Risau susu badan tak cukup untuk si manja? Kami pasti ramai ibu terutama yang baru sahaja pertama kali menimang cahaya mata serta menyusu badan, mencari cara banyakkan susu badan yang kering.
Sebenarnya, ia tidak sukar asalkan ibu tahu teknik atau kaedah yang betul. Tak percaya? Ibu muda ini ada tip untuk dikongsikan bersama pembaca di luar sana.
Susu ibu pilihan yang terbaik
The American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa susu ibu adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi dan perlu diberikan secara eksklusif ketika enam bulan pertama.
Ini kerana ia mengandungi banyak faedah untuk si kecil anda dalam aspek menambah antibodi semula jadi untuk melawan kuman, bakteria dan virus punca pelbagai jenis penyakit.
Kajian juga telah mendapati bahawa bayi yang minum susu badan ibu mereka mempunyai tindak balas antibodi baik terhadap vaksin berbanding bayi yang minum susu formula.
Ada banyak lagi manfaat susu ibu yang lain, jadi tidak dapat disangkal ia sudah pasti merupakan pilihan sumber nutrisi terbaik untuk perkembangan, pembelajaran dan tumbesaran anak anda.
Seiring dengan penjelasan pakar, ramai ibu yang mahu menyusukan bayi dengan susu badan. Namun, akan timbul masalah besar apabila susu di dalam payudara itu mulai kering!
Ibu muda ini kongsi cara banyakkan susu badan yang kering!
Puan Nurul Amira Badrul Hisham bersama pasangannya, Encik Mohd Safwan Salim menimang cahaya mata sulung mereka, Muhammad Arish dengan berat 3.3 kg di Hospital Kulai, Johor pada tanggal 3 Mac 2021.
Ads
Menurut Puan Amira, sebagai first time mom, dia juga tidak lari daripada berasa runsing jika ada masalah pada susu badan. Ternyata sama seperti kebanyakan ibu lain, dia turut berdepan cabaran masalah susu badan kering di peringkat awal selepas bersalin.
Tidak mahu emosi terus menguasai diri, dia berpandangan positif menganggap masalah ini biasa berlaku pada ibu yang pertama kali bersalin, di mana tubuh badan mereka memerlukan sedikit masa untuk lebih bersedia memasuki alam keibubapaan.
“Buat para ibu baru, kita perlu tahu dan belajar banyak tips keibubapaan seperti cara banyakkan susu badan yang kering supaya pengalaman ini dapat kita guna pakai untuk kelahiran yang akan datang pula,” kata Puan Amira.
Berikut beberapa tips banyakkan susu badan yang ibu muda ini amalkan:
1. Urut payudara
Pertama, cara banyakkan susu badan yang kering adalah dengan melakukan urutan khas pada payudara bagi melancarkan lagi proses penghasilan dan pengeluaran susu badan secara semula jadi. Puan Amira sendiri telah menjalani beberapa kali sesi urutan. Menurutnya, susu badan mulai ada lalu bertambah lebih banyak selepas melalui sesi urutan kali keempat dan seterusnya.
Ads
2. Pam susu
Berkongsi lagi cara banyakkan susu badan yang kering, ibu muda ini turut mengamalkan tabiat mengepam susu semasa bayi tidak menyusu. Selain bertujuan merangsang pengeluaran susu badan, ini juga persediaan untuknya membuat simpanan susu buat kegunaan bayi kelak.
“Ini penting agar susu yang masih ada di dalam payudara tidak menjadi kering apabila dibiarkan terlalu lama. Saya percaya, jika susu tidak dipam, ia bakal beri kesan pada penghasilan susu ibu,” ujarnya.
3. Kawal waktu anak menyusu
Perkara paling penting, para ibu perlu kawal waktu anak menyusu dengan membuat jadual khas. “Setiap 2 ke 3 jam sekali dalam sehari, susu dalam badan kena keluar untuk diberikan atau disimpan dalam botol kalau Arish tengah tiada ‘mood‘ untuk menyusu, bolehlah untuk elak susu mengeras dan kering,” jelas Puan Amira.
4. Amalkan diet ideal dan sihat
Ads
Dalam usaha merangsang susu ibu yang terbaik buat si kecil, ibu muda ini juga mula mengamalkan diet ideal dan sihat – lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh si ibu serta bayi.
Tambahnya, sayuran seperti lobak putih dan sawi hijau sering menjadi pilihan ekoran ia berkesan membantunya untuk membuat susu dalam badan itu tidak kering, malah lebih banyak lagi.
5. Ambil milk booster
Menurutnya, cara banyakkan susu badan yang kering itu juga perlu meliputi pengambilan milk booster sama ada secara moden atau tradisional. Beberapa makanan sunnah seperti kurma dan madu juga membantunya memperbanyakkan susu.
6. Elak stres
Turut mendengar nasihat dan saranan daripada doktor dan bidan, Puan Amira juga sentiasa memastikan emosinya stabil dan tidak terganggu, lagi-lagi di fasa awal penyusuan.
“Walaupun ada masalah susu kering masa awal menyusu, doktor dan bidan yang menjaga saya sentiasa ingatkan supaya kawal stres, tak kiralah stres dari segi fizikal atau mental. Dengan ini, tubuh badan ibu akan lebih relaks sekali gus dapat menghasilkan susu badan yang terbaik,” ujarnya.
Mengakhiri perbualan, Puan Amira tidak menolak kemungkinan ada banyak lagi cara banyakkan susu badan yang kering sama ada secara moden atau tradisional. Namun, saranannya agar setiap ibu mendapatkan informasi dan nasihat doktor dahulu sebelum mencuba sebarang cara.
Menurut kajian terkini, penggunaan sudu yang tidak tepat saiz untuk mengukur ubat cecair akan menyebabkan kesukaran menentukan dos. Ini kerana amaun ubat cecair yang dituang ke dalam sudu akan bergantung kepada saiz sudu tersebut lalu mengakibatkan terlebih dos.
Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengapa sepatutnya kita jangan guna sudu untuk beri ubat kepada anak.
Adakah anda menggunakan sudu untuk mengukur ubat cecair?
Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda sebenarnya boleh atau tidak menggunakan sudu untuk mengukur dos ubat cecair? Kebanyakan ibu bapa pasti pernah menggunakan cara ini terutamanya ketika memberi anak ubat batuk atau selesema jenis cecair. Dan ketika itu, anda mungkin menganggap ia adalah normal. Namun demikian, kajian ini mungkin akan mengubah persepsi anda. Sebaiknya, jangan guna sudu untuk beri anak ubat.
Dalam kajian yang dijalankan untuk melihat cara ibu bapa mengukur ubat cecair, para pengkaji mendapati bahawa 39% daripada ibu bapa salah mengukur dos ubat yang mereka mahukan dan 41% lagi salah mengukur ubat yang doktor preskripsikan. Selain itu, ibu bapa yang menggunakan sudu untuk mengukur ubat juga cenderung tersalah dos sebanyak 2 hingga 3 kali dan tidak mengikut preskripsi doktor sebanyak 1 hingga 9 kali.
Kesan jangka masa panjang guna sudu untuk beri anak ubat
Dalam kajian terbaharu, seramai 200 individu dinilai. Mereka diminta untuk menuang 5 ml dos ubat selesema – bersamaan 1 sudu teh, ke dalam sudu yang pelbagai saiz. Kemudian, mereka akan ditanyakan sama ada mereka yakin atau tidak dengan ubat yang telah dituang tersebut.
Keputusannya, sebanyak 11,6% kes terlebih dos berlaku pada sudu yang bersaiz besar dan 8,4% kes yang menggunakan sudu bersaiz sederhana pula terkurang dos. Ia masih berlaku walaupun individu tersebut sudah amat yakin mengenai dos ubat yang dituang mereka.
Menurut Dr. Ian Paul yang merupakan seorang pensyarah Jabatan Ubat dan Kanak-kanak di Penn State College, Amerika Syarikat, amaun ubat yang dituang ke dalam sudu memang tidak akan tepat. Ketidaktepatan dos ini akan membuat kanak-kanak lebih berisiko terlebih dos atau terkurang dos ubat. Ini kerana setiap ubat yang dipreskripsikan adalah berdasarkan kepada berat badan, kondisi kesihatan dan umur kanak-kanak.
Kanak-kanak juga adalah lebih sensitif berbanding individu dewasa. Oleh itu, sebarang kesilapan dalam dos ubat boleh mengundang kepada masalah kesihatan yang serius seperti kes keracunan ubat yang pernah terjadi akibat salah dos ubat.
Apa yang ibu bapa perlu buat?
Untuk lebih yakin dan selamat apabila memberikan ubat kepada anak, jangan guna sudu. Sebaliknya, guna tutup botol pengukur atau picagari untuk mengukur dos ubat. Atau, anda juga boleh meminta kepada doktor sudu yang telah dicipta khas untuk mengukur dos ubat. Selain itu, anda juga boleh meminta doktor menukar arahan ketika memberi anak ubat daripada penggunaan sudu kepada penggunaan ukuran ml untuk mengelakkan kesalahan dalam pemberian dos ubat kepada anak.
Halba atau nama lainnya fenugreek memiliki seribu satu khasiat. Dalam ukurannya yang kecil mungil itu, ia memiliki serat, protein, zat besi yang lumayan tinggi, karbohidrat dan juga beberapa mineral lain seperti magnesium.
Namun ada kajian yang menyatakan bahawa ia juga boleh membantu dalam mengawal gula darah dan juga membantu meningkatkan produksi susu.
Maka tidak aneh lah sekiranya banyak produk-produk milkbooster di pasaran pasti akan menyelitkan sedikit kandungan halba di dalam produk mereka.
Malah kebanyakan makanan di Timur Tengah dan India juga banyak menggunakan halba di dalam masakan mereka. Antaranya kari, kuah dal dan masakan kurma juga katanya ada yang memasukkan halba. Bestkan.
Kalau tak tahan bau halba dalam minuman, maka ibu boleh masukan di dalam masakan atau membuat cookies dengan memasukkan sedikit sahaja halba. Kalau tak tahan juga dengan bau halba, maka masukkan saja air rendamannya, maka bau halba menjadi tidak terlalu kuat.
Saya ingin berkongsi sedikit bagaimana nak buat air rendaman halba yang buat anda tak kembang tekak nak mampu telan.
AIR RENDAMAN HALBA
1. 1 sudu kecil halba
2. Madu 1 susu kecil
3. Lemon / limau nipis 1 – 2 hiris sesuai keinginan.
Cara-caranya:
1.Masukkan suku air panas yang baru mendidik ke dalam teko/jug atau gelas.
2. Masukkan 1 sudu kecil halba.
3. Rendam sehingga air menjadi suam
4. Kemudian masukkan 1 sudu madu
5. Di ikuti dengan hirisan lemon atau limau nipis tadi. Perah sikit untuk menghilangkan rasa pahit halba.
Dalam bulan puasa ni, lepas tarawih boleh amalkan minum air rendaman halba dingin ni. Sedap.. Minum air je, halba letak tepi. Nak makan sama pun boleh kalau suka.
Tidak dinafikan penggunaan telefon bimbit sememangnya cukup penting di zaman ini namun bukan mudah menyekat anak-anak menggunakan gajet semetelah pula pembelajaran dalam talian yang sudah menjadi kebiasaan kini. Sebagai ibu bapa, memberikan anak telefon bimbit sendiri bukanlah pilihan yang tepat.
Tidak mahu anak sewenang-wenangnya inginkan apa yang mereka mahukan, Dr Sheikh Muszaphar Shukor meminta anak keduanya, Tasha memberikan 10 sebab dan tujuan anak kecilnya itu memiliki telefon bimbitnya sendiri.
Video itu turut dimuat naik bapa penyayang ini di Instagramnya. Apa yang menarik sudah semestinya cara didikan dari Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina di puji. Sebelum memberikan sesuatu, biar anak tahu akan tanggungjawab dan peraturan dalam rumah.
“Sepuluh sebab Tasha mahu telefon untuk hari lahirnya 19.1.22”.
Dan ini pula antara alasan-alasannya, 1. Akan sertai chat famili. 2. Berjanji untuk bertanggungjawab 3. Akan selalu menghubungi Mommy & Daddy 4. Akan ikut peraturan rumah 5. Untuk membantu kerja rumah bahasa Mandarin
Terhibur mendengar alasan Tasha yang begitu yakin akan patuh dengan peraturan dan bertanggungjawab sepenuhnya kelak sebaik memiliki hadiah hari jadinya. Anak bijak dan matang!
Menurut kata Dr Sheikh Muszaphar lagi, dia percaya anak-anak akan bertanggungjawab dan akur dengan peraturan sebaik memilikinya.
“Saya percaya kanak-kanak boleh memiliki telefon mereka sendiri bila mereka telah memperolehnya.
“Bila mereka tahu tanggungjawab mereka dan berdisiplin sepenuhnya. Ikut peraturan rumah dan tidak terganggu dengan telefon,” kongsinya.
Namun kata Dr Sheikh, dia masih lagi sedang memikirkan sama ada bersetuju atau tidak untuk menghadiahkan Tasha telefon bimbit pada hari jadinya, 19 Januari ini malah meminta pandangan dari pengikutnya.
Cara yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar itu sudah semestinya mendapat pujian ramai. Bukan hanya anak tahu akan tanggungjawabnya kelak bahkan mendidik anak lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dengan peraturan yang dijanjikan.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doktor bantu buat laporan penderaan. Tapi segalanya tak sempat. mangsa menghembuskan nafas terakhir di hospital. Masih kecil, baru 9 tahun.Dia dihantar ke hospital oleh...