus sahaja dibuang. Olah dan jadikan resipi yang mampu menarik perhatian anak-anak kecil kita. Roti yang dicarik dengan keju, telur dan daging ini boleh dijadikan pilihan untuk sajian anak kecil kita. Tambahkan sedikit sayuran untuk lebih khasiatnya.

Menu tinggi protein yang dikongsikan oleh Puan Eyra Nissa ini bukan hanya dapat elakkan pembaziran bahkan senang dijamah oleh anak-anak. Hendak menyediakannya pun nampak mudah. Jom ikuti langkahnya.

Sebab ada roti yang dah nak expired esok hari, makanya mami habiskanlah dengan buat menu ni petang ni. Alhamdulillah.. anak mami dah habis 2 ketul dah. Kena dengan tekak dia lah tu.

Bahan-bahan:
Roti
Telur
Daging kisar rebus
Serbuk ikan bilis
Tomato
Bawang putih (tumbuk halus)
Cheese beqa
*(boleh add on apa-apa sayur lain juga ya)

IKLAN

Sediakan Cheesy Egg & Beef Muffin Dari Lebihan Roti, Nampak Ringkas Tapi Rasa Padu!Bahan-bahan yang mami Eshan guna.

Sediakan Cheesy Egg & Beef Muffin Dari Lebihan Roti, Nampak Ringkas Tapi Rasa Padu!Potong tepi roti dan lenyekkan roti tersebut.

Sediakan Cheesy Egg & Beef Muffin Dari Lebihan Roti, Nampak Ringkas Tapi Rasa Padu!Masukkan ke dalam acuan muffin. Tekan-tekan sedikit ya.

IKLAN

Sediakan Cheesy Egg & Beef Muffin Dari Lebihan Roti, Nampak Ringkas Tapi Rasa Padu!Tuangkan telur dan tabur cheese atasnya.

Sediakan Cheesy Egg & Beef Muffin Dari Lebihan Roti, Nampak Ringkas Tapi Rasa Padu!Rupa dari tepi. Mami closed up sikit.

IKLAN

 

Bakar dengan menggunakan suhu 180 selama 25 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.

So yummy!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI