
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai ibu bapa, guru dan murid mula membuat persiapan awal daripada membeli kelengkapan raya sehinggalah merancang perjalanan pulang ke kampung halaman.
Bagi memberi ruang kepada keluarga membuat persediaan dengan lebih teratur, kerajaan mengumumkan cuti tambahan kepada sekolah di seluruh negara.
Hari ini (10 Mac 2026) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac 2026 (Rabu) kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2026.

Menurut kenyataan media KPM, pemberian cuti tambahan ini bertujuan memberi ruang kepada guru, murid dan juga ibu bapa untuk membuat persiapan yang sewajarnya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac 2026 (Khamis).
Manakala sekolah dalam Kumpulan B pula menerima dua hari cuti tambahan, iaitu pada 19 Mac 2026 (Khamis) dan 20 Mac 2026 (Jumaat).
Menurut KPM lagi, tambahan cuti ini diharapkan dapat memberi ruang yang mencukupi kepada warga pendidikan untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dalam suasana yang lebih teratur.
Memetik laporan media Kosmo, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan yang sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri.
“Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah-sekolah dalam Kumpulan A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac, manakala sekolah-sekolah dalam Kumpulan B pula diperuntukkan dua hari cuti tambahan iaitu pada 19 dan 20 Mac (Khamis dan Jumaat).
“Tambahan cuti ini diharapkan dapat memberi ruang yang mencukupi kepada warga guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dalam suasana yang teratur.
“Ia seiring dengan hasrat KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini malam ini.
Pada masa sama, langkah ini juga selaras dengan hasrat kementerian untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan guru, murid dan keluarga mereka.
Pengumuman ini pastinya memberi kelegaan kepada ramai ibu bapa yang ingin merancang perjalanan pulang ke kampung atau menyediakan keperluan raya bersama keluarga tanpa tergesa-gesa.

Sumber: Kosmo & Kementerian Pendidikan Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





