Menjadi seorang isteri tidak mudah, apatah lagi jika sudah mempunyai anak. Berat tanggungjawab yang perlu digalas. Setiap keperluan untuk si suami dan anak-anak harus diadakan. Menjadi seorang isteri dan ibu sememangnya meletihkan, tetapi wanita ikhlas melakukannya demi kasih sayang buat keluarga.

Seorang suami yang peka dan prihatin dengan keadaan isterinya pasti akan mencari jalan untuk membahagiakannya. Biarpun mungkin tidak berkemampuan untuk membelikan hadiah mahal atau membawanya bercuti, tetapi sebenarnya sikap prihatin suami yang didambakan si isteri.

IKLAN

Ikutilah cara Rasulullah SAW menghargai isteri-isterinya. Baginda seorang suami yang sangat bertimbang rasa dan romantis. baginda juga tidak memewahkan para isteri dengan harta benda dan hidup bersederhana sahaja, tetapi keperibadian Baginda amat disenangi dan membahagiakan mereka.

Artikel Menarik: [Ketika Solat Bersama, Suami Isteri Semai Cinta. Takkan Pernah Lupus!]

Suami yang romantik mampu membuatkan si isteri tersenyum sendiri saat keseorangan apabila mengingati suaminya. Jika suami anda memenuhi ciri-ciri ini, bermakna anda bertuah mempunyai suami romantik yang menyayangi anda sepenuh hatinya:

IKLAN

1. Suka peluk dan cium isteri
Setiap kali sebelum keluar rumah, suami akan peluk isteri dan memberinya ciuman ikhlas. Pelukan dan ciuman ini dapat membina aura positif dalam diri isteri untuk memulakan harinya.

2. Tanya khabar isteri
Sekarang sudah mudah. Kalau tak sempat nak call isteri, boleh kirimkan pesanan Whatsapp sahaja padanya. Tanyakan kedaan dirinya, ketika ini isteri akan rasa sangat bahagia kerana menyedari suaminya mengambil berat tentang dirinya.

Artikel Menarik: [Anak Lelaki Yang Selalu Dipeluk & Rapat Dengan Ibu, Boleh Jadi Lebih Pandai]

3. Panggil isteri manja-manja
Tak salah nak panggil isteri dengan nama manja. Isteri kan? Selain memanggilnya dengan nama, suami boleh menggunakan panggilan Sayang, My Queen, Ratu Hatiku, Cintaku, Bidadari dan sebagainya. Selagi ia membawa maksud yang baik, isteri dan kembang hidung!

4. Tolong isteri
Buat kerja rumah ni letih, jadi kalau suami dapat bantu senanglah hati si isteri. Sambil buat kerja bersama-sama tu, berbuallah dan ambil masa untuk berlawak dengannya. Semakin semangat isteri nak buat kerja.

Artikel Menarik: [Suami Isteri Wajah Seiras Lebih Bahagia & Jarang Nak Bergaduh. Sweet Je!]

5. Suap isteri makan
Makan di rumah atau di luar, sesekali tu suaplah si isteri. Ini tidak, lepaskan diri sendiri je. Anak-anak isteri suap, apa lah sangat jika suami suapkan isteri kan? Kalau nak lebih romantik, jadilah seperti Rasulullah SAW yang makan minum dari pinggan dan gelas isterinya.

Artikel Menarik: [Isteri Anak Sulung, Suami Berutung. Dimanja Selalu Tapi Tetap kena Bebel!]

Semua perkara ini sangat mudah, ia perkara asas yang kadang-kadang para suami terlepas pandang. Apa lagi jika si isteri jenis yang berdikari, memang suami ta kisah kerana tahu isterinya mampu. Sebenarnya isteri tidak mengharapkan hadiah mewah atau kejutan istimewa, cukuplah sekadar suami layan mereka dengan baik. Itu sudah cukup menggembirakan mereka.