Toodler tantrums atau defiant age pernah dengar ? Adakah ini normal untuk mengamuk atau sekadar mengambil perhatian si dewasa oleh si cilik ?

Perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa boleh membantu ibu bapa yang berdepan keadaan ini.

Anak memang mudah dilabel ‘nakal’ hanya kerana suka bersepah kan barang, suka memanjat, suka berlari sana sini apatah lagi bagi anak anak umur 1 hingga 4 tahun .
Bila ada yang memarahi mereka mulalah mereka menunjuk drama mereka.Tenang dulu ibu bapa sebab ini adalah perkara yang dikira normal sebenarnya bagi si cilik 1 hingga 4 tahun.

Jika di artikel sebelum ini saya menerangkan mengenai Teori ‘The Triune Brain’ oleh Paul Mclean (1990) di mana perkembangan otak dibahagi kepada tiga fasa. Si cilik yang berada di FASA PERTAMA iaitu perkembangan otak reptilian tentu sekali biasa berkelakuan ‘nakal’.
Perasaan marah , ingin menjerit, bergolek golek di atas lantai , adalah salah satu bentuk komunikasi yang mereka fahami pada tahap ini untuk medapatkan perhatian ibu bapa. Otak mereka belum lagi ke fasa perkembangan OTAK yang seterusnya yang membolehkan mereka mengawal emosi.

Sekurang-Kurangnya Hingga Usia 4 Tahun Ibu Ayah Kena Hadap ‘Drama’ Bila Anak MengamukApa yang kita perlu faham tentang perkembangan OTAK dan tantrum ?

Sebenarnya tiada manual khusus dalam membesarkan anak. Dan tiada teknik salah atau betul jika hendak betul betul kita nak hadamkan teknik kawal tantrum. Kita membesarkan anak mengikut budaya dan persekitaran dan sistem sokongan yang kita ada. Tetapi adalah penting untuk kita gali ilmu sedikit supaya dapat membantu si cilik ini survive dalam kehidupan masa hadapan. Apa yang perlu kita hadamkan ialah fasa perkembangan otak dan tempoh normal anak gunakan tantrum itu sebagai komunikasi.

Semasa fasa 0 hingga 48 bulan pertama kehidupan seorang anak sememangnya membutuhkan perhatian yang penting. Sebabnya mudah SEBAB bahagian otak yang membantu anak ini berfikir iaitu Bahagian Korteks belum matang sepenuhnya. Bahagian ini bertanggungjawab untuk proses penyelesaiaan masalah , proses yang lebih kompleks seperti kalau sakit perlu jerit atau beritahu si dewasa. Pada ketika ini yang mereka faham ialah NANGIS dan JERIT mudah si dewasa akan BERI PERHATIAN dan si cilik mendapat apa yang diperlukan.

IKLAN

Toodler tantrums adalah mengamuk , menjerit dan kadang kadang berguling guling pun ada. Tapi ini sahaja kefahaman mereka untuk BERKOMUNIKASI atau MENJELASKAN EMOSI mereka.

Perkara yang ibu bapa dan pendidik perlu faham apa yang si cilik MAHU DARI KAMU apabila mereka berkomunikasi melalui TANTRUM

1. ‘Berapa kali ni ibu hendak beritahu kamu? Dah banyak kali beritahu tak faham-faham. ’ – Pernah dengar ?

Si cilik ikut? Tak pun – SEBAB : Keupayaan untuk fokus dan mendengar arahan serta mengawal perlakuan datang dari bahagian KORTEKS. Dan bahagian ini belum matang masa umur 4 tahun pun. Dan bahagian Korpus Kolosum yang merupakan jambatan kepada otak kanan dan kiri belum terbentuk dengan baik.

Jadi nak buat apa ? Ulang ulang dan ulang. Ya arahan perlu jelas , mudah dan ulang. Si cilik perlukan pengalaman berulang kali melakukan aktiviti atau pergerakan tersebut sehingga dia faham. Jadi si dewasa sila bersabar. Ya Sabar. Ulang dan tunjuk sekali macammana hendak buat. Jangan betulkan dahulu beri peluang untuk si cilik cuba dan bantu ketika itu juga.

IKLAN

2. ‘Apa lah yang kamu nak ni ? Nangis je kerja ?’ – Pernah dengar ?
Si cilik jawab? Tak pun – SEBAB : Dia pun sendiri tak faham perasaan dan emosi dia macam mana hendak beritahu si dewasa. Emosi adalah sesuatu yang sukar untuk si cilik umur 0 – 4 tahun jelaskan. Bagi dia bila LAPAR – NANGIS. Bila NGANTUK – NANGIS. Bila MARAH – NANGIS. Reaksi kepada emosi yang mereka faham pada fasa ini adalah NANGIS DAN JERIT sebab dapat perhatian cepat dari si dewasa.

Jadi nak buat apa ? Ajar mereka perasaan yang mereka alami itu. Ulang cakap seperti adik nangis sebab lapar ya. ‘Adik Lapar beritahu ibu Lapar atau bawa Ibu ke dapur’ ATAU ‘Owh abang marah. Takpe Marah sebab abang tidak dapat makan gula-gula. Ibu minta maaf sebab sekarang waktu makan nasi bukan gula-gula’.
Si cilik perlu belajar yang menangis , marah , kecewa itu adalah EMOSI dan itu adalah normal.

Sekurang-Kurangnya Hingga Usia 4 Tahun Ibu Ayah Kena Hadap ‘Drama’ Bila Anak Mengamuk3. ‘Senyap lah. Bising lah. Stop NANGIS !!!’ -Pernah dengar ?

Si cilik stop ke menangis tu? Tak pun : SEBAB : Masa fasa menangis aka Tantrum tiada apa pun yang kita beritahu secara verbal masuk secara terus ke otak si cilik. Masa ini hormon marah meluap luap jadi masa ini mereka sendiri pun tidak mengawal kelakuan mereka.

IKLAN

Jadi nak buat apa ? Pergi balik ke no 2 . Ajar mereka emosi. Beritahu sahaja perasaan mereka ketika itu dan beri masa untuk cool down. Seperti bagi mereka Break Time supaya mereka keluarkan segala emosi mereka seperti marah dengan menangis. Kembali kepada mereka setelah kelihatan anak bertenang dan beritahu mereka kembali adik nangis sebab hendak main lagi tapi sudah habis masa kita perlu pulang.

Dan YA si dewasa perlu konsisten dengan arahan dan tidak membiarkan mereka bersifat manipulatif. Teknik ini sesuai untuk anak sekitar 15 bulan ke atas yang sudah mula tunjuk taring tantrum.

Tips ini adalah melalui pembacaan dan pemahaman perkembangan otak. Walaubagaimanapun , jika anak masih tantrum dan ibubapa masih mencari kenapa ini berlaku dapatkan penilaian spesifik dari Terapis yang bertauliah. Ada kemungkinan anak perlu buat ABC CHART.

Sumber: OT Nurul Sheriena

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI