Bayi mempunyai pertahanan imunologi sejak lahir, namun ia belum cukup matang dan akan terus diperkuat sehingga usia empat atau lima tahun. Dengan sistem pertahanan badan yang kuat dapat ‘melawan’ bakteria dan virus yang menjadi penggalak kepada jangkitan penyakit kepada si manja. Ketahui daya tahan penyakit dikalangan bayi. Berikut ada 4 maklumat yang mama dan papa kena tahu.
1.Imunisasi
Dapatkan imunisasi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Ia berkesan melindungi badan sebelum diserang penyakit yang boleh membawa maut. Pemvaksinan dilakukan kepada si manja mengikut ‘Jadual Imunisasi Disyorkan untuk Kanak-kanak’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Vaksin bertindak dengan merangsang tindak balas imun secara tiruan terhadap antigen tertentu dalam badan anak anda. Seterusnya mengeluarkan antibodi untuk menentang virus bagi melawan jangkitan penyakit.
2.Susu ibu
Ia adalah anugerah semula jadi yang boleh menguatkan sistem imun si manja. Susu pertama bayi iaitu kolostrum, kaya dengan antioksida dalam bentuk vitamin E dan beta karotena yang melindungi bayi daripada serangan kuman. Pemberian susu ibu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama adalah yang terbaik dan seeloknya diteruskan sehingga usia dua tahun. Kebiasaan bayi yang mendapat penyusuan susu ibu dikatakan jarang mengalami demam dan sembuh dengan cepat.
Ads
Ads
3.Persekitaran selamat dan sihat
Elakkan membawa anak ke kawasan sesak dengan orang ramai dan mereka yang tidak sihat. Bawa mereka ke taman permainan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti senaman, berenang, menunggang basikal atau berjoging yang boleh membantu meningkatkan kecekapan fungsi imun. Jangan dedahkan anak kepada asap rokok kerana ia mengandungi toksin yang melemahkan sistem imun dan merosakkan sel-sel imun anak yang masih belum matang.
Ads
4.Pemakanan yang seimbang
Apa yang anak makan akan mempengaruhi sistem imunnya. Oleh itu, hidanglah makanan yang berzat kepada anak untuk membesar dengan sistem imun pertahanan badan yang kuat. Hasil kajian menujukan risiko penyakit berjangkit adalah lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanser darah adalah ujian yang tidak pernah dijangka oleh mana-mana ibu bapa, apatah lagi apabila ia menyerang anak kecil seawal usia dua tahun.
Tidak ada ibu bapa yang bersedia untuk mendengar perkataan itu. Kanser.
Namun itulah ujian yang terpaksa diterima oleh seorang ibu, Norhaziantie Zailani, apabila anak kecilnya disahkan menghidap kanser darah seawal usia dua tahun. Perkongsian menyentuh hati yang dimuat naik di Facebook miliknya mengundang sebak ribuan warga maya. Dari gambar demi gambar, jelas tergambar betapa peritnya perjalanan seorang anak kecil yang sepatutnya sedang membesar ceria, namun terpaksa berjuang melawan penyakit yang tidak mengenal usia.
Menurut ibunya, pada awalnya mereka hanya melihat kesan lebam di badan anaknya. Sebagai kanak-kanak aktif, mereka menyangka ia sekadar kesan terjatuh ketika bermain. Namun lebam itu tidak hilang walaupun berbulan lamanya.
Namun naluri seorang ibu tidak pernah menipu. Keadaan anaknya semakin lemah, sering murung dan kerap terjatuh kerana lututnya seperti tidak lagi kuat menampung badan kecil itu. Wajahnya pucat, tubuhnya lesu. Hati ibu mula rasa tidak sedap.
Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan darah di hospital.
Dan di situlah dunia mereka seakan terhenti apabila doktor mengesahkan ia adalah kanser darah.
Keputusan darah yang keluar sangat teruk. Doktor sendiri memaklumkan, jika kanak-kanak lain mungkin sudah koma. Namun anak kecil ini masih bertahan walaupun diserang kanser darah pada tahap yang membimbangkan.
Saat itulah mereka dimaklumkan tentang diagnosis yang mengubah seluruh kehidupan keluarga tersebut. Kanser darah.
Gambar seorang ayah yang cuba menahan tangis di sisi katil hospital benar-benar meruntun jiwa. Seorang lelaki yang selama ini menjadi tiang keluarga, akhirnya rebah emosinya apabila melihat anak kecilnya terbaring lemah akibat kanser darah.
Bayangkan, pada usia dua tahun, ketika kanak-kanak lain sedang belajar bercakap dan berlari, si kecil ini terpaksa menjalani kemoterapi untuk merawat kanser darah. Rawatan yang memakan masa sehingga tiga tahun.
Rambutnya gugur. Tubuhnya semakin susut. Ada waktu muntah tanpa henti. Ada ketika tidak mampu berjalan. Namun di sebalik kesakitan itu, terselit kekuatan luar biasa melawan kanser darah.
Ayat ringkas itu menjadi penawar kepada hati ibu dan ayahnya yang hampir hancur. Betapa kuatnya jiwa seorang anak kecil yang belum mengerti sepenuhnya apa itu kanser darah, tetapi sudah faham makna untuk terus bertahan.
Hospital menjadi ‘rumah kedua’ buat mereka sekeluarga. Terminal, wad, mesin infusi dan bau ubat menjadi rutin harian sepanjang rawatan kanser darah dijalankan. Ibu yang masih lemah selepas bersalin, terpaksa kuat menyerahkan anaknya kepada doktor dan jururawat untuk dirawat.
Ada malam-malam yang dilalui dengan tangisan. Ada saat si kecil merayu kerana sakit. Ada waktu ibu hanya mampu memohon kepada Tuhan agar diberi kekuatan menghadapi ujian kanser darah ini.
Namun setiap kali melihat senyuman anaknya walaupun dalam keadaan lemah, hati yang hampir hancur itu kembali bercantum sedikit demi sedikit.
Hari ini, kanak-kanak kecil yang pernah terbaring lemah akibat kanser darah itu sudah berusia 10 tahun. Perjalanannya masih panjang. Parut perjuangan itu masih ada. Namun semangatnya tidak pernah padam.
Rambut yang pernah gugur kini kembali tumbuh. Senyuman yang pernah hilang kini kembali bersinar. Dia membesar menjadi anak yang matang sebelum waktunya, memahami erti sakit, sabar dan redha selepas melalui pengalaman kanser darah yang begitu berat.
Perjuangan hidupnya menjadi inspirasi bukan sahaja kepada keluarganya, malah kepada ramai ibu bapa di luar sana yang sedang melalui ujian serupa melibatkan kanser darah dalam kalangan kanak-kanak.
Kisah ini mengingatkan kita bahawa kanser darah bukanlah pengakhiran. Ia mungkin satu ujian yang sangat berat, namun di sebalik setiap kesakitan pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Kekuatan sebenar bukan terletak pada usia, tetapi pada jiwa.
Dan anak kecil ini telah membuktikan bahawa walaupun diuji dengan kanser darah sejak usia dua tahun, dia mampu bertahan, melawan dan terus hidup dengan penuh harapan.
Semoga kisah ini menjadi doa dan semangat buat semua pejuang kecil kanser darah di luar sana. Anda tidak keseorangan. Setiap titisan air mata ibu bapa, setiap doa yang dipanjatkan, dan setiap senyuman kecil yang masih mampu terukir adalah bukti bahawa harapan itu sentiasa ada.
Kerana dalam setiap ujian, Tuhan tidak pernah meninggalkan hamba-Nya sendirian.
Bakal melalui tempoh berpantang buat pertama kalinya semestinya satu pengalaman yang cukup mendebarkan. Lebih-lebih lagi bila mana terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan ibu tercinta. Banyak keperluan yang dirasakan seakan tidak lengkap. Ada sahaja peralatan yang ingin dibeli oleh bakal ibu bagi memastikan tempoh berpantang menjadi lancar.
Panduan yang dikongsikan oleh Dr Ain Zul ini boleh juga dijadikan panduan untuk bakal ibu lain bagi menyediakan kelengkapan untuk berpantang kelak. Sepuluh checklist yang disediakannya lengkap untuk diri sendiri dan bayi. Barulah bakal ibu senang hati dan boleh berpantang dengan tenang kelak.
Periksa senarai di bawah.
Ikut keperluan masing-masing ye☺, mummy share je persiapan mummy.
1. Set Berpantang Ini carta paling tertinggi tau. Dah penat bersalin, kita perlu manjakan diri jugak. Macam reward untuk diri sendiri. Ni benda pertama yang mummy akan survey dan beli.
Dulu guna satu set berpantang Tanamera, kali ni mummy nak cuba set berpantang Nona Roguy pulak. Set Tanamera dulu memang 5 stars, sebab dia macam mix modern and traditional care.
Tapi even mummy nak guna set Nona Roguy, 4 barang Tanamera ni wajib include sekali sebab memang BEST sangat!
a) Brown Soap Tanamera – Sabun dia bau herba, yang best sebab dia da macam scrub sekali. So elok sangat nak hilangkan daki atau tempat-tempat kasar macam kat siku etc. Memang best lah guna dulu. So wajib ada jugak.
b) Herbal Massage Oil – Guna hari biasa pun untuk urut kaki kalau penat, best sangat bau.
c) VCO Tanamera – Ni sapu dekat perut untuk prevent stretch mark. Sapu dari awal kandungan insyaAllah memang takde la tanda, perut canteks ajer.
d) Bengkung – Dapat free waktu beli set Tanamera dulu, yang penting bengkung dia kain cotton sesuai dan selesa untuk mummy yang beranak cser. So bengkung ni masih elok, so sambung guna jer la.
Oh btw, mummy beli set Nona Roguy tu yang preloved ajer tau. Kebetulan dia habis berpantang bulan 4 dan banyak barang dalam set tu yang dia tak guna, guna pun satu atau dua barang jer so mummy decide why not untuk jimatkan duit beli preloved je.
2. Breast pump & Silicone Milk Collector Barang wajib ada untuk ibu yang menyusu. Ikut pengalaman, biasanya awal – awal guna milk collector sebab tandem feeding dengan baby. Lagi pun kalau nak pump awal-awal bukan perlu sangat, tak payah nak stresskan diri sendiri sebab milk production ikut umur baby. Nanti kalau milk yield sikit, mula lah kita stress sorang-sorang lagilah milk production kita jatuh tau.
Mummy akan mula simpan stock sebulan before masuk kerja macam tu. InsyaAllah sempat. Waktu Aileen dulu guna milk collector Brand Haakaa, sekarang nak cuba Brand Autumnz pulak. Harga cuma Rm25. Alhamdulillah, untuk breast pump mummy guna Brand Cimilre agak tahan lasak jugak, yang penting handsfree, harga pun berbaloi dan bunyi tak bising. Chill and relax je lah kalau attend meeting hikhik.
3. Tungku ibu & tuam baby Waktu Aileen dulu beli tuam baby tanpa set dia, so bila nak tuam tu agak cerewet sebab kena guna iron untuk panaskan tuam. First baby takde pengalamankan. So kali ni mummy beli satu set terus, tak mahal dalam Rm18 dapat tungku kecil, lilin & tempat panaskan ala-ala aromaterapi tu.
So senang nak panaskan tungku baby direct terus. Untuk tungku ibu, memang dah ada turun temurun kat rumah mak guna batu sungai dari zaman nenek moyang lagi dah guna batu sungai yang sama.
4. Set tanam uri baby Ni barang optional je tau, tapi jadi barang wajib bagi mummy sejak waktu Aileen dulu untuk mudahkan husband uruskan uri.
Brand apa pun boleh tapi mummy beli set yang ada periuk tanah sekali sebab uri kena tanam elok tak nak bagi binatang korek ke apa kan, so letak dalam periuk tanah mummy rasa lagi secure gitu (perasaan).
Basically, set tanam uri ni ada sertakan cara menguruskan uri dan doa yang perlu dibaca waktu tanam uri, asam jawa & asam keping, garam, kain putih, sarung tangan latex dan apron. Complete kan?
So memudahkan suami kita untuk settlekan part urusan penanaman uri anak, semua dah lengkap tersedia. Mommies nak prepare sendiri pun boleh tau tapi mummy memang malas nak sediakan satu-satu. Harga set ni rm 38 include postage.
5. Bepanthen Cream Penting untuk guna pada nipple crack waktu menyusukan bayi, antara cream yang cepat elokkan nipple crack. Plus point, Bepanthen boleh guna untuk nappy rash anak jugak.
6. Nursing Cover, Nursing Pad & Nursing Bra Mummy guna nursing cover by Marredz sejak anak pertama. Memang selesa nak susukan baby, lepas tu Marredz buat sekali dengan clutch. Lepas guna lipat & simpan dalam clutch bag tu. Kemas je.
Tapi sekarang dah bermacam jenis nursing cover jual kat kedai, so mommies boleh pilih yang berkenan di hati ye. (Kena standby masuk beg hospital jugak sebab kadang-kadang ramai yang datang melawat time kita menyusukan anak kan)
Nursing pad benda wajib jugak sebab selalu bra akan ‘basah’ sebab susu keluar. So kena standby hikhik ?
7. Supplement – Osteomatrix Shaklee, Prenavit Mummy tak jual, tapi mummy guna yang ni jer sebab badan rasa sesuai dengan osteomatrix ni. Lelagi bab penghadaman. Serik kalau cser tapi sembelit. Mau menangis nak teran dalam toilet huhu. So bila makan osteomatrix ni senang lawas la sikit. Sebab mummy jenis kurang jugak makan buah. So carik alternatif lain.
Mummy akan elakkan makan benda berjamu awal-awal sebab bagi baby habis kuning dulu baru minum sikit-sikit. Prenavit pulak supplement untuk pregnant & BF mother. Yang ini jer boleh telan. Obimin, Iberet semua yang lain maaflah tekak tak boleh telan huhu.
8. Stokin Tebal (takde dalam gambar) – wajib pakai, kalau tak mak pokpek pokpek tak pakai stoking hehe
9. Maternity Pad Mummy tak beli yang ikat tali tu, mummy guna adult pampers untuk awal-awal time darah banyak lelagi susah nak bergerak lepas c-ser (yang jenis pampers ni bawak dalam beg pergi hospital). Lepas tu tukar pakai overnight pad/ wing pad biasa jer. Lagi selesa dan memudahkan.
10. Tukang Urut/Confinement Lady (CL) Untuk yang berpantang sendiri, sekarang banyak servis disediakan untuk tolong mommies semua uruskan diri dan anak.
Mummy dah siap awal – awal hire CL untuk urutan ibu dan urusan bayi kat Terengganu nanti. Tak lama pun dalam dua jam sehari, pakej mummy ambil untuk 21 hari. Bab makanan berpantang, semua biasa mak yang masak hehe.
Cuma part bertungku, mengurut, pakai bengkung, pakai param & pilis and mandian tu mummy serah kat CL sebab taknak susahkan mak. Untuk baby pulak servis dia tolong mandikan, tuam dan urut baby sekali. Cukup lah yang tu pun memadai.
Diharap sharing mummy membantu sayang-sayang untuk siapkan barang berpantang ye.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu menyusu memerlukan khasiat yang tinggi untuk memastikan bayi yang disusu mendapat nutrisi yang secukupnya.
Apa pemakanan yang boleh diamalkan oleh ibu menyusu? Ada banyak pemakanan yang berkhasiat antaranya 10 pemakanan yang dikongsi ini.
10 Makanan Ibu Menyusu Yang Terbaik Untuk Diamalkan
1. Bawang Putih
Bawang putih ini amat disarankan bagi pengambilan ibu dalam tempoh berpantang. Ia bukan sahaja berfungsi untuk memulihkan luka dalam dan membuang angin dalam badan, ia juga mempunyai khasiat dalam membanyakkan penghasilan susu badan. Bawang putih boleh diletakkan dalam makanan, atau disagat dan dicampurkan dengan susu dan sedikit madu atau gula.
2. Ikan Salmon
Ikan salmon amat baik untuk pemakanan ibu berpantang kerana kandungan DHA iaitu lemak semulajadi sihat yang amat tinggi. DHA memberi kesan yang memberangsangkan buat perkembangan saraf bayi. Susu badan juga mempunyai kandungan DHA yang tinggi.
Dengan penambahan pengambilan DHA dalam diet harian, ia dilihat dapat memberi kesan baik buat kesihatan bayi dan anak. DHA dalam salmon juga didapati dapat mengawal emosi ibu berpantang daripada terkena ‘pospartum depression’ atau lebih dikenali sebagai meroyan.
Ikan lain yang berkhasiat tinggi yang boleh diambil oleh ibu berpantang ialah ikan tuna dan tenggiri.
3. Produk Tenusu Sebagai Makanan Ibu Menyusu
Produk tenusu seperti susu, yogurt, dan keju kaya dengan vitamin D dan kalsium bagi membantu menguatkan tulang yang sedang berkembang dalam badan bayi. Namun perlu diingat, ada sesetengah bayi yang alah dengan produk tenusu. Oleh itu, cuba ambil dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Jika anda mengesan sebarang ketidakselesaan pada bayi setelah mengambil sebarang produk tenusu, elakkan pengambilannya buat sementara waktu.
4. Sayuran Berdaun Hijau
Sayur berdaun hijau seperti sawi, bayam, dan brokoli kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C dan zat besi. Ia juga membantu ibu untuk mendapatkan semula bentuk badan ideal selepas bersalin kerana kandungan kalorinya yang rendah. Di samping itu, ia merupakan alternatif baik untuk produk tenusu kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.
5. Sumber Protein Sihat
Ada yang menganggap bahawa makanan seperti ikan dan telur ‘tajam’ atau ‘bisa’ untuk ibu yang masih berpantang. Namun, pengambilan protein adalah antara yang terpenting dalam diet ibu berpantang.
Sumber protein seperti daging, telur. kerang, dan soya mampu membekalkan zat besi mencukupi untuk penghasilan darah bagi mengurangkan risiko kekurangan tenaga dan anemia iaitu kandungan sel darah merah rendah. Protein juga dapat membantu memulihkan luka bersalin dengan membaiki tisu-tisu dalam badan.
6. Bijirin Penuh
Bijirin penuh amat digalakkan untuk diambil bagi ibu berpantang yang sedang menyusu. Dengan mengambilnya pada waktu sarapan, ia mampu membekalkan tenaga secara mencukupi untuk ibu.
Ia juga kaya dengan asid folik yang penting untuk tumbesaran bayi sihat. Bijirin penuh boleh diambil dengan makan beras perang, bijirin sarapan, roti dan pasta. Selain membekalkan zat besi, serat dan vitamin penting untuk kesihatan ibu dan bayi, kandungan serat juga dapat membuatkan anda terasa kenyang lebih lama sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan selepas bersalin.
7. Kekacang Antara Makanan Ibu Menyusu
Ada yang kata, makan kekacang akan membuatkan badan ibu berpantang mudah rasa ‘angin’. Tapi sebenarnya, kekacang seperti badam, gajus dan kacang kuda amat baik untuk dijadikan snek berkhasiat dalam diet ibu berpantang.
Ini kerana ia dapat membantu dalam membanyakkan penghasilan susu badan dan merupakan sumber protein yang baik dengan kandungan lemak semulajadinya yang baik untuk kesihatan.
8. Buah Oren
Oren dan buah-buahan sitrus lain yang kaya dengan vitamin C adalah makanan penting untuk ibu sedang menyusu. Malahan, ia dapat mengelakkan masalah sembelit yang cukup ‘mengerikan’ dan sentiasa dialami oleh ibu selepas bersalin. Kalau tak sempat makan buah oren, boleh minum jus oren untuk mendapatkan khasiatnya.
9. Avokado
Sering kali masalah yang sering dihadapi oleh ibu berpantang ialah sering lapar kerana perlu fokus kepada penjagaan anak. Tambahan pula, ibu sering kekurangan masa untuk menyediakan makanan yang seimbang untuk diri sendiri.
Avokado ialah antara makanan terbaik bagi ibu berpantang yang sibuk kerana ia mengandungi 80% lemak berkhasiat yang dapat membuatkan seseorang rasa kenyang pada jangka masa yang lebih lama. Ia juga kaya dengan pelbagai vitamin penting untuk kesihatan seperti vitamin B,C, E dan folat.
10. Sayuran Berwarna Merah & Jingga
Selain sayur-sayuran hijau, sayuran berwarna jingga dan merah seperti lobak merah, ubi bit dan labu juga sangat baik dijadikan makanan ibu menyusu dan berpantang kerana kandungan phytoestrogen yang tinggi. Kandungan phytoestrogen ini dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu. Sayuran jenis ini sering dijadikan menu hidangan makanan ibu menyusu dan berpantang dalam masyarakat Cina.
11. Kurma Adalah Makanan Ibu Menyusu Terbaik!
Kandungan zat besi dan kalsium yang terdapat dalam kurma menggalakkan penghasilan susu badan yang berkualiti. Di samping itu, memakan kurma juga membantu ibu menyusu memulihkan tenaga setelah proses bersalin, mengurangi keletihan, serta melancarkan pencernaan.
Makanan Ringkas Tetap Berkhasiat
Dalam merancang diet harian bagi ibu berpantang, adalah penting untuk memastikan sumber makanan penuh khasiat dan mengenyangkan. Jika ibu tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan lengkap, makanan ringkas juga sudah memadai seperti sandwich, oatmeal dan sup sayuran. Jangan lupa minum air secukupnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)