Suami saat isteri bersalin akan mengalami perasaan cuak dan berdebar. Sekuat mana pun lelaki, pasti akan terkesan, lebih-lebih lagi bagi anak pertama.
Penyanyi Tasha Manshahar dikhabarkan dalam proses melahirkan permata hati sulungnya. Melalui posting Instagram, detik cemas ini dikongsikan. Apa pun, Tasha mengharapkan proses kelahiran ini lancar dan dirinya diberikan kesihatan yang baik.
“Assalamualaikum dear my 800K followers ?(didnt expect I’d finally reach 800K followers ?) _ “Dari lubuk hati yang paling dalam, mohon doa ikhlas dari semua untuk mendoakan kemudahan, kelancaran, dan kesihatan sepanjang saya menempuh proses melahirkan cahaya mata sulung saya dan @raqibmajid .
“Bila dan bagaimana, saya cuma minta apa yang terbaik. May Allah ease and give whats best for us ♥️ _ “Bismillahirrahmanirrahim. Laa ila ha illa anta subhaanaka inni kuntu minadzholimin.”
Manakala suami Tasha, Raqib Majid turut memaklumkan berita mendebarkan dalam kemas kini Instagram yang terbaru. Dalam video yang memaparkan dirinya sedang membaca Al-Quran sambil memegang kandungan.
Ads
Kata Raqib, sekuat mana pun lelaki, apabila tiba saat bersalin isteri perasaan cuak dan berdebar tidak dapat dinafikan lagi. Perasaan bercampur baur gembira takut, cuak. semua ada, apatah lagi ia pengalaman pertama.
Raqib turut memohon doa daripada follower bagi kelancaran proses kelahiran permata hati sulungnya.
“@tashamanshahar dah warded. Saya minta doa awak semua untuk permudahkan urusan kami??
“Doakan diberi kelancaran, kemudahan dan keselamatan untuk isteri dan anak saya. Perasaan saya bercampur baur. Happy, takut, gembira, cuak.
Ads
Semuanya ade. Ini pengalaman pertama kami kan. Dan saya akan ikut tasha masuk ke labour room inshaALLAH. Sayu saya tengok wajah dia. Tapi saya kena kuat supaya Tasha pun kuat
“Saya post ini bukan suka2 tapi saya yakin dengan berkat doa awak semua akan membantu urusan isteri dan anak saya dipermudahkan??
“Sekuat2 seorang lelaki kalau sampai ke tahap ni akan berdebar juga?.”
Para peminat mendoakan kesejahteraan Tasha dan mendoakan agar proses kelahiran berjalan lancar. Malah ada yang memuji kemerduan Raqib mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran buat Tasha.
Ads
@azizahzainon1605 “InsyaAllah semuga Allah permudahkan kelahiran anak yg soleh atau solehah. Sihat tubuh badan nya,cerdik dan pintar. Amiiin. 3.30 pagi barakAllah.”
@ainisophieeee “Sedapnya bacaan ?.”
@syahmiazli “Semoga di permudahkan segala urusan abg raqib dan kak tasha , moga dapat anak yg soleh dan solehah serta diberkati kehidupan Allah humma amin.”
@basirahnasir “Semoga dipermudahkan..Semoga ibu dan baby selamat dan sihat hendakNya..Amiin..”
Ibu mana yang tak susah hati bila anak kerap ngadu sakit di bahagian telinga. Beberapa kali berulang ke klinik, ibu rasa tak sedap hati. Akhirnya bila periksa darah, keputusannya ada nanah dah masuk ke tulang kepala dan hampir menembusi otak!
Ia dialami sendiri oleh anak Puan Siti Noor Ashikin yang berkongsi kronologi kesakitan yang sering diadu oleh anak kecilnya.
Satu malam ibu tak boleh tidur fikirkan anak-anak. Tak tau la kenapa hati nie rasa kesal sangat. Saje nak share untuk peringatan semua. Jangan ambil mudah kalau anak mengadu sakit.
Bukan nak menyalahkan takdir tapi betul-betul rasa terkilan dengan pihak yang bertanggungjawab sebab masalah yang kecil dah bertukar menjadi masalah yang besar buat seorang anak kecil berusia 5 tahun 6 bulan.
Dari awal Aqif (abgcik) start mengadu sakit dan kami terus bawa pergi klinik. Check dekat klinik je 5 kali. Berulang pergi klinik mintak doctor check dalam telinga dia sebab dia mengadu sakit dalam telinga dan sakit dekat belakang telinga sebab naik biji kecil di belakang telinga dia dan demam dia pn on off tapi sepanjang berulang ke klinik, doktor cakap tak ada apa-apa dalam telinga dia dan biji tu pun normal.
Mula-mula sekali bawak dia pergi klinik. Doktor pertama ni cakap dia demam dan tonsil dia bengkak sikit. Doktor just bagi ubat demam dan antibiotic je. Ok dalam 4 hari makan ubat demam langsung tak ok jugak. Dia still cakap sakit dan malam tak boleh tidur.
Kali ke-2 bawa dia pergi klinik lagi sebab dia mennagis sakit. Doktor kedua pulak cakap tonsil dia ada nanah pulak. Lepas tu check darah ada kuman sikit. Doktor continue antibiotic lagi seminggu.
Tapi waktu tu banyak kali tanya doktor biji belakang telinga dia memang normal ke? Normal doktor cakap. Tu just biji kelenjar tapi biji tu banyak dia cakap normal jugak. Ok tak pelah.
Makan ubat dalam 5 hari demam still tak ok jugak walaupun dah bawa pergi klinik, dah makan ubat demam dan antibiotic dia tetap sakit dan tak boleh tidur.
Sampai la satu malam ni dia sakit teramat sangat. Dia menangis sepanjang malam langsung tak boleh tidur. Bagi ubat tahan sakit pun tak jalan.
Dia meraung-raung sakit. Dia menangis sampai tertidur menahan sakit. Dah dekat pukul 4 pagi baru dia boleh tidur.
Esoknya tengok dia ok sikit tapi dia still cakap telinga dia sakit lagi. Dalam tengah hari tu baru terperasan tepi telinga dia penuh nanah bercampur darah. Waktu tu dah panic lepas tu terus bawa pergi klinik.
Doktor check guna scop dan cakap gegendang telinga dia dah pecah sebab ada nanah tapi tak apa. Normal untuk budak dalam masa 2 minggu dia akan ok. Biar je nanah tu keluar dan sampai kering. Banyak kali saya tanya confirm ke normal doc?
Doktor cakap ye puan memang normal. Jangan risau paling lama 2 minggu. Lepas tu ok tapi bila tengok nanah banyak sangat nampak macam tak normal je. Susah hati sangat.
Tak puas hati besok bawa pergi wad kecemasan dekat Hospital Klang. Doktor check cakap benda yang sama. Teruskan makan antibiotic dan biji belakang telinga tu biasa juga. Memang sangat tak puas hati.
Nanah keluar punya la banyak. Setiap 5 minit keluar meleleh-leleh tapi doktor tetap cakap normal jugak. Waktu tu betul-betul rasa macam tak sedap hati.. Minta refer pakar ENT.
Ok doktor tu buat surat dan refer Pakar ENT Hospital Klang. Doktor pakar check dan cakap benda yang asma NORMAL DAN AMBIL MASA 2 MINGGU UNTUK OK.
Waktu tu rasa serabut sangat sebab semua doktor cakap benda yag sama cuma rasa yakin sikit sebab dah bawak jumpa PAKAR ENT.
Lepas 3 hari, dia tetap mengadu sakit dan belakang telinga dah makin membengkak dan demam. Tak puas hati lagi. Bawa pergi klinik lagi sekali.
Tapi doktor tetap cakap benda yang sama. Waktu tu hanya Allah je yang tau perasaan kami sebagai ibu ayah. Pening kepala sebab tak tahu anak sakit apa. Bagi ubat tapi demam tak kebah. Telinga makin membengkak.
Untuk kali terakhir sebab tak puas hati kami bawa pergi wad kecemasan Hospital Klang lagi sekali. Waktu tu mula-mula doktor cakap bengkak biasa nie. Kita continue antibiotic lagi ye. Saya mula tak puas hati.
Saya cakap, berapa banyak nak bagi makan ubat? Ubat demam je dah habis 6 botol dan antibiotic pun dah habis 2 botol. Nak continue antibiotic lagi ke. Doktor terus cakap ok la puan sabar ye. Kita ambik darah dan kita panggil pakar datang tengok.
Tunggu lebih kurang sejam lebih result darah keluar dan doktor pakar pun panggil. Waktu tu memang rasa tak sedap hati sangat.
Doktor pakar check telinga dan bengkak belakang telinga dia tu. Lepastu doktor explain…
Result darah, doktor cakap kuman terlalu tinggi dan sel darah putih dah banyak dari sel darah merah. Allahu waktu tu rasa nak terduduk. Kaki betul-betul tak kuat dan bengkak belakang telinga tu besok kena buat CT SCAN. So malam ni kena admit.
So mlm tu admit kena masuk antibiotic dan kena puasa terus. Besoknya buat CT SCAN. Result samapi doktor pakar pun datang kat katil dan explain lagi kat kami. Doktor beritahu
Kena buat Operation. Allahhuakbar…waktu tu memang air mata dah berlinang. Tanya doktor kenapa nak kena operate.
Waktu tu memang sedih campur kesal dan marah.Saya tanya kat doktor tu, kenapa dari awl doktor tak boleh detect. Sebab minggu lepas saya bawa jumpa pakar. Pakar just cakap tak ada apa-apa. Ni boleh pulak cakap dah teruk. Benda macam ni boleh buat main-main ke?
Doktor boleh jawab “kami pun tak sangka benda ni boleh jadi macam ni puan”. Waktu tu memang sakit betul hati dengar jawapan doktor tu. Terus terang saya cakap saya rasa kesal sangat.
Dalam masa seminggu anak saya boleh jadi macam nie. Kalau hari tu saya bawa doktor check betul-betul mungkin nanah tu tak merebak sampai tulang kepala dia dan hampir tembus ke otak. Terus doktor diam dan tak berani jawab.
Plan Doc… 1st terpaksa operate buang nanah tu dulu. Then dalam masa seminggu kena on antibiotic dan tengok nanah dan kuman tu boleh hilang tak dalam tulang kepala tu. Kalau dalam masa seminggu nanah dan kuman masih ada dalam tulang kepala tu terpaksa buat operation kali kedua.
Tebuk tulang kepala n sedut nanah tu keluar. Risiko tiggi sikit dan akan ada pendarahan.
Hari ni hari ke-3 lepas operation. Harap sangat kuman dan nanah tu akan hilang.
Mohon jasa baik semua doakan anak saya abg cik Aqif Danish sihat seperti sedia kala dan ada keajaiban Dari YanG MAHA ESA untuk beri kesembuhan pada abg cik.
InsyaAllah mudah-mudahan Aamiin.
HARAP SANGAT LEPAS NI DOCTOR TAK AMBIL MUDAH TENTANG KES MACAM NIE….TERANIAYA ANAK KECIL YG TAK BERDOSA…
Selain hamil dan seterusnya bersalin, ini fasa perubahan dalam bentuk fizikal dan emosi yang sering dilalui oleh wanita-wanita. Bukan itu sahaja malah ketika menyusukan bayi juga ada beberapa perubahan yang ada ketikanya dipandang ringan oleh orang lain terutamanya suami.
Melalui perkongsian Puan Nurasyikin Ali, terdapat beberapa perubahan besar yang boleh menyebabkan ibu menyusu lebih sensitif. Ia merupakan pengalaman dari dirinya sendiri. Menurutnya lagi penyusuan memerlukan sokongan dari suami dan keluarga terdekat.
Ada orang kata bini waktu berpantang dan menyusu anak ni, mengada-ngada je lebih. Alasan anak susah nak menyusu, padahal dia nak ‘MEMBUTA’.
Diorang tak tahu, bini tu seksa nak lalui sorang. Lelagi anak pertama takde pengalaman. Pejam mata, ketap bibir menahan sakit puting luka masa menyusukan anak.
Ada jugak yang kak ekin dengar sampai satu tahap ibu menyusu ni rase nak cubit anak, picit hidung suruh diam. Stress sampai macam tu sekali. Allahu..
Sebab tu kak ekin nak bagitahu ibu menyusu ni mereka bukan mengada-ngada. Tapi ada beberapa perubahan besar yang menyebabkan ibu menyusu lebih sensitif.
Based on pengalaman kak ekin sendiri, journey berpantang dan menyusukan anak ni tak mudah. Perlu support dari suami dan keluarga terdekat.
Yes, peritnya tempoh penyusuan 2 tahun itu bukan sekejap. Tapi trust me ibu-ibu, yang diri kamu itu Allah jadikan sungguh istimewa. Besar pahala dan ganjaran buat ibu-ibu semua.
Mungkin ramai ibu hamil tak sedar, senaman Kegel ni walaupun simple sangat nak buat, tapi kesannya sangat powerful pada tubuh dan pengalaman bersalin nanti!
Senaman ni antara senaman pranatal terbaik sebab ia bantu persiapkan badan terutamanya kawasan pelvik untuk melalui proses kelahiran dengan lebih lancar dan tenang.
Kegel ni juga bantu letakkan bayi dalam posisi optimal (dikenali sebagai left occiput anterior atau LOA), iaitu posisi paling sesuai untuk lahir dengan mudah.
Apa Itu Senaman Kegel Sebenarnya?
Senaman Kegel ni fokus pada otot lantai pelvik iaitu kawasan yang menyokong organ penting macam faraj, rahim, pundi kencing dan usus. Bila otot ini kuat, ia bantu cegah masalah macam urine leakage (kebocoran air kencing) yang biasa berlaku semasa atau lepas bersalin.
Menurut kajian, kawalan otot lantai pelvik yang bagus akan membantu waktu proses meneran. Bila ibu tahu cara untuk relaks dan kawal otot semasa bersalin, barulah bayi boleh keluar dengan lebih mudah.
Apa Manfaatnya Untuk Ibu Hamil?
✅ Menyokong pundi kencing, rahim & usus
✅ Kurangkan risiko terkucil masa mengandung
✅ Bantu kawal otot meneran masa bersalin
✅ Pulihkan otot pelvik selepas bersalin
✅ Kurangkan risiko masalah incontinence lepas bersalin
Bonusnya, senaman ni boleh terus diamalkan walaupun selepas bersalin malah bagus untuk bantu penyembuhan kawasan perineum, dan kuatkan kembali otot-otot yang terkesan masa proses kelahiran.
Cara Buat Senaman Kegel Dengan Betul
Tak perlu ke gym pun, boleh buat sambil duduk tengok TV atau baring sahaja! Caranya mudah:
Lepas sudah biasa, naikkan tempoh kemutan ke 5 saat, dan seterusnya ke 10 saat. Fokusnya ialah kawal dan relaks otot tu secara teratur. Lama-lama, otot lantai pelvik akan jadi lebih kuat dan responsif!
Senaman Kegel memang bukan senaman yang nampak ‘glamour’ atau viral macam yoga atau pilates, tapi hakikatnya ia antara senaman paling penting untuk wanita hamil.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!