Ramai ibu pada zaman kini yang mengambil peluang untuk bekerja demi membantu keluarga. Perkara ini semestinya bukan perkara yang asing lagi. Demi mencari rezeki, ramai yang terpaksa berkorban kasih sayang dan masa bersama anak dan keluarga.

Seperti perkongsian dari pengguna Facebook Ratu Exzora ini, pada mulanya dia sangat sibuk bekerja. Atas tuntutan kerja dia terpaksa keluar awal ke tempat kerja dan pulang lewat ke rumah setiap hari sehinggalah satu saat, anaknya mula tidak mengenali si ibu.

“Sedih Bila Dia Tolak Umie & Peluk Mak Tok” Jarang Jumpa Anak Sebab Kerja, Ibu Ini Tekad Berhenti

Tamparan hebat ini membuatkan dia nekad untuk mencari pekerjaan yang lebih sesuai dan mempunyai lebih masa bersama anak dan akhirnya dia berhenti kerja dan memulakan  perniagaan membuat roti. Pengorbanan yang besar perlu dilakukan demi si kecil yang sedang membesar.

Sungguh dia lah KEKUATAN umie.

Dari dia lepas pantang, umie kerja money changer..Pergi kerja dia tido. Balik kerja pun dia dah tido.. Sampai dia tak kenal siapa umie dia.. Kenapa kejap ada.. Kejap hilang. Suami pula pemandu lori, memang jarang sangat berada di rumah.

“Sedih Bila Dia Tolak Umie & Peluk Mak Tok” Jarang Jumpa Anak Sebab Kerja, Ibu Ini Tekad Berhenti

Sampai umur dia 2 tahun, dia memang tak kesah umie ada kat rumah ke tak.. Sebab dia jarang bermanja dengan umie. Selalu dgn maktok.

Satu tahap yang buat umie sedih sangat masa tu..Dia Tak nak umie peluk.. Dia tak suka..Dia marah. Dia tengok umie macam stranger 😭
Dia peluk maktok dia je.. Masa tu SUMPAH SAKIT betul rasa.. terasa sungguh dengan perbuatan dia.. 😭

IKLAN

Umie nekad tukar kerja.. Apply semua tempat yang office hour..Alhamdulillah Allah maha penyanyang.. Allah beri rezeki kerja dekat company yang best.. Dapat rakan sekerja yang baik-baik.. Bos-bos yang baik-baik.

Umie syukur sangat-sangat… Paling bersyukur bila ada masa dengan Nailah anak umie.

Pukul 6.30 petang dah ada dkt rumah. Sabtu dan Ahad, Public Holiday sentiasa ada bersama dengan dia. Masa tu baru umie rasa kasih sayang seorang anak.

Dan sekarang..

Umie dah berenti kerja. Dia tahu, dia orang kedua paling seronok bila nampak muka umie kat rumah hari-hari. Tak pernah dia tanya “Umie x pergi kerja?” mungkin dia tak nak umie keluar macam dulu.

IKLAN

Sekarang umie home baker. Bekerja dari rumah, umie yang bake, umie yang hantar. Kalau Nailah tak sekolah, Memang umie hangkut sekali dia. Sebab nak dia nampak susahnya nak cari rezeki halal. Nak dia nampak, duit bukan turun dari langit. Nak dia nampak, dengan usaha ada ganjarannya.

“Sedih Bila Dia Tolak Umie & Peluk Mak Tok” Jarang Jumpa Anak Sebab Kerja, Ibu Ini Tekad Berhenti

Salah 1 sebab buat umie betul-betul nekad berenti juga disebabkan ibu umie pesakit kronik(buah pinggang).

Start covid19 memang umie kerja dirumah (wfh). Tapi bezanya emosi umie tak dapat nak di kawal. Umie bekerja dengan Insurance Company.
Umie kena handle email cust.. Buat certificate untuk cust luar dan dalam ngara.

Masa tu pulak ibu umie masuk wad. 2 minggu. Umie memang tak dapat nak focus dekat kerja dan anak. Semua terbengkalai.. Semua jadi tak terurus.. Sebab tu umie amik kptusan berenti kerja. Sedih memang sedih.. Sebab bulan-bulan memang dah ada gaji tetap.. Tapi semua tu saya boleh cari dengan cara lain. Ibu dengan anak saya tak ada yang boleh ganti walau berjuta ringgit orang bagi pun.

IKLAN

Dan Alhmdulillah sekarang umie dah berhnti kerja.. umie makin seronok dengan famly. Umie jadi home baker dalam masa yang sama, masa utk anak dan ibu sentiasa ada ☺️ benda ni tak ternilai sangat dengan yang lain. Rezeki buat roti (Semort Sugar)alhamdulillah tak pernah putus 😊

“Sedih Bila Dia Tolak Umie & Peluk Mak Tok” Jarang Jumpa Anak Sebab Kerja, Ibu Ini Tekad Berhenti

Kadang-kadang dia tertido di apit roti-roti yang nak di hantar. Kiri Kanan bawah ada roti, tapi dia tak merenggek pun. Tahu-tahu toleh je dia dah tertido. Panas ke sejuk ke keadaan dia tetap dengan umie. Paling umie terharu, umie sesaje break kereta nak tengok macam mana dia.

“Sedih Bila Dia Tolak Umie & Peluk Mak Tok” Jarang Jumpa Anak Sebab Kerja, Ibu Ini Tekad Berhenti

*Nailah terus pegang roti-roti umie dalam bakul tak nak bagi jatuh.. Dia jaga.. Dia tahu umie dia buat penat2..dia tahu roti tu umie nak jual.. Semua dia tahu.. Walupun usia dia baru 5 tahun.. Alhamdulillah Allah hadirkan seorang anak yang sangat bijak AKAL fikirannya.

Andai 1 hari nanti Nailah dah besar.. Dapat baca status umie ni. Umie nak bagitahu.. Umie bangga dengan anak umie..Moga Allah sentiasa lindungi anak solehah umie 😊… Aminnn.

Kredit: Ratu Exzora

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI