“Selamat Hari Jadi Ibu” Raikan Ayash Dengan Selawat Nabi, Kakak & Abang Jadi Pendamping Setia!

Share

Percaturan Allah sememangnya maha hebat. Disaat seisi keluarga dilanda kesedihan, Allah gantikan kegembiraan untuk merawat luka.

Kepulangan Ayash Affan semalam diatur cukup sempurna, bertepatan dengan hari lahir arwah ibunya hari ini.

“Alhamdulilah, hadiah hari jadi ibu, daripada Ibu.

“Selamat Hari Jadi Ibu ❤️..AL FATIHAH,” tulis Shuib ringkas di Instagramnya.

Malah Shuib juga turut berkongsi gambar bersama keempat-empat anaknya, sebaik selesai menunaikan solat bersama-sama.

Diraikan dengan selawat Nabi
Terdahulu, kepulangan anak kecil itu ke rumah diraikan cukup sempurna dengan iringan selawat Nabi oleh seisi keluarga Shuib. Menerusi saluran YouTube Shuib, jelas kepulangan si kecil itu begitu dinantikan semua.

Bermula sebaik melangkah turun dari kereta hingga ke muka pintu rumah, anak-anak Shuib melompat gembira sebaik melihat Shuib bersama Ayash. Begitu dinantikan.

Shuib seterusnya terus membawa Ayash menuju ke bilik sambil selawat Nabi terus bergema menyambut anak kecil itu. Sayu dan sebak namun inilah kegembiraan yang digantikan Allah SWT.

Abang dan kakak jadi peneman setia
Tidak disitu sahaja malah setiap perkongsian Shuib di Insta Storynya begitu menarik perhatian wargamaya.

Mana tidaknya, wajah-wajah kakak dan abang-abangnya yang begitu ceria melayan Ayash setiap masa malah menjadi pendamping setia setiap waktu.

Seronok melihat anak-anak Shuib, Uwais dan Talita berkongsi cerita mengenai Ayash yang begitu membuatkan mereka teruja.

” Dia tak sejuk ke?

” Dia haus tu Uwais cemas, macam dia tak bernafas,” bermacam pertanyaan dan perkongsian dari abang dan kakak yang begitu teruja.

Mengambil rutin menjaga anak keempat yang diamanahkan oleh arwah Siti Sarah kepadanya, Shuib turut berkongsi jadual menyusu anak kecilnya itu. Satu amanah yang begitu bererti padanya.

Semoga Ayash membesar dengan sihat dan teruslah menjadi pelengkap bahagia, penceria daddy, kakak dan abang-abangnya.

Menarik: Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi? Baca Untuk Ketahui

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN