Di saat kita semua dapat berada di rumah bersama anak-anak dan ahli keluarga lain, masih ada lagi insan yang tak bernasib baik dan hanya mampu berteduh di tempat laluan awam hanya beralaskan kotak untuk tidur.
Pengalaman yang dilalui satu keluarga ini telah mendapat perhatian dari Ustaz Ebit Lew apabila salah satu posting yang dimuat naik oleh Amin Mean di laman sosialnya telah mendapat simpati ramai sehingga orang ramai meminta Ustaz Ebit membantu keluarga ini.
Kredit Gambar: Amin Mean
Tidak menunggu lama untuk membantu, Ustaz Ebit Lew yang mendapat maklumat tersebut telah pergi ke lokasi berkenaan dan ternyata cukup sedih melihat anak kecil tidur hanya beralaskan kotak dan ditemani ubat nyamuk dekat jambatan Patron Selayang.
Sebaknya Ya Allah
“Malam tadi baru nak baring lepas live tadi tengok ramai tag saya di Facebook Amin Mean jumpa adik ni tidur dekat jambatan patron selayang tiada rumah dah 4 hari.
“Saya terus gerak ke sana dah 11.30 malam dan lalu ‘roadblock’ dekat situ. Ketua polis daerah tanya ustaz ke mana ni. Saya minta bantuan mereka, baik sangat semua ikut saya membantu. Sebak rasa.
“Sampai atas menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejuknya lah Ya Allah, alas kotak jer.
Ads
“Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya, meronta hati melihat. Terus ajak anak ini dan ibunya bawa balik rumah,” katanya.
Menurutnya, dengan bantuan polis dia telah pun bawa mereka pulang ke rumah.
“Ya Allah, apalah ujian mu anak kecil. Siapa ada rumah untuk di sewa sekitar Kuala Lumpur atau area gombak ni yang tak mahal boleh mesej saya yer.
Ads
“Sejuk hati tengok adik ni tadi baru sekejap tidur alas kotak dan ada ubat nyamuk. Sekarang dah tak ada nyamuk, tidur lena yer adik comel bilik selesa aircond tandas semua selesa. Allah sayang,” katanya.
Menangis bila tengok anak kecil ini seronok main
Bagaimanapun dalam posting terbaru Ustaz Ebit Lew, beliau telah berjaya mendapat sebuah rumah untuk keluarga ini berteduh.
Sebak rasa seharian carikan rumah untuk adik ni dan mak ayahnya. Dapat rumah 1 bilik. 1 ruang tamu dan ada dapur dan tandas semuanya. Saya bayarkan RM500 sebulan dari tuan rumah. InsyaAllah saya akan terus bayar bulan-bulan selagi mampu insyaAllah. Saya bagi free jer pada mereka. Bila tengok adik ni berlari-lari main mainan patung hadiah dari anak saya. Sebak menangis rasa hari ini. Ubat hati ini semalam tengok tidur di jambatan alas kotak.
Ads
Tadi ada seorang abang bagi rumahnya free. Dia berada di oversea. Tapi kawasan kondo tu kena halau pula. Sedih gak. Takperlah. Katanya undang-undang. Ya Allah selalu begitu pandangan orang pada orang miskin dan gelandangan. Tuan rumah bagi. Tapi AJK tak bagi. Susah juga call sana sini. Banyak protokolnya.
Saya dah biasa kena halau bila bawa adik jalanan atau gelandangan pergi shoping. Hati saya dah lali kena halau ini. Luka sikit tapi cepat jer pulih. Kena halau dalam dunia ini takper. Jangan kena halau di akhirat.
Syukur kawan-kawan bantu. Terima kasih abang Azman dan semua kawan-kawan yer. Terima kasih tuan rumah baik hati bantu masuk malam-malam ini. Saya doakan semua yang bantu Allah rahmati dan kasih sayangnya. Saya dah hadiahkan tikar, toto, bantal, tilam dan barang dapur. InsyaAllah esok hantar lagi barang-barang lain.
Sabarlah yer abang kakak. Kita mungkin buat silap dan kadang orang pandang rendah. Tapi kita hidup untuk Allah sayang. Saya doakan Allah bantu abang dengan kakak yer. InsyaAllah Allah Maha Baik. ALLAH Maha Mengetahui.
Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya menginginkan zuriat. Apabila disahkan hamil, bukan kita saja yang seronok bahkan satu keluarga berkongsi kegembiraan. Rasa teruja tak dapat digambarka dengan kata-kata.
Bukan kita saja yang seronok nak dapat anak, tetapi bakal datuk dan nenek pun teruja. Ketika diberikan perkhabaran gembira begini, dah tentu merekalah yang menjadi orang paling bahagia.
Menurut perkongsian sebuah video yang tular di Tiktok, seorang wanita membuat kejutan untuk berkongsi berita yang dia sedang berbadan dua kepada ayahnya.
Ketika itu mereka sekeluarga berada di dalam kereta dan wanita itu meminta ayahnya untuk memakai kaca mata kerana dia mahu tunjukkan sesuatu.
Ayahnya mengambil masa yang lama untuk mengetahui apa yang tertera di UPT tersebut tetapi akhirnya menzahirkan rasa syukurnya apabila dimaklumkan oleh si anak yang dirinya sedang hamil.
Sememangnya video tersebut berjaya membuatkan ramai yang menonton auto sebak dan turut mengucapkan tahniah kepada wanita yang dipanggil ‘Adik’ di dalam keluarganya.
Menurut kapsyen video ini, kisah ayah dan anak ini bagaikan filem Papadom. Di mana ada anaknya, pasti ayahnya juga akan bekerja di situ sebagai pegawai keselamatan.
“Dulu masa adek sekolah menengah, ayh jd security kt sekolah tu. Pastu masa adek buat part time kje The Store, ayh jd security kt situ pulak. Masa adek praktikal, ayh jd pulak security kt tmpat tu. Kalau pnah tengok cte papadom, haa sebijik mcm tu. Hahahaha!”
“Allahu terus menangis sy tgk reaksi ayah awk sebab sy belum ada rezeki nak bagitahu abah sy berita macam ni. 6 tahun sy tunggu. Korang plis doakn zaza,” kata Zaza Tampin.
“Gugur air mata aku..sama mcm arwah ayah aku..bila suprise kan dye..jenis spontan mcm nie..reaksi sama,” tambah Faizal Fahmi.
Kata Bella Park pula, “Abah saya pon berniaga depan skolah saya. tringat dapat kputusan trus lari pergi depan skolah bagi kat dia. abah buka box simpan duit bagi rm40 sbb 4A.”
Menurut Fatin Hamzah pula, “Tngok video ni terus menitis air mata ni…. Untungnya awak masih ada ibu dan ayah… 😢Teringin rasa moment ini dengan ibu ayah tpi tak sempat 😔😔?.”
“Allahuakbar…auto nangis akak…rindu arwah ayah & mak tak sempat nak tunjuk cucu ke 3 😭..tahniah ye dek,” kata Mama Ayu pula.
Pernah tular sebelum ini kisah pemergian Madiha. Awalnya kedatangan Madiha di dalam keluarga tidak disenangi mertua kerana bimbang dipergunakan anaknya hanya untuk kesenangan keluarga Madiha.
Sebaik mula mengenali Madiha, semuanya berubah. Madiha menantu idaman mertua. Namun, hayatnya tidak panjang. Disahkan menghidap barah payudra hinggakan kandungan terpaksa digugurkan. Ibu mertuanya berkongsi kisah Madiha yang memilukan. Ikuti perkongsiannya dibawah.
2012 kehilangan Madiha, menantu kesayangan
Assalamualaikum semua. Baru-baru ini, seorang rakan lama saya di maktab dahulu hubungi saya. Dia memberitahu bahawa baru kehilangan menantu perempuan yg meninggal sewaktu bersalin anak ketiga. Saya tahu mengapa dia hubungi saya, kerana saya sudah mengalami pengalaman yang sama seperti dirinya.
Pada 2012, saya kehilangan menantu perempuan kesayangan saya. Namanya Madiha. Madiha berkahwin dengan satu-satunya anak lelaki saya, Abdul Basit. Kami sekeluarga panggil dia Basit. Mereka berkenalan atas jasa anak sulung saya. Madiha bekerja sebagai pembantu jururawat di sebuah klinik berdekatan dengan tempat kerja anak sulung saya,
Disebabkan Madiha selalu menguruskan temujanji untuk anak sulung saya, mereka menjadi rapat. Sehinggalah membawa kepada perkenalan Madiha dan Basit. Mereka dipertemukan di klinik tersebut. Masa itu, Basit masih di luar negara, di tahun akhir pengajian sebagai pelajar perubatan.
Selepas setahun berkenalan, Basit membawa Madiha berjumpa dengan saya dan suami. Pada mulanya, saya dan suami tidak mengetahui perkenalan itu. Sehingga beberapa minggu sebelum Basit membawa Madiha pulang berjumpa saya. Saya berasa sangat seronok, sangat teruja untuk berjumpa Madiha, sehingga lah saya mengetahui asal usul keluarganya, saya mula rasa ragu-ragu.
Risau Basit dipergunakan Madiha
Masa itu saya juga merupakan seorang pegawai kanan sekolah menengah dan suami pula seorang pegawai bank. Saya tak mahu menantu yang tiada asas pendidikan dan keluarga yang terumbang ambing. jadi, saya katakan tidak kepada Madiha.
2009 terpaksa terima mereka berkahwin
Pun begitu, Basit sama sekali tidak mengalah, dia sentiasa memujuk saya untuk menerima Madiha sebagai isterinya. Melihat akan kesungguhan itu, saya terpaksa menerima Madiha. Mereka berkahwin setahun selepas itu, pada tahun 2009. Masa itu, Basit baru beberapa bulan bekerja. Dia masih ulang alik rumah saya dan hospital dalam 40 minit. Madiha tinggal dengan saya juga.
Sebab dah duduk dengan saya, rumah dengan tempat kerja Madiha jauh, jadinya dia berhenti kerja. Dari situ, saya mula mengenali hatinya yang luhur dan suci. Waktu itu dirinya baru di usia 25 tahun, Basit pula 26 tahun.
Seingat saya, tidak pernah sekali pun, saya bagun pagi, Madiha tiada di dapur. Setiap pagi, saya bagun sahaja tidur, nak bersiap untuk ke sekolah dan urusakan suami nak kerja, saya dah dengar kelentang kelentung di dapur. Terdetik di hati saya, apa sahaja lah yang dia buat di dapur tu?
Bila sudah siap solat, saya akan keluar bilik dan ke dapur. Terkejut saya, hampir separuh meja penuh dengan makanan untuk sarapan pagi. Nasi goreng, keropok lekor, makanan kuih frozen, kadang-kadang siap saya bungkus buat bekal di sekolah. Basit juga sama, siap bawa bekal ke hospital jika sempat.
Peribadi Madiha sangat menyenangkan
Menjelang puasa, Madiha akan catat semua menu yang suami saya, saya, Basit dan anak bongsu saya nak makan. Dia lah orang yang paling seronok ketika bulan puasa, sebab semua orang akan memuji masakannya. Termasuk saya, kegemaran saya, tempe sambal dan nasi kerabu tumis. Sungguh enak!
Dia lah yang berjalan sebelah saya untuk ke terawih. Jarak surau dengan rumah kami dalam 300m. Kami berjalan bersama-sama. Kalau Basit ada, dia akan berdua jalan iringan dengan Madiha.
Ikhlasnya Madiha menjaga ibu saya
Dalam ketika itu juga, saya diuji dengan ibu saya sakit tua. Adik beradik yang lain main pass sana sini tidak mahu menjaga ibu, saya ambil keputusan untuk jaga ibu. Saya berbincang juga dengan suami dan anak-anak, sama ada patut atau tidak saya berhenti kerja untuk menjaga ibu.
Tetapi Madiha menghalang cadangan itu, katanya dia boleh menjaga ibu saya, anggaplah seperti dia menjaga neneknya sendiri. Neneknya mennggal dunia ketika dia masih di sekolah rendah. Dia tidak berpeluang untuk mejaga neneknya, mungkin itu hikmah untuknya berbakti kepada seorang bergelar nenek kata dia.
Hati saya menjadi sayu dan terharu mendengar kata-kata Madiha. Sejak itu, Madiha menjadi tulang belakang dan jiwa di rumah kami. Tanpa Madiha rumah itu sunyi sepi. Tiada seri. Hubungannya dengan Basit juga semakin indah hari ke hari. Pantang ada masa terluang, Basit akan bawa Madiha bercuti, paling tidak keluar makan dan tengok wayang bersama.
Madiha menantu idaman ramai
Madiha juga serang wanita yang sangat menjaga solatnya, bukan sahaja yang fardhu, yang sunat juga di jaga rapi. Kata Basit, setiap malam, Madiha akan bangun solat tahajud, sesudah itu mengaji dan ters unggu solat Subuh.
Kemudian terus turun ke bawah untuk sediakan sarapan pagi. Kadang kala, waktu cuti sekolah saya cuba jua untuk sediakan sarapan sebelum Madiha keluar bilik, tapi tak pernah dapat. Mesti Madiha keluar dahulu, sudahnya kami ketawa dan buat bersama.
Tidak dinafikan, Madiha memang menawan hati orang sekeliling saya. Bila berkunjung ke rumah sanak saudara, tidak kira lah masa kenduri atau raya, mereka mesti kata, untungnya kau dapat menantu solehah, cantik, pandai jaga suami, jaga diri. Sampaikan ada antara mereka yang kata kan anak masing-masing, kalau kau nak kahwin, tak dapat jumpa macam Madiha, tak payah kahwin lah.
Kawan-kawan saya juga begitu, ada masa saya bawa Madiha ke event-event saya dan rakan-rakan sekolah macam seminar luar seklah, hi-tea dan kelas-kelas agama, Madiha pandai bergaul dengan mereka dan kata-kata nya yang jujur dan sopan santun itu buat semua orang terpegun dan merindui dia. Bila saya tak bawa Madiha bersama, mereka pasti akan tanya.
Sah brah payudara tahap 3
Semuanya berubah selepas beberapa bulan Basit dan Madiha keluar dari rumah saya dan tinggal sendiri di rumah baru mereka. Jarak rumah baru itu kurang 10km dengan hospital, jadi mudah untuk Basit ulang alik ke tempat kerja.
Hujung minggu biasanya saya yang ke rumah mereka sebab Basit selalunya bekerja. Selang beberapa bulan selepas itu, Madiha tak berapa sihat. Basit kata, dia selalu demam panas dan mengadu sakit badan. Saya dan suami segera minta Madiha diperiksa semuanya. Kami nak tahu apa penyakit yang dihidapi oleh Madiha kerana keadaanya dilihat sangat serius.
Lepas beberapa pemeriksaan dibuat, Madiha sah brah payudara stage 3. Tuhan sahaja tahu, betapa lemah hati saya terima berita itu. Basit apatah lagi, separuh dirinya hampir giila. Tidak menyangka akan berita itu. Bagaimanapun kami sekeluarga menerima juga ketentuan itu dan bawa Madiha berubat di hospital swasta.
Disahkan mengandung
Bayi terpaksa digugurkan, rupanya kembar
Selepas berbincang, mereka putuskan untuk suction dan gugurkan bayi dalam kandungan. Saya dan suami juga besan bersetuju, bagi kami, biarlah Madiha meneruskan rawatan sebaik mungkin. Umur mereka masih muda, masih ada harapan lain untuk punyai keluarga di lain waktu.
Masa suction, semua ada di hospital, saya dan suami upgrade pakej bilik Madiha kepada kelas pertama kerana medical card Madiha hanya menampung bilik kelas kedua. Semua orang, Basit, saya, suami, ibu ayah Madiha tinggal di bilik itu. Ada bilik tetamu dan ruang tamu, sementara Basit dan Madiha di dalam bilik pesakit.
Ketika suction, Basit terkejut kerana terdapat dua janin yang dikeluarkan dari perut Madiha. Kami semua berasa sangat hiba dengan cerita Basit. Malah Basit berasa sangat sedih, dia tidak mampu berkata apa-apa selepas keluar dari bilik rawatan.
Tapi Madiha tetap tenang, dirinya sangat kuat. Ketika diusung katilnya oleh jururawat, dia masih bleh memberikan senyuman kepada kami semua. Beberapa bulan berlalu, keadaan Madiha semakin merosot, dia kerap rebah dan tidak bermaya. Berulng kali dia dimasukkan ke hospital, ada juga 2 kali di ICU.
3 hari sebelum meninggal
Ada satu hari, 3 hari sebelum Madiha meninggal dunia, masa itu saya dan suami ada di dalam bilik Madiha. Saya sibuk menanda kertas peperiksaan ujian awal tahun anak-anak murid, suami saya menyuap bubur kepada Madiha.
Mereka berbual panjang, sampai lah Madiha berkata, semalam dia bermimpi sangat indah. Suami saya bertanya apa mimpinya? Madiha kata, dia jumpa anak-anak kembarnya di dalam mimpi itu. Saya yang terdengar pun berhenti daripada meneruskan kerja, terus berpaling ke arahnya untuk mendengar sambungan cerita itu.
Kata Madiha, dalam mimpi itu, dia berjalan seakan-akan atas awan yang penuh dengan pokok yang sangat tinggi dan banyak. Tiba dia kedengaran suara kanak-kanak memanggil-manggil dia. Tiba-tiba juga waktu itu ada sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan datang menghampirinya untuk ke rumah.
Madiha kata, dia bertanya, siapa mereka berdua itu. Kata udak-budak tu, dia lah anak-anak Madiha yang belum dapat Madiha jumpa sebelum ini. Waktu itu tanpa saya sedar, teresak-esak saya menangis. Madiha masih tenang bercerita.
Rahsia hingga ke akhir hayat
Kata dia, anak-anak itu memimpin erat tangannya sambil menjujukkan sebuah rumah yang besar dan sangat tinggi di hujung taman itu. Ketika menghampiri rumah tersebut, Madiha berkata terdapat seorang lelaki menghalangnya masuk.
Suami saya tanya, siapa lelaki itu. Rahsia, jawab Madiha, Katanya, lelaki itu ada memberitahunya sesuatu tetapi dia tak boleh kongsikan. Tetapi, yang pasti ujian yang dia alami di dunia ini sudah pun dia redha dengan sepenuh hati selepas ‘berjumpa’ dengan lelaki itu tadi.
Berkali-kali saya dan suami bertanya, siapa dan apa yang lelaki itu katakan kepadanya, namun Madiha enggan menjawab. Dia membawa rahsia itu sampai lah ke akhir hayatnya.
Malam itu juga, saya berbual berdua-duaan dengan Basit. Dia kelihatan sangat sugul, saya paham, dia masih belum bleh menerimaa hakikat pemergian isterinya yang dia cinta dan sayang. Selepas hampir 4 tahun bersama, mana mungkin dia tidak sedih.
Saya ceritakan semula kisah mimpi Madiha kepada Basit. Basit mengeluh panjang, dia kata dia tahu tentang mimpi itu, bahkan dia berasa sangat cemburu kerana Madiha dapat ‘jumpa’ anak-anaknya. Saya tanyakan juga, jika Madiha berceritakan tentang lelaki di bawah pokok itu? Basit juga mengetahui hal itu.
Katanya, Madiha ceritakan semuanya termasuk apa yang diperkatakan lelaki itu, tetapi Basit kata, dia tidak akan memberitahu sesiapa atas permintaan Madiha. Kata Basit, sepertimana Madiha bawa rahsia itu hingga akhir hayatnya, dia juga akan bawa rahsia itu hingga ke saat kemtiannya.
Mimpikan Madiha dan cucu
Malam itu, saya tidur di bilik Madiha dan Basit, rumah itu hanya ada 3 bilik, satu lagi bilik adik perempuan Madiha. Basit dan adik ipar lelakinya tidur di luar. Dalam jam 4 pagi, suami saya gerak saya tidur. Dia bersungguh suruh saya bangun. Saya segera bangun. Kata suami saya, cucu-cucu saya cantik dan handsome. Terkebil-kebil saya dibustnya, ha macam mana abang tahu?
Kata dia, dia baru sahaja bermimpi Madiha pimpin tangan dua orang budak kecil tapi dalam mimpi itu Madiha tidak sebut dan kata apa-apa pun. Dan mimpi itu juga tidak lama, hanya beberapa ketika sebelum dia terjaga.
Jiwa kosong selepas Madiha pergi
Selepas pemergian Madiha, jiwa saya kosong. Tiada lagi kawan baik saya yang boleh saya bergosip, luah perasaan dan memasak bersama. Saya rasa, saya lebih sedih daripada Basit.
Lepas pemergian Madiha, badan saya susut hampir 5kg. dan saya boleh pakai baju-baju Madiha. Saya ambil baju-bajunya dan pakai ke sekolah. Walaupun dia tiada di depan mata saya lagi, jiwa dan hatinya masih segar dalam ingatan saya dan keluarga.
Sehingga kini, setiap kali cuti seklah saya akan ke Marang, Terengganu untuk jumpa besan saya. Kalau tidak cuti sekolah, saya dan suami tetap akan berhubung dengan mereka dan bertanya khabar. Mereka juga masih tidak putus mengirim keropok ikan kepada saya dan suami di sini.
Bersyukur diberi peluang mengenali Madiha
Basit juga, masih baik dengan mereka. Dia menyibukkan diri dengan kerja dan sentiasa meminta saya berdoa agar dia dapat dipertemukan semula dengan isteri dan anak-anaknya di sana. Sebagai seorang ibu, saya tetap akan berdoa dan meminta agar Allah permudahkan urusannya dunia dan akhirat.
Saya tidak mampu mengucapkan rasa syukur yang teramat syukur kepada Allah SWT di atas takdirnya mempertemukan kami sekeluarga dengan Madiha. Kerana Madiha, saya seorang guru dan wanita yang eg0 berubah menjadi guru dan wanita yang toleransi, pemurah dengan senyumah dan bersabar.
Buat semua ibu mertua di luar sana, hargailah menantu perempuan kita. Mereka mungkin tak sempurna di mata kita, tapi kelebihan dia mungkin mulia di sisi Pencipta.
Bahagian ke 2
Ikuti perkongsian Cikgu Norlia, Hari Kemtian Madiha
Assalamualaikum. Saya Cikgu Norlia. Saya menghantar satu perkongsian pada minggu sudah mengenai menantu saya, Madiha.
Sebenarnya, saya tidak tahu bahawa perkongsian itu sudah pun disiarkan kerana saya tidak bermain Facebook sejak beberapa hari lalu. Saya menjaga anak sulung saya dalam tempoh akhir-akhir berpantang anak kedua.
Suami saya yang beritahu, perkongsian itu sudah disiarkan. Dia sudah kongsikan di Fcebook kami. Saya dan suami kongsi Fcebook, sebab saya malas nak ada akaun sendiri. Sudahnya, saya tumpang nama saya kat FB suami. Saya nak baca perkongsian saya, tapi suami bersungguh-sungguh halang.
Luluh hati baca komen diperkongsian pertama
Selepas saya baca perkongsian itu di FB suami, saya baca komen-komen dari rakan-rakan. Luluh hati saya, niat saya untuk kongsi tentang kebaikan Madiha. Sebaliknya, rakan-rakan tuduh saya jadikan Madiha persis orang gaji di rumah.
Sebak hati saya bila dituduh begitu. Tapi tak mengapa, saya tidak akan ambil pusing kata-kata orang. Suami dan anak-anak saya kenal saya siapa. Lebih penting, macam mana pun pandangan manusia terhadap saya, Allah sahaja Maha Mengetahui hati seorang hamba-Nya.
Saya tidak mahu ceritakan tentang saya dan Madiha. Perkongsian ini saya mahu ceritakan tentang apa yang berlaku pada hari kemtian Madiha.
Ramai kawan-kawan saya dan suami yang berikan komen, mahu tahu apa yang berlaku pada hari itu. Bagaimana dengan Basit pada hari itu dan bagaimana penerimaan Basit. Berat hati saya mahu menjawab permintaan kawan-kawan. mereka sungguh-sungguh tanya saya mengenai itu.
3 hari sebelum ‘pemergian’ Madiha
Saya akan ceritakan di sini, situasi hari itu. Hari kami kehilangan Madiha. Cerita saya ni hasil perbualan saya dengan Basit selepas perkongsian pertama dikeluarkan.
Basit tidak ada Facebook, hanya ada Istagram. saya pun tak arif lah, benda-benda budak zaman sekarang. Jadinya, dia tak tahu tentang perkongsian pertama saya, sehinggalaha saya tunjuk dan ceritakan kepadanya. Sesudah itu, saya ambil Keputusan untuk kongsikan cerita ini pula.
3 hari sebelum pemergian Madiha, tengah hari itu, dia ceritakan kisah mimpinya. Masa tu dia kelihatan sangat berseri, segar sungguh. Petang tu suami saya balik, bawa pakaian kotor kami untuk cuci. Saya dan anak bongsu saya temankan Madiha di hospital. Hospital tempat Madiha berubat di Kuala Lumpur, rumah saya dan suami di Negeri Sembilan. Basit pula kerja.
Malam tu dalam pukul 1 pagi, ada 2 orang jururawat masuk ke bilik kami sambil menyorong satu alat. Saya tak tahu lah mesin apa. Lepas itu, ada seorang doktor masuk beritau kepada saya, Madiha perlu di X-Ray.
Dia minta saya dan anak bongsu saya duduk jauh dari katil itu kerana tak mahu terkena rad1asi. Saya dan anak bongsu keluar dari bilik Madiha. Masa nak berkalan keluar, nak sarung selipar, Madiha panggil perlahan.
Suspek ada jangkitan kuman
“Mak,” tanggannya melambai lemah kepada saya, tidak mahu saya pergi. Di luar, saya termenung, Saya tengok Madiha berbeza sekali keadaannya dengan waktu siang tadi. Malam itu dia nampak sangat lemah, bercakap pun tak kuat suaranya. Mungkin dia penat, sebab petang tu dia tidak tidur.
Beberapa minit lepas tu, saya nampak doktor keluar dari bilik Madiha, kata dia, mereka suspek Madiha ada jangkitan kuman. Tapi masih tak pasti sebab kena mohon nak buat scan esk pagi. Lepas tu kena rujuk pegawai farmasi, mungkin kena tukar ubat lain kalau betul ada jangkitan kuman.
Saya terus telefon Basit maklumkan perkara itu. Saya tahu Basit jadi tak keruan, esoknya selepas tamat shif, dia minta cuti 4 hari untuk jaga Madiha di hospital. Dua hari sebelum Madiha pergi, dia jadi sungguh tak bermaya, lembik.
Mahu makan pizza
Mungkin ubat kimoterapi masih menyerang dirinya. Dia makan sikit sahaja. Petang tu dia minta kepada suami saya, belikan di pizza. Dia mahu makan pizza.
Suami saya pergi cari pizza untuk dia makan. Basit suapkan pizza, semulut sahaja dia makan, lepas tu dia tidur. Maghrib tu, dia jadi tak sedar. Seorang doktor masuk check, lepas tu doktor panggil lagi seorang doktor check, sudahnya, ada 4 orang doktor keliling katil tu. Saya, suami dan anak keluar dari bilik Madiha. Hanya Basit kami tinggalkan di dalam.
Dekat setengah jam, semua jururawat dan doktor keluar. Basit keluar tak lama lepas tu, kata Basit, dia sudah menghubungi keluarga Madiha di kampung. Mereka akan usaha untuk pulang segera.
Keluarga Madiha bertolak ke KL
Cuma, masalahnya, ayah Madiha mungkin tidak bleh tinggalkan kerjanya, tiada yang ganti. Suami saya segera kirimkan wang minyak untuk keluarga Madiha bertolak dari Terengganu ke Kuala Lumpur.
Kami berdoa malam itu, supaya mereka sampai dengan selamat, kerana kereta ayah Madiha sedikit uzur. Kami takut mereka terhenti di tengah perjalanan. Satu jam sekali, suami saya hubungi ibu Madiha untuk pastikan mereka baik-baik sahaja.
Malam tu sampai ke Subuh saya tak boleh tidur. Saya urut mesra tangan dan kaki Madiha. Si Basit pula tidur sekatil dengan Madiha malam tu. Dia pluk erat isterinya. Suami saya pula tidak boleh toleh muka Basit dan menantunya. Air matanya mengalir. Selalu saya tanya, kenapa Abang menangis? Dia sedih, dia tidak mahu anak dan menantunya rasa ujian seberat itu.
Tapi apa kan daya dia, dia hanya mampu melihat. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya lebih tersksa tengok anak menantu saya begitu, tapi saya perlu kuat. Bukan sahaja untuk Basit dan Madiha, untuk suami saya juga. Jika saya lemah, saya tidak tahu bagaimana kami akan dapat jalani ujian itu.
Madiha ingin makan tomyam
Pukul 9 pagi, keluarga Madiha tiba di hospital. Madiha masih tidur. Lepas sarapan, kami naik ke bilik, Madiha sudah terjaga. Dia baru sahaja mandi dan makan pagi bersama Basit di bilik. Dia sangat gembira melihat ibu bapanya datang dari kampung. Dia bersungguh-sungguh kata kepada suami saya, boleh tak kalau kita makan besar hari ni. Suami saya kata, boleh. Madiha nak makan apa?
Madiha jawab, nak makan tomyam. Saya pun tanpa melengah, bawa balik besan saya ke Seremban. Kami nak masak tomyam di rumah, dan bawakan kepada Madiha petang itu. Suami saya setuju. Kami tinggalkan Madiha dengan Basit sahaja di bilik.
Lepas Asar, kami bertolak ke hospital dan makan bersama. Semua orang dapat makan tomyam masakan ibu Madiha. Saya sengaja minta dia masak lebih. Kami berikan sikit kepada bilik-bilik lain dan mereka yang tengah bertugas. Madiha gembira sungguh dapat makan bersama, tengok tv bersama dengan semua orang. Tak habis-habis dia asyik ulang,
“Sukonyo hari ni dih, semua ada” kata dia.
Sayu hati saya dengar kata-kata Madiha. Malam tu Madiha mntah. Doktor masuk sekali lagi ke bilik untuk lihat keadaan Madiha. Masa tu sekitar jam 11 malam. Saya dan suami ambil keputusan untuk bawa balik keluarga Madiha ke rumah kami terlebih dahulu dan datang semula selepas Subuh. Mereka setuju.
Madiha dipindahkan ke HKL
Malam tu, saya telefon Basit, tak berangkat. Sampai lah pukul 4 pagi, Basit telefon semula. Katanya, Madiha baru habis diperiksa dan terpaksa di hantar ke HKL disebabkan ada alatan yang tidak dapat berfungsi waktu itu. Saya mengucap panjang, takut mendengarnya. Lepas Subuh, kami terus ke hospital.
Hari yang ini, hari yang dahsyat, kami tak pernah sangka, itu lah kali terakhir kami melawat Madiha di hospital. Masuk sahaja bilik, Madiha nampak sangat tak bermaya. Dia terbaring sambil memegang erat tangan Basit. Dia memandang sepi ke wajah ibu ayahnya. Lama pandangan itu. Perlahan-lahan saya nampak air mata Madiha turun.
Madiha minta Basit belikan Air Coke
Lepas itu dia panggil Basit, dia minta Basit belikan air Coca-Cola untuknya. Madiha sangat gemarkan air coke itu. Ketika dia masih sihat, ke mana sahaja kami pergi makan, Madiha mesti akan order air coke dan ais. Itu kegemaran dia. Air bergas lain, dia tidak minum, hanya Coca-Cola sahaja.
Semua tak bagi dia minum air tu, tapi Basit katam tak mengapa, dah lama Madiha tak minum. Beri sahaja. Seteguk cukup. Basit pun keluar dari bilik mencari air tu. Beberapa minit selepas Basit keluar, Madiha semakin melemah.
Dia minta ayahnya dan suami saya berdiri ditepinya. Dia minta dirinya untuk bangun bersandar. Di salam, dipeluk cium ayahnya. Dia memohon maaf kepada ayahnya dan suami saya. Suami saya teresak-esak menangis. Diusap kepala Madiha lembut,
Saya tak pernah menyangka suami saya begitu sedih daripada saya. Dia tidak henti-henti meminta Madiha untuk kuatkan semangat. Lepas tu, Madiha gagahkan diri, dia berpaut tangan suami saya dan ayahnya, mahu berdiri.
Madiha melutut, mencium kaki ibunya dan saya
Perlahan-lahan dia pergi kepada saya dan ibunya. Menangis saya melihat sendiri Madiha melutut dan mencium kaki ibu kandungnya. Ibunya menangis sambil memegang Madiha. Madiha kucup kaki ibunya, mencium ibunya, memeluk erat ibunya sambil memohn maaf dan ucap terima kasih. Saya memgang lembut Madiha, takut dia terbalik dan rebah.
Sesudah itu, Madiha mencium kaki saya. Diminta beribu ampun dan maaf kepada saya berulang-ulang kali. Saya menangis sepenuh hati, di tepi saya, suami memegang erat bahu saya. Dipeluk cium saya sepuasnya. Saya masih ingat kata-kata terakhir Madiha waktu itu,
“Mak, tanpa Mak, tanpa Baba, Basit tidak akan ada di dunia ini, Madiha uga tidak akan di dunia ini. Madiha ada kerana Basit ada. Kami diciptakan Allah untuk bersama. Terima kasih Mak dan Baba. Jaga makan minum Madiha selama ini.”
Selebihnya saya tidak ingat, yang pasti beribu perkataan maaf. Bila suami dan ayah Madiha memapah Madiha semula ke katil, sekali lagi Madiha muntah. Anak bongsu saya segera panggil doktor di luar. Saya pula meranung-raung panggil nama Basit. Mahu dia segera balik. Takkan lah begitu lama membeli air coke. Suami saya telefon, tiada jawapan.
Bilik jadi huru hara sebab dktor dan jururawat berlari masuk dan keluar. Ramai doktor yang masuk dan minta kami tinggalkan bilik. Madiha tenat, ada darrah yang keluar dari mulut dan hidungnya. Saya kembali ke katil Madiha, walaupun dipujuk lembut oleh jururawat untuk saya keluar, saya tetap cium Madiha sepuasnya.
Madiha tengah nazak, Basit hilang
Di luar, kami tunggu dengan penuh debaran, ada beberapa doktor lelaki yang tidak pernah saya nampak sebelum itu juga masuk ke bilik Madiha. Tidak berapa minit kemudian, doktor panggil waris terdekat, katanya, untuk meminta ajar syahadah.
Masa itu rebah saya, lemah kaki rasa tidak mampu lagi berdiri. Saya dan suami menangis di luar, manakala ibu dan ayah Madiha masuk ke dalam. Saya seperti separuh gilla menjerit-jerit nama Basit. Anak-anak saya menelefon juga tidak dijawab.
Disebabkan saya menjerit dan memanggil-manggil nama Basit, hampir semua orang di bilik-bilik lain keluar menjengah. Ada juga jururawat yang datang dan papah saya perlahan masuk ke bilik Madiha.
Saya tengok kulit Madiha yang putih berseri mula bertukar pucat lesi. Di sisinya, ibu dan ayahnya mengajar Madiha mengucap. Saya pula selang berapa minit pitam. Bangun balik, pitam. Mujur ada jururawat yang papah saya kuat ketika itu. Saya masih ingat namanya, Noor Nasuha.
Selepas itu, Madiha perlahan-lahan pejamkan mata. 3 jam selepas Basit keluar membeli air coke, Madiha hembuskan nafasnya yang terakhir. Kami semua bersedih, semua staff hspital tinggalkan kami bersendirian. Anak bongsu saya tak henti-henti panggil nama Madiha. Menyuruh Madiha bangun semula. Saya terduduk di sofa tepi Madiha. Terduduk lesu memikirkan kejadian yang baru berlaku.
Basit muncul selepas Madiha hembuskan nafas terakhir
Tidak lama lepas itu, Basit masuk ke bilik. Dia berjalan perlahan, seolah-olah mengetahui mood di dalam bilik itu. Sebaik sahaja dia berdiri di depan katil, melihat Madiha tidak lagi bernyawa, Basit rebah. Dia menangis di atas lantai.
Suami saya dan ayah Madiha nampak kumpulkan kekuatan mereka untuk berikan semangat kepada Basit. Saya yang awalnya rasa begitu marah kepada Basit kerana tak mahu menjawab telefon sewaktu Madiha nazzak, berubah jadi malas nak cakap apa-apa. saya letih. letih kerana menangis.
Lepas urusan hospital selesai, kami bawa jnazah Madiha ke Terennganu. Kami bertolak jam 3 petang. Alhamdulillah, kami sampai jam 8 malam. Sampai sahaja, kami tengok jiran tetangga Madiha dah berkumpul untuk uruskan jnazah. Kami terus mandikan jnazah.
Jenazah Madiha dimandi dan dikafankan ahli keluarga terdekat
Atas permintaan Basit, hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan masuk untuk mandikan Madiha, kafankan Madiha. Semua tak sampai pun 10 orang. Termasuk saya, anak sulung dan anak bongsu saya.
Basit turut mandikan jnazah Madiha. Dia memegang getah paip dan dihulurkan kepada setiap bahagian yang dimandikan. Basit berikan peluang kepada ibu Madiha dan adik beradik Madiha untuk mandikan Madiha sementara dia hulurkan air yang mengalir.
Saya pula dapat mandikan Madiha di bahagian kakinya. Basit pula mandikan di bahagian belakang, muka dan berus gigi Madiha.
Sewaktu mandikan Madiha, air mata Basit tak henti mengalir. Ketika kafankan Madiha, hanya orang yang sama sewaktu mandikan jenazah dibenarkan masuk oleh Basit.
Kata-kata Basit semasa memandikan jenazah isterinya
Saya masih ingat kata-kata Basit sewaktu saya dan ibu Madiha kafankan Madiha. Saya tidak ingat ayatnya sebiji-sebiji, tapi kata-kata itu masih segar dalam ingatan saya.
Sambungan dari part 2:
“Baju putih awak cantik sangat. Cincin ni, saya tinggalkan di sini, di tepi awak. Awak bawa lah bersama. Abang kan dah janji nak jaga awak, tapi kenapa awak tinggalkan abang? Macam mana abang nak hidup tanpa awak?”
“Wajah awak, nampak sedih hari ni. Sebab tu ke? Sebab awak nak pergi jauh ya? Abang minta maaf, sebab terpaksa ‘hantar’ awak seorang sahaja. Abang minta maaf sebab abang sahaja yang tertinggal di sini. Abang akan sentiasa rindukan sayang.”
“Tolong lah bahagia di sana. Tunggu abang di sana, sehingga satu hari yang lain, kita akan berjumpa.”
1130 malam, Madiha selamat dikebumikan
Itu lah lebih kurang ayat yang Basit sebutkan semasa kami sibuk kafan kan Madiha. Cincin kahwin Madiha, Basit balut dalam kain batik yang digunting kecil. Kemudian, dia selitkan di ikatan kafan Madiha. Sebelum kami bawa keluar Madiha, Basit cium lama jnazah Madiha sebagai tanda penghormatan terakhir kepada isterinya. Suasana sayu di rumah itu.
Selepas solat jnazah, ayah Madiha jadi imam. Keadaan bertambah sayu bila ayah Madiha sebak dalam solat. Jemaah juga seakan-akan menghayati situasi itu. Tapi, keadaan semakin ke tengah malam, kami segerakan untuk kebumikan Madiha. Lebih kurang jam 11.30 malam, Madiha selamat dikebumikan. Doa dan talkin dibacakan oleh Basit. Selesai sahaja urusan, kami semua pulang.
Basit hilang selepas pengebumian
Saya terakhir nampak wajah Basit di tanah perkuburan. Selepas itu saya tidak tahu Basit ke mana. Puas saya dan suami mencari Basit, tidak berjumpa. Saya tahu, Basit sedang bermain dengan emosi. Dia marah dan tidak puas hati, mengapa isterinya diambil Tuhan. Malam itu, kami tidur tanpa kepulangan Basit ke rumah.
Esoknya, saya bangun lewat. Selepas Subuh, saya sambung tidur. Dan bangun semula pukul 9 pagi. Saya bagun terus ke dapur, saya nampak Basit duduk termenung depan TV seorang diri. Entah masa bila dia balik, kami tidak tahu. Saya dan suami tengah menjamah sarapan, suami saya tak habis-habis mencuit saya minta sapa Basit. Saya biarkan sahaja, sebab masih marah Basit tidak datang ke bilik Madiha sewaktu Madiha tenat.
Masa itu juga hati saya terusik, saya terfikir, anak saya dalam keadaan yang sedang diuji dengan hebat sekali. Patutkah saya juga bermain emosi dengannya? Berbaloi kah saya marahkan Basit kerana tidak menjawab telefon ketika itu? Sedangkan dia lagi sedih daripada saya ketika ini? Lepas makan, saya seorang diri menghampiri Basit.
Saya pandang Basit dari belakang. Saya lihat Basit, saya terimbau zaman kanak-kanaknya. Yang manja dan kuat bermain. Seingkali balik ke rumah menangis sebab dibuli kawan-kawan.
Saya menjadi sebak dan sayu, tidak menyangka, anak yang saya besarkan sepenuh hati. Yang saya didik sehingga berjaya dalam hidup sedang dipilih Allah untuk diuji.
Antara menerima atau mempersoalkan takdir
Saya duduk di sebelahnya, saya peluk erat Basit. Saya katakan kepada dia, apa yang Basit nak cakap kepada mak, Basit cakap. Mak akan dengar semuanya. Basit menangis, sehingga kini saya masih boleh ingat dan rasa hangat air mata Basit terkena bahu saya.
Dia betul-betul marah, mempersoal dan pertikai takdir Allah kerana mengambil Madiha sedangkan dia sudah menjaga Madiha sebaik mungkin. Saya diamkan sahaja, mahu dia meluahkan segalanya.
Selepas dia luahkan semuanya, saya minta dia bersabar dan doa banyak-banyak kepada Tuhan. Terus Basit jawab kepada saya, “Mak, Basit tengah marahkan Dia. Takkan Basit nak minta dia yang kuatkan Basit?”
Subhanallah, terkejut saya masa tu. Saya tahu, waktu itu dia betul-betul tengah berperang dengan dirinya. Antara terus mempersoalkan ketentuan Tuhan atau menerima takdir Tuhan. Saya jadi buntu, macam mana mahu pujuk jiwa dan raga anak saya.
Sampailah ilham mencuit hati saya. Saya katakan kepada Basit, bagaimana Madiha mahu menceritakan kehebatan ayah kepada anak-anak kembarmya, jika Basit sebagai ayah masih lagi tidak kuat dengan takdir itu. Mana mungkin anak-anak Basit nak percaya kata-kata Madiha.
Basit kembali bersemangat
Basit terus diam. Saya terus bagun dan bersiap untuk beli barang nak buat tahlil malam itu. Tak lama lepas tu, saya nampak Basit duduk makan di meja sambil berbual dengan ipar duainya di dapur. Adik-adik Madiha memang rapat dengan Basit kerana Basit pandai mengabil hati mereka.
Malam itu, Basit nampak bersemangat sekali. Tidak seperti semalam dan pagi itu. Malam itu juga dia ketuai musyawarah kami, uruskan harta peninggalan Madiha.
Sepanjang perkahwinan Madiha, duit yang dikumpul selama dia bekerja dan duit nafkah yang diberikan oleh Basit, dia simpan di dalam Tabung Haji. Semua duit itu diberikan kepada keluarga Madiha seperti yang saya kongsikan dalam perkongsian sebelum ini.
Malam itu juga, Basit nampak begitu yakin semasa memberitahu ibu dan ayah Madiha supaya mempercayai dirinya untuk menjaga keluarga itu walaupun Madiha sudah tiada. Basit juga nampak sangat bersemangat menguruskan pakaian-pakaian Madiha di dalam bilik tidur mereka di rumah itu, saya perhatikan sahaja dari jauh dan senyap-senyap.
Walaupun Basit tak berpeluang jadi ayah yang sebenar kepada anak-anak kembarnya, ternyata kata-kata saya pagi itu memberi kesan kepada Basit. Mungkin jauh di dalam sudut hati anak lelaki saya, dia merindukan anak-anak kembarnya dan berbangga dengan dirinya kerana dapat menjaga Madiha. Dia yakin, pastinya Madiha menceritakan kisah itu kepada anak-anak mereka.
Perjanjian Basit dan Madiha
Sudah 7 tahun pemergian Madiha, saya tak pernah sekali pun ungkit sekali pun tentang kejadian Basit tidak angkat telefon semasa membeli air coke untuk Madiha. Saya tidak mahu mengguris hatinya.
Tapi baru-baru ini, selepas suruh Basit baca perkongsian yang pertama, saya terus tanya Basit. Ke mana sahaja sebenarnya dia pada waktu itu. Kata Basit, sewaktu saya tidur di rumah dengan keluarga besan, beberapa hari sebelum Madiha meninggal, Basit dan Madiha sudah membuat perjanjian.
Basit tidak mahu Madiha mti di depan matanya, Madiha pula tidak mahu Basit melihatnya mti. Jadi hari itu, Basit dapat merasakan, waktu pemergian Madiha sudah makin dekat. Dan dia yakin, Madiha memintanya membeli Coca-Cola kerana dia sudah dapat merasakan dia akan pergi dalam masa yang terdekat.
Kata Basit, kalau betul-betul Madiha mahu makan atau minum sesuatu, dia pasti akan meminta suami saya yang belikan. Tapi hari itu, Madiha suruh dirinya. Pasti ada sebab tertentu.
Basit solat dan berdoa semasa Madiha nazak
Kata Basit, setengah jam selepas itu, dia naik dan nampak jururawat bergegas masuk ke bilik Madiha. Masa itu kami semua belum keluar dari bilik, Basit turun semula ke bawah. Tunggu di bawah, dia kata dirinya tidak keruan. Sudahnya dia segera ke surau di tingkat atas sekali dan berdoa. Semoga Madiha dipermudahkan urusannya.
Ya Allah, baru saya sedar, selama ini saya bersangka buruk dengan anak saya sendiri. Sedangkan waktu saya menjerit-jerit seperi orang hilang akal memanggil namanya, Basit sedang sibuk solat hajat memohon dipermudahkan urusan isterinya.
Saya betul-betu rasa kecewa dengan diri sendiri, betapa hati saya tergamak prasangka buruk terhadap anak sendiri.
Kata Basit, dia turun semula ke bilik Madiha dan lihat bilik Madiha seolah-olah sudah kosong daripada doktor dan jururawat. Masa itu dia yakin, semuanya sudah ‘selesai’. Masa itu lah, dia kumpul kekuatan untuk masuk dan lihat sendiri.
Saya juga tanyakan sekali lagi tentang mimpi Madiha berjupa dengan lelaki mlsteri di bawah pokok yang menghalang Madiha masuk ke sebuah rumah, Basit masih pertahan jawapan yang sama. Dia tidak akan beritahu sesiapa atas permintaan Madiha.
Basit kembali duduk bersama kami
Beberapa minggu selepas pemergian Madiha, Basit keluar dari rumahnya dan kembali tingal bersama saya. Katanya, dia tidak mampu melupakan kenangannya bersama Madiha di rumah itu. Rumah tersebut kini disewa oleh sekumpulan jururawat di hospital tempat Basit bertugas.
Di rumah saya pula, Basit tukar biliknya dengan bilik adiknya. Dia tidak mahu menanggung kenangan yang terlampau banyak jika terus duduk di bilik itu di tingkat atas rumah kami. Sudah 7 tahun juga, Basit tidak naik ke atas. Hanya beberapa kali sahaja di naik pun, sama ada mahu ke bilik saya atau ambil bantal, cadar atau sarung bantal yang baru dicuci.
Rumah kini sunyi sepi
Jika tidak, dia sama sekali tidak akan naik ke atas. Terutama sekali ruang menonton tv di atas, sudah 7 tahu saya perhatikan, dia tidak naik dan duduk di situ. Ketika Madiha masih hidup, ruang itulah yang dia dan Madiha selalu luangkan masa bersama. Tengok drama korea dan movie bersama. Sekarang, tingkat atas sunyi sepi. Saya dan suami pun naik ke atas masa nak tidur sahaja.
Rumah pun sangat berbeza lepas pemergian Madiha. Tiada lagi yang menghantar kami di pintu untuk pergi kerja, balik kerja. Tiada lagi yang ketuk lesung nak goreng nasi pagi-pagi. Tiada lagi yang nak ambil menu kami untuk masakan esok hari. Kini, cuma ada, dua orang pesara yang banyak habiskan masa membaca buku dan tengok tv.
Al-fatihah…
Sumber – Cikgu Norlia (Bukan nama sebenar) via iiumc
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi sesetengah orang memelihara haiwan peliharaan ibarat satu terapi. Tapi ada segelintirnya yang akan mengalami alahan lagi-lagi untuk anak kecil. Keadaan ini jika tak dikawal boleh memudaratkan kesihatan seisi keluarga.
Seperti perkongsian seorang ibu Egee Qaseh di Facebooknya, dia terpaksa membotakkan kepala salah seorang anak kembarnya selepas terkena jangkitan kulat kepala daripada kucing yang luka. Berkongsi lebih lanjut, anak kembarnya dipercayai bermain dengan kucing jalanan yang menumpang di rumah mereka.
Terkena penyakit kulat kepala
Ramai yang tanya kenapa den pendekkan rambut anak den. Ini jawapan dia. Ada jugak yang konpius yelah sebab haritu twin perempuan. Ni twin lelaki pulak. Si kembar Ena dan Eca ni terkena penyakit yang diberi nama RINGWORM atau KULAT KEPALA dalam bahasa mudah nak faham. Doktor dah cakap siap-siap. Virus ni memang makan masa lama nak sembuh puan. Degil virus dia. Betul-betul lama. Hampir 8 bulan sebab doktor tak tahu ubat apa yang rasi dengan virus atas kepala tu. Kena try dan error.
Kisahnya bermula bila satu hari tu den tengok kepala Eca macam botak sikit dekat tengah sebesar duit syiling 5 sen. Antara punca-punca terjadinya masalah ini seperti yang dinyatakan doktor ialah jangkitan dari kucing yang ada luka. Maksudnya kita nampak dia macam ada luka, kurap. Bukan kucing sihat ye. Tak tahu sama ada kucing tu memang dah sedia terdedah kepada virus apa dan berjangkit melalui sentuhan atau air liur kucing tu.
Anak den tak main kucing sebab ada asthma tetapi seminggu sebelum tu ada kucing jalanan menumpang di rumah sebab baru lepas beranak. Adalah satu hari tu mungkin den terlepas pandang anak-anak den main dengan kucing tu. Bergantung kepada antibody budak, tak semua budak mudah berjangkit. Ada yang okay ada yang tak. Tapi anak den mudah berjangkit dan dia tak mudah berjangkit sama-sama manusia. Cuma dari haiwan ke manusia. Wallahualam…
Mula dengan tanda kecil di kepala
Dari situlah den perasan ada tanda tu dekat kepala anak den. Kita tak cakap tak boleh bela kucing cuma kalau kucing tu ada luka ke kurap ke atau apa.. Baik elakkan anak kita pegang-pegang dia. Dan sekiranya kucing kita ada luka bawaklah pergi vet secepat yang boleh. Benda ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kalau nak cakap bab kebersihan saya dah cukup jaga dah sebab anak saya semua ada ASTHMA. Habuk ke apa ke memang alhamdulillah terjaga. Kita pun tak sangka harini dia main dengan kucing elok je. Esok main dengan kucing lain tiba-tiba jangkit pulak.
Cuma nak nasihatkan jika ada tanda-tanda seperti gambar ni segeralah dapatkan rawatan cepat sebab setiap budak tak sama. Dan Allah dah tentukan anak den nak kena. Siapalah kita nak persoalkan. Episod 8 bulan yang betul-betul menguji kesabaran kita sebagai ibu. Benda sama dok berulang-ulang. Harini baik esok dia jadi balik. Bertabahlah berdoalah. Allah maha penyembuh. Alhamdulillah sekarang ni dah sembuh dan bebas dari virus ni. Rambut pun dah tumbuh dengan jayanya. Syukur sangat-sangat.
Bulatan sebesar duit 5 sen, makin membesar
Ni Ena dan Eca. Umur 5 tahun asalnya rambut diaorang memang panjang macam inilah. Memang kalau jumpa sesiapa. Ramailah yang suka yelah. Twin gegirl rambut panjang macam tu. Bikin orang geram tapi jenuh jugaklah mak dia nak jaga rambut tu. Shampoo semua. Aduiii
Kisah bermula bulatan dia kecik jeee. Dalam 5 sen mula-mula den ingatkan takda apalah. Dia akan ok tapi dalam masa dua tiga hari bulatan itu makin membesar. Lepas tu rambut tu reput guys. Kita pegang jee dia dah tercabut. Ya Allah masa tu punyalah cuak tak tau nak buat apa. Nak fikir apa, dok fikir eh anak aku ni sakit kee. Lepas tu bawak pergi klinik doktor cek dia cakap kena jangkitan kulat kucing ni puan. Ha.. Terkedu jugak sebab macam blur. Eh bila masa anak aku main kucing. Pastu eh boleh ke berjangkit dekat manusia. Doktor sarankan gunting rambut diaorang atau baik botakkan. Den macam ya Allah. Susah nak terima hakikat nak kena botakkan kepala anak sebab masa tu rasa jangkitan tu ok. Dia takkan membesar dan akan baik sebab tu kita jumpa doktor. InsyaAllah masa ni doktor bagi ubat sapu dan dia suruh beli shampoo khas untuk kulat dekat farmasi. Nasihat saya jika anak anda ada tanda pertama macam ni bawak ke klinik pakar dan dapatkan rawatan secepat boleh.
Merah, bertompok dan bernanah
Okay ini dalam masa seminggu rambut naik tapi ring tu semakin merebak dengan jayanya. Menjadi kemerah-merahan. Bertompok-tompok kepala anak den. Macam keradangan. Dah sapu ubat klinik dah shampoo dan dah buat semua. Tapi masih tak baik. Tak rasi barangkali tapi den tetap istiqomah. Kuatkan hati yang ianya hanya sementara dan anak den akan sembuh. Walaupun dalam hati sedih tengok kepala dia macam tu sebab memamg boleh rasa gatal dia tu mcm mana.
Keadaan makin teruk den botakkan lagi kepala dia bagi licin semua. Merah-merah tu bermata dan akan jadi nanah mcm ni. Doktor cakap jangan usik jangan picit sebab keadaan akan jadi lagi teruk. Masa ni den bawak pergi jumpa pakar kanak-kanak sebab rasa macam ubat klinik tu tak rasi dgn dia. Lepas bernanah tu kepala dia akan jadi kuping0kuping. Malam-malam dia menggaru. Masa ni kita sebagai ibu.. ya Allah sedih meruntun jiwa.
Garu sampai berdarah
Kalau sapu ubat baru akan terjadi mcm ni. Berulang selama 4 bulan. Tiap2 malam depe akan menggaru2. Yelah kitapun pun kdg2 terlena. Mana nak sedar depa dok garu2. Sedar2 muka kita basah. Pergi tengok cermin rupanya penuh darah kat muka. Sebab kepala depa dok kena muka kita. Masa ni kita redha jela nak buat mcm mana. Den gerakkan depa tengah malam. Basuh pakai air garam dan sapu ubat lagi. Ini fasa yang paling sedih dalam hidup. Ujian ni berat dirasakan sebab macam takde jalan penyelesaian. Penat.
Cuba cara tradisional pulak. Sapu buih daun gelenggang campur kapur sireh. Dia jadi kering kepala at least takdelah nampak berair dan berdarah.
Ambil masa 8 bulan untuk sembuh
Masa ni hospital bagi antibiotik tapi kena makan mengikut arahan yg betul sebab banyak effect dia ok. Masa ni kepala dah makin baik rupanya dia rasi dgn ubat yg dari hospital jugak. Mana2 ubat sama samada dari pakar kanak2 atau klinik atau hospital. Cuma kita tak tahu anak kita rasi yg mana. So kena try and error, itulah doktor cakap.
Alhamdulillah masuk bulan ke 8. Rambut2 semua dah naik dgn jayanya. Maka Eca betul2 dah sembuh dari kes jangkitan kulat. Azab dia betul2 menguji hati dan kesabaran orang yg menjaganya. Nak menjawab soalan org2 sekeliling lagi. Mental kena kuat oii. Dah terjawab dah semua persoalan kenapa den membotakkan kepala anak den. Sepanjang 8 bulan ni adalah 5,6 kali den botakkan kepala dan alhamdulillah jugak sepanjang sakit kepla ni diaorg tak kena serangan asthma.
Dah lebat dah sehat rambutnya. Alhamdulillah sekarang ni baru berani bagi guna shampoo biasa. Itupun seram jugak kadang-kadang 8 bulan tu bukan sekejap nak berdepan dgn benda2 mcm ni. Hanya seorang ibu je yg boleh buat semua ini kena kuatkan semangat. Pedulikan pandangan orang teruskan usaha dan istiqomah dgn ubat2 yg doktor bagi sebab diaorg nak yg terbaik buat anak kita jugak. Jangan salahkan kucing dan jangan benci kucing sebab kucing terlalu comel untuk dibenci cuma bila kita nampak kucing tu luka. Terbiar. Hadkan anak kita sebab kita tak tahu virus apa yg ada. Kanak2-kanak antibodi dia tak kuat. Harap2 cerita den ni dapat membantu sekiranya ramai ibu bapa di luar sana hadapi perkara yg sama.
Kes bayi dibuang sumbang mahram yang terbongkar di Besut menjadi amaran tragis buat ibu bapa tentang keselamatan anak di rumah sendiri serta kegagalan perlindungan keluarga.