Kebiasaan sebagai seorang bapa, dia tidak akan menyusahkan anak-anak dan akan memikul tanggungjawab untuk memastikan anak-anak sentiasa di dalam keadaan selamat dan serba serbi mencukupi.
Namun lain kisahnya apabila seorang kanak-kanak lelaki ini cedera akibat ditumbuk dan ditendang bapa kandung.
Insiden ini dilaporkan dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Perah dekat sini pada Ahad sebagaimana memetik Sinar Harian.
Lebih malang, kejadian menimpa kanak-kanak berusia 12 tahun itu berlaku selepas sehari mangsa menyambut ulang tahun kelahirannya.
Ads
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, siasatan awal mendapati, pada Sabtu sekitar jam 6 petang, mangsa telah dibawa oleh ibu saudaranya balik ke rumah dengan alasan untuk menyambut hari jadi mangsa.
Menurutnya, kanak-kanak itu telah bermalam di rumah berkenaan dan akan dihantar pulang pada lewat petang keesokan harinya.
“Sekitar jam 5 petang pada Ahad, bapa mangsa telah datang ke rumah tersebut lalu terus menumbuk dan menendang bahagian belakang badan mangsa.
Ads
“Lelaki berusia 37 tahun itu juga bertindak melibas parang yang berada di tangannya hingga hampir mengenai mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
mengesahkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang badan dan peha.
Ads
Katanya, polis yang menerima laporan kejadian itu telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek pada Isnin.
“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dato’ Fazley Yaakob mengalunkan zikir untuk mendodoikan Ellie Alaynaselma, anak keempat dan satu-satunya anak perempuannya. Si kecil yang comel ni baru sahaja tumbuh lima batang gigi. Semua orang nak digigitnya.
Video yang telah dimuatnaik oleh Fazley Yaakob di instagramnya mendapat tontonan sebanyak 90 ribu pengikutnya. Fazley Yaakob sedang mendodoikan anak perempuannya dengan zikir yang selalu arwah bapanya bacakan setiap kali ingin mendodoikan mereka adik-beradik suatu ketika dahulu.
Fazley yaakob juga sempat menunjukkan bekas gigitan Ellie di lengan kanannya semasa dia mendodoikan anaknya itu.
Fazley Yaakob sempat bertanya netizen bagaimana pula cara mereka mendodoikan anak-anak mereka. Mungkin boleh dikongsi bersama yang lain. Rata-rata memberitahu cara bagaimana mereka mendodoikan anak mereka. Ada juga netizen yang memuji cara Fazley Yaakob lakukan kepada anaknya.
Hari raya yang penuh indah pastinya tidak seindah bagi mereka yang mempunyai anak sakit. Lebih-lebih lagi yang terpaksa menjaga rutin anak sakit.
Bagi keluarga Pn Annur Syakirah Mahazir, hari raya disambut keluarganya dengan penuh kesyukuran, tetapi dalam suasana kesuraman.
Semuanya bermula sejak anaknya, Muhammad Rayyan Mikael Mohd Yazid yang kini berusia sembilan tahun menderita penyakit paru-paru kronik dan masalah kelainan jantung sejak dari bayi lagi.
Tidak hanya menderita penyakit paru-paru kronik bahkan Rayyan juga turut mempunyai masalah jantung terbalik, berlubang dan bengkak pada tiga bahagian jantungnya.
Masalah kesihatan itu juga turut menyebabkan injap jantung Muhammad Rayyan atau Rayyan bocor dan saluran pernafasan menjadi sempit.
Menurut laporan yang dikongsikan oleh SinarPlus, selain tumbesaran anak sulung daripada tiga beradik tersebut lebih lewat, Rayyan juga terpaksa bergantung hidup dengan mesin bantuan pernafasan sepanjang hayat.
“Jika pergi ke sekolah tanpa alat, dia hanya mampu bertahan paling lama pun hanya lima jam saja sebelum bibir dia akan menjadi biru dan tercungap-cungap.
“Memang Rayyan suka ke sekolah, tapi kadang-kadang keadaan dia membuatkan saya tidak pernah tenang. Nak bawa mesin ke sekolah, cikgu bimbang ada kerosakan sebab terdedah dengan kanak-kanak lain,” ceritanya.
Tidak seperti ibu lain, akui Annur lagi, telefon seakan menjadi kewajipan padanya, lebih-lebih lagi terlalu bimbang keadaan anaknya di sekolah.
“Setiap hari, telefon tak pernah lekang dengan saya. Saya bimbang kalau-kalau pihak sekolah telefon minta ambil Rayyan. Pernah sekali cikgu telefon beritahu bibir anak sudah kebiru-biruan dan lemah. Memang bergegaslah ambil dia,” katanya lagi.
Kondisi Rayyan yang sukar dijangka membuatkan ibu ini sentiasa bersiap siaga dan bersedia untuk menerima panggilan daripada pihak sekolah.
Berkongsi cerita mengenai kisah itu, keluarga yang menetap di Kampung Padang Gelanggang, Padang Terap Kanan, Kuala Nerang, Kedah ini pada mulanya tidak menyangkakan apa-apa ketika anak kecil itu kerap menangis ketika bayi.
“Pada mulanya, saya ingatkan Rayyan kena sawan menangis, tapi bila tengok dia macam tak cukup nafas, saya terus bawa ke Hospital Kuala Nerang. Masa itu, doktor terkejut melihat keadaan anak yang sudah kritikal akibat jangkitan kuman.
“Mahu tak mahu, Rayyan dikejarkan ke Hospital Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menggunakan ambulans. Masa itu, Rayyan terpaksa ditidurkan kerana sudah tenat,” ceritanya dengan nada sebak.
Saat itu air matanya tidak berhenti mengalir memikirkan kemungkinan mereka akan kehilangan Rayyan buat selama-lamanya. Namun Yang Maha Esa Rayyan menunjukkan perubahan positif dan semakin terus membesar walaupun melalui momen yang menghibakan dengan keadaan keluarga yang serba tidak mencukupi.
Lebih setahun dipantau dan menjalani pembedahan pada usianya tiga bulan, akhirnya dibenarkan pulang dari hospital.
“Itu semua kenangan yang pahit untuk dikenang. Rayyan pun semakin besar, sudah boleh berjalan, bermain dan bersekolah walau terpaksa bergantung mesin seumur hidup.
“Cuma ketika ini, kami mengalami masalah untuk menampung kos susu dan perubatannya yang mencecah RM1,500 sebulan. Suami saya pula hanya bekerja sebagai buruh kampung dengan pendapatan tidak menentu, selain terpaksa berulang-alik bawa Rayyan ke hospital setiap dua bulan,” katanya lagi.
Bukan mahu meminta-minta, namun Annur Syakirah memohon keprihatinan orang ramai agar dapat membantu menampung perbelanjaan Rayyan.
“Bekalan susu khas kerap terputus kerana kami tak cukup duit memandangkan dua anak lagi masih kecil. Memang sedih memikirkan nasib Rayyan bila hal macam ini terjadi,” katanya.
Kepada orang ramai yang prihatin, sumbangan anda diperlukan untuk memberi sinar harapan kepada keluarga yang sangat memerlukan pertolongan. Bantuan boleh disalurkan terus ke Bank Simpanan Nasional 0211341100006135 atas nama Annur Syakirah Binti Mahazir.
Mia Ahmad kini cukup ceria dengan kehadiran si buah hati, Sayf Issa. Tentunya tidak akan membiarkan si anak selesa, Mia sudah mendapatkan nasihat doktor sebelum membawa Issa menaiki penerbangan kapal terbang.
Baru-baru ini, Mia & suaminya Izham Tarmizi telah membawa cahaya mata mereka itu ke destinasi luar negara Jepun diikuti Jerman. Terkini dia membawa si kecil Issa menaiki penerbangan ke Terengganu.
Mia memberikan respons kepada pertanyaan para peminat tentang tindakannya membawa Issa, 3 bulan ‘terbang.’ Rupaya Mia sudah mendapatkan panangan daripada doktor. Katanya Issa perlu dipastikan sihat dan mengalami apa-apa masalah kesihatan seperti selesema. Setakat ini, buah hatinya itu OK.
mia.ahm4d Salam jumaat. Issa baru land dari Terengganu… Lepas ni nak fly ke mana pula ya? ?
Ramai yang tanya takpe ke Mia bawa baby kecik lagi fly sana sini.. Mia takde jawapan utk soalan tu.. Mia bukan doctor ya tapi Mia dah dapatkan adviced dari doctor.. Kena make sure baby tak flu and sihat je. Alhamdulillah setakat ni Issa okay… terima kasih pada yang selalu doakan Issa. ?
Menjadi ibu dan ayah sememangnya satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah. Namun menyediakan keperluan anak-anak terutama dari aspek pendidikan wajib diberikan keutamaan.