Sekolah yang disahkan mempunyai satu kes Covid-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari. Memetik laporan Sin Chew Daily, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pelajar yang terjejas ekoran penutupan tersebut akan beralih ke pembelajaran dalam talian sehingga kelas fizikal disambung semula.

“Keputusan yang berkuatkuasa bermula Rabu itu akan memberi kuasa kepada pihak sekolah untuk mengeluarkan notis memaklumkan ibu bapa mengenai penutupan sekolah apabila terdapat kes positif Covid-19,” katanya pada Rabu.

Sekolah Ada Satu Kes Covid Akan Tutup 2 Hari. Beri Peluang Sanitasi & Elak Penularan

Elak berlaku penularan kluster sekolah

Dr Hang Soon berkata, keputusan penutupan selama dua hari itu juga bertujuan mengelakkan berlakunya penularan kluster Covid-19 di sekolah.

“Ini akan membolehkan sekolah menjalani sanitasi secara menyeluruh sementara ibu bapa, pelajar dan guru dapat meluangkan masa untuk menenangkan diri dan mengelakkan kebimbangan atau ketakutan yang tidak wajar,” ujarnya.

Dr Hang Soon menyatakan bahawa keputusan itu dibuat semasa mesyuarat menteri peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pada Rabu.

IKLAN

Katanya, sejak pembelajaran fizikal di sekolah dilanjutkan awal bulan ini, kementeriannya melakukan pemantauan yang teliti terhadap situasi pandemik yang berlaku di sekolah.

Menurutnya, pejabatnya juga telah melakukan perbincangan bersama dengan Persatuan Guru Sekolah Cina Bersatu (Jiao Zong), Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong), Majlis Bahasa Cina Malaysia, Kesatuan Ketua Sekolah Kebangsaan dan beberapa kumpulan ibu bapa bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan.

Penutupan 2 hari sekolah untuk penilaian risiko

IKLAN

Mengulas lanjut, Dr Hang Soon memaklumkan bahawa selama penutupan dua hari itu, pegawai kesihatan daerah akan melakukan tinjauan risiko di sekolah yang terjejas bagi menentukan sama ada penutupan itu harus diperpanjang atau ditamatkan setelah dua hari.

“Pejabat kesihatan daerah juga akan menguruskan guru dan pelajar yang memerlukan ujian Covid-19 untuk melakukannya,” ujarnya.

Sekolah Ada Satu Kes Covid Akan Tutup 2 Hari. Beri Peluang Sanitasi & Elak Penularan

IKLAN

Tambahnya, keputusan tersebut akan turut dinilai semula oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sebarang kemas kini penutupan sekolah akan dimuktamadkan oleh MKN dan diumumkan kemudian,” jelas beliau.

Kredit: Sinar Harian 

**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI