top diddy

Bintang Akademi Fantasia, Diddy Hirdy yang sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD di Liverpool, United Kingdom (UK) ada berkongsi kisah mengenai dirinya dan keluarga yang kini berada di sana sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Menurut Diddy, ‘lockdown’ yang dilaksanakan di tempat tinggalnya sekarang agak berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat di Malaysia. Menurutnya dengan tegas, dia sanggup ‘menentang’ arahan demi keselamatan dan kesihatan keluarga tersayang.

Sekolah Di Liverpool Bakal Dibuka, Diddy Hirdy Tak Mahu Anak Jadi ‘Tikus Makmal’. Rela Mengajar Anak Di Rumah Dengan Isteri
Screen Shot 2020-05-18 at 12.03.40 PM

“Lock down di sini tak sama dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Di sini Lock Down hanya meletak kepercayaan pada rakyat itu sendiri. Hanya beri garis panduan tapi tak ada penguatkuasa yang menguatkuasakan garis panduan tersebut.

“Mereka tidak ambil data seperti suhu badan, nama dan nombor telefon ketika ke pasaraya dan sebagainya. Awal-awal masa lock down macam sunyi, tapi makin lama seolah-olah keadaan seperti biasa,” kata Diddy kepada Gempak.

Kehidupan berjalan seperti biasa di Liverpool

Tambah Diddy, penduduk bersosial seperti biasa, tetamu datang ke rumah, bebas keluar untuk menikmati musim panas dan sebagainya sedangkan Liverpool adalah bandar kedua tertinggi kadar kematian selepas London di UK.

“Sekarang ini kerajaan melonggarkan garis panduan Lock Down yang dilaksanakan sebelum ini dan membenarkan aktiviti riadah bersama keluarga, tetapi dinasihatkan supaya tidak mempunyai kontak dengan orang lain.

IKLAN
Sekolah Di Liverpool Bakal Dibuka, Diddy Hirdy Tak Mahu Anak Jadi ‘Tikus Makmal’. Rela Mengajar Anak Di Rumah Dengan Isteri
Screen Shot 2020-05-18 at 12.03.03 PM

“Lebih membimbangkan, kerajaan UK juga merancang untuk memulakan sesi persekolahan bermula 1 Jun ini tetapi Liverpool satu-satunya bandar yang menentang idea tersebut dan tidak akan membuka sekolah,” kata Diddy lagi.

Tak mahu anak jadi bahan ujikaji

Namun tambah Diddy, jika Liverpool bertindak untuk membuka sesi persekolahan, Diddy tidak akan membenarkan anaknya untuk hadir ke sekolah kerana tidak mahu menanggung risiko.

“Diddy tak mahu anak Diddy dijadikan bahan ujian seperti tikut makmal untuk mengetahui sama ada mereka immune dengan wabak Covid-19 ini.

IKLAN

“Biarlah sukar dan sesibuk manapun kami, Diddy dan isteri akan mengajar anak di rumah sahaja demi keselamatan mereka dalam keadaan sekarang ini,” kata Diddy ketika dihubungi Gempak melalui telefon.

Sekolah Di Liverpool Bakal Dibuka, Diddy Hirdy Tak Mahu Anak Jadi ‘Tikus Makmal’. Rela Mengajar Anak Di Rumah Dengan Isteri
Screen Shot 2020-05-18 at 12.02.42 PM

Tambah Diddy, untuk memastikan keluarganya sentiasa berjaga-jaga, mereka sekeluarga mengikut SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana lebih yakin dengan cara Malaysia mengendalikan wabak Covid-19.

“Diddy sangat risau lama mana perkara ini akan terjadi kerana UK sekarang adalah negara yang berada di tangga kedua atau ketiga paling ramai yang terkena jangkitan dan juga kematian di dunia.

IKLAN

“Diddy hanya mampu berharap agar kerajaan UK belajar daripada negara-negara Asia khususnya Malaysia dalam menangani wabak ini,” jelas Diddy yang sedikit risau dengan keadaan di Liverpool.

Bangga dengan cara Malaysia kendalikan virus Covid-19

Diddy yang nyata bangga dengan cara Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah melakukan perkara yang cukup baik bagi memastikan rakyatnya berada dalam keadaan yang selamat.

“Diddy harap, rakyat Malaysia akan terus mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. Kita semua pastinya sangat sayang dengan ibu, bapa serta datuk dan nenek kita. Mereka inilah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan,” jelas Diddy yang yakin Malaysia mampu mengawal dan memutuskan rangkaian Covid-19 daripada terus merebak.

Sekolah Di Liverpool Bakal Dibuka, Diddy Hirdy Tak Mahu Anak Jadi ‘Tikus Makmal’. Rela Mengajar Anak Di Rumah Dengan Isteri
Screen Shot 2020-05-18 at 12.03.27 PM

Diddy kini berada di tahun terakhir pengajiannya di Liverpool dan dijangka menamatkannya pada Januari 2021. Dia berada di Liverpool bersama isteri dan dua orang anaknya di bawah tajaan Universiti Utara Malaysia.

Sumber: Gempak & Ig Diddy Hirdy

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI