
Soal keselamatan anak-anak bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Ini penegasan pelakon, Ika Nabella yang kekal dengan pendiriannya untuk membawa anak lelakinya masuk ke tandas wanita demi keselamatan.
Menerusi perkongsian di Threads, Ika berkata dia belum yakin untuk membiarkan anaknya menggunakan tandas sendirian selagi anaknya belum bersedia.
Menurut Ika lagi, soal keselamatan anaknya menjadi tanggungjawab dirinya dan suami. Baik anak perempuan, anak lelaki juga perlu diutamakan keselamatannya kata Ika.
“Cakap la apa yang dicakapkan tetapi anak saya akan tetap ikut saya ke tandas wanita selagi saya belum rasa dia bersedia untuk masuk tandas lelaki sendiri.
“Keselamatan dia tidak boleh dirunding.
“Kalau perkara itu buatkan sesiapa rasa tidak selesa, itu bukan masalah saya,” katanya.
Perkongsian Ika Nabella itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah ramai yang bersetuju dengan kenyataan pelakon itu apatah lagi memandangkan sekarang ini pelbagai kes yang membimbangkan melibatkan anak kecil, baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Sama-sama kita beringat.
Terdahulu, Ika yang mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Muhammad Zaid Aznam pada 2016 dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn, yang kini berusia enam tahun.