Bekas ratu cantik Russia, Rihanna Oksana Petra berkongsi berita gembira apabila anak sulungnya, Ismail Leon akhirnya dapat bertutur dengan baik.

“Segera Bawa Ke Terapi Pertuturan Walaupun Baru 2 Tahun” Rihana Lega Akhirnya Leon Mula Bercakap

Sebelum ini Rihana pernah menyatakan rasa risau apabila anaknya, Ismail Leon masih belum dapat bertutur.

Akhirnya! Leon mula menyebut frasa pertamanya!

Saya sangat risau dengan kelewatan Leon untuk bercakap. Walaupun saya faham dia baru berusia 2 tahun dan terlalu awal untuk risau. Tetapi saya tetap berasa risau.

“Segera Bawa Ke Terapi Pertuturan Walaupun Baru 2 Tahun” Rihana Lega Akhirnya Leon Mula Bercakap

IKLAN

Oleh itu, kami ke kelas perkembangan terapi pertuturan. Guru kami, dia juga ahli terapi pertuturan dan mengatur kelas pengembangan pertuturan. Tambah pula Leon tinggal bersama neneknya kini dan disitu nampak ada kemajuan dalam pertuturan.

“Segera Bawa Ke Terapi Pertuturan Walaupun Baru 2 Tahun” Rihana Lega Akhirnya Leon Mula Bercakap

Rihana mengakui selepas anaknya menghadiri kelas pertuturan, Ismail mula menunjukkan tanda positif dalam pertuturan.

Leo mula membina frasa! Ya, sebahagian besarnya hanya orang yang dekat dengannya yang dapat memahaminya, tetapi dia boleh meminta sesuatu atau menjawab sesuatu.

Dengan penuh emosi, saya menyaksikan kemarin bagaimana dia berkomunikasi dengan rakan-rakan di luar rumah, bertanya “Bolehkah saya mengambilnya?” sebelum mengambil mainan orang lain .

IKLAN

“Segera Bawa Ke Terapi Pertuturan Walaupun Baru 2 Tahun” Rihana Lega Akhirnya Leon Mula Bercakap

Dia turut menasihati agar ibu bapa diluar sana mengambil tindakan pantas sekiranya melihat perkembangan anak tidak seiring usia.

Oleh itu, ibu-ibu yang dikasihi, jika anda bimbang tentang anak anda yang masih tidak boleh bercakap pada usia dua tahun, maka anda tidak seharusnya menunggu saja 🙏

“Segera Bawa Ke Terapi Pertuturan Walaupun Baru 2 Tahun” Rihana Lega Akhirnya Leon Mula Bercakap

IKLAN

Info: Kelewatan bahasa ditentukan berdasarkan garis masa perkembangan normal untuk usia mereka. Anda boleh mula cakna tentang tanda-tanda amaran untuk kelewatan bercakap bermula usia 12 bulan. Nak tahu lebih lanjut wajib baca arikel ini –  Usia 2 Tahun Sepatutnya Boleh Sebut 2 Patah Perkataan Bermakna. Pakar Kongsi Tanda Anak ‘Speech Delay’

Rihana Oksana Petra pernah mendirikan rumah tangga bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan perkahwinan tersebut telah berakhir pada tahun 2019.

Kredit: Rihana Petra

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

“Segera Bawa Ke Terapi Pertuturan Walaupun Baru 2 Tahun” Rihana Lega Akhirnya Leon Mula Bercakap

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI