Kadang tengok anak suka menyendiri, tak pandai bersosial, tak suka berkawan, mama jadi risau. Tengok kanak-kanak lain elok je berkawan, bermain bersama. Bila dalam kelas dapat pula aduan anak tak aktif, berat sangat nak bercakap, sudahnya mama cuba paksa anak untuk bersosial.

Selalu ‘Gosip’ Dengan Anak Cara Nak Ajar Anak Pandai Bersosial. Mama Jangan Paksa-Paksa!

Sebenarnya sosial skill anak itu tidak boleh dipaksa-paksa, seperti yang dikongsikan oleh Pn Uswatun Hasanah Habib melalui page Baby Language. Menurut beliau yang melalui pengalaman sama apabila anak sendiri turut mengalami masalah yang sama.

Belajar ‘let go’ dan beri masa pada anak dan hasilnya anak tersayang membesar dengan baik dan mempunyai sosial skill seperti kanak-kanak lain.

Jangan Paksa & Tak Perlu Rasa Malu Dengan Anak

Percayalah jika saya kata topik ini AMAT dekat dengan saya. Anak kedua saya merupakan seorang yang suka menyendiri sewaktu kecil. Suka main sendiri, suka buat hal sendiri. Bukan jenis budak yang akan mulakan langkah pertama untuk pergi menyapa rakan atau pergi dekat dengan kanak-kanak lain.

Selalu ‘Gosip’ Dengan Anak Cara Nak Ajar Anak Pandai Bersosial. Mama Jangan Paksa-Paksa!

Jika ada anak orang lain yang mendekati atau cuba nak bermain dengannya, dia buat selamba macam tak nampak saja. Kurang pandai nak jadi ‘friendly’ dengan rakan asing. Untungnya, dia bukan jenis yang akan menangis ketakutan bila di dalam sebarang situasi sosial.Cuma dia seolah jadi ‘shut down’.

Selalu ‘Gosip’ Dengan Anak Cara Nak Ajar Anak Pandai Bersosial. Mama Jangan Paksa-Paksa!

Saya cari tahu cara untuk bantu anak saya bersosial. 8-9 tahun dulu saya tak ‘terjumpa’ sebarang panduan khusus namun saya faham kunci ideanya iaitu “Jangan Paksa”.

IKLAN

Selalu ‘Gosip’ Dengan Anak Cara Nak Ajar Anak Pandai Bersosial. Mama Jangan Paksa-Paksa!

Saya belajar ‘let go’ perasaan nak anak hebat bersosial dengan serta-merta. Saya pilih untuk berinya masa yang dia perlukan untuk rasa bersedia. Saya sedar punca utama saya rasa tertekan nak segera anak hebat bersosial adalah kerana:

Saya rasa sedih bagi pihaknya yang nampak macam tiada kawan. Sedangkan dia OK & happy saja. Kenapa pula saya yang nak sedih lebih-lebih

Selalu ‘Gosip’ Dengan Anak Cara Nak Ajar Anak Pandai Bersosial. Mama Jangan Paksa-Paksa!

Saya rasa stres sebab saya rasa anak saya nampak tak normal. Tak macam anak orang lain yang pandai berkawan & paling penting, tak seperti abangnya sendiri yang peramah & ‘out going’. Saya lupa hakikat setiap anak unik & ada personaliti tersendiri.

Selalu ‘Gosip’ Dengan Anak Cara Nak Ajar Anak Pandai Bersosial. Mama Jangan Paksa-Paksa!

IKLAN

Saya rasa malu dengan apa yang orang lain mungkin fikir tentang anak saya. Tapi… itu cuma perasaan saya saja. Entah-entah orang lain bukan kisah sangat & tak ada masa nak fikir lebih-lebih tentang anak orang lain.

Selalu ‘Gosip’ Dengan Anak Cara Nak Ajar Anak Pandai Bersosial. Mama Jangan Paksa-Paksa!

Berkembang jadi anak normal

Hasilnya:

Dia berkembang elok menjadi ‘anak normal’ yang suka bermain. Hampir setiap hari, sekitar jam 5 -6 petang, pasti loceng rumah kami akan berbunyi ditekan oleh rakan-rakannya tanda ajak bermain di taman.

Selalu ‘Gosip’ Dengan Anak Cara Nak Ajar Anak Pandai Bersosial. Mama Jangan Paksa-Paksa!

IKLAN

Selalu ‘Gosip’ Dengan Anak Cara Nak Ajar Anak Pandai Bersosial. Mama Jangan Paksa-Paksa!

Malah dia jadi anak yang mudah empati bila melihat budak lain malu-malu atau tak diendahkan.

Untungnya kini saya terjumpa modul menggendalikan pelbagai isu tingkahlaku toddler yang lengkap dengan skrip & langkah demi langkah oleh pakar toddler. Nah, saya kongsikan percuma buat anda, salah satu isu popular toddler. Semoga membantu!

USWATUN HASANAH MOHD HABIB

Kredit: Baby language

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

Selalu ‘Gosip’ Dengan Anak Cara Nak Ajar Anak Pandai Bersosial. Mama Jangan Paksa-Paksa!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI