Sekali Lahir Kembar 9! Mulanya Nampak 7, Masa Lahir Baru Tahu 5 Perempuan, 4 Lelaki

Share

Jarang-jarang berlaku, tapi ini realitinya! Seorang wanita di Mali menarik perhatian selepas melahirkan bayi kembar sembilan di Maghribi melalui pembedahan caesarean pada Selasa.

Mula nampak tujuh, keluar lima perempuan, 4 lelaki

Menerusi laporan Mirror.co.uk, Halima Cisse, 25, berasal dari sebuah wilayah miskin di barat Afrika, pada awalnya disahkan mengandung bayi kembar tujuh menerusi pemeriksaan ‘ultrasound’ dan diterbangkan ke Maghribi bagi mendapatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik pada 20 Mac lalu.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Mali dalam satu kenyataan memaklumkan Cisse melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki menerusi pembedahan.

Ibu dan bayi dalam keadaan sihat

Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby, dimaklumkan oleh doktor yang merawat Cisse bahawa mereka berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Ibu dan semua bayinya dijangka pulang dalam tempoh beberapa minggu lagi,” katanya.

Siby turut mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan di Mali dan Maghribi kerana sudah melakukan yang terbaik dan profesional ketika menyambut kelahiran luar biasa itu.

Kredit: Sinar Harian & ASYIKfm

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN