Selamat Hari Lahir Hero Malaysia. “Hadiah Tahun Ini Saya Minta Rakyat Kekal Duduk Di Rumah.”

Share

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menyambut hari lahir yang ke-57 mengharapkan hadiah dari rakyat untuk terus kekal di rumah dan terus doakan Malaysia kembali pulih.

Wajahnya yang setiap hari keluar di kaca televisyen untuk berkongsi perkembangan Covid-19 di Malaysia telah dianggap sebagai hero rakyat Malaysia.

Sempena ulang tahun kelahiran beliau 21 April (hari ini), Dr Noor Hisham telah menyampaikan harapannya menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh Bernama malam tadi.

Minta rakyat duduk rumah jadi hadiah hari lahir tahun ini

Dalam ucapannya itu, beliau menyatakan bahawa hadiah paling bernilai untuknya tahun ini adalah dengan meminta rakyat Malaysia terus duduk di rumah bagi sama-sama memerangi Covid-19 dari terus menular.

Kredit: Mstar

Beliau mengucapkan kata-kata tersebut dalam keadaan tersenyum dilihat agak ceria dan penuh harapan agar rakyat Malaysia dapat merealisasikan hadiah istimewa itu untuknya.

ARTIKEL MENARIK [Tak perlu Sampai Basuh & Jemur Barang Dapur Balik Shopping. Memadai Jaga Kebersihan!]

Walaupun ucapan itu ringkas, ia dah cukup memadai kerana harapannya itu sangat bermakna untuk memastikan semua barisan hadapan negara juga dapat kembali mendapat kehidupan normal bersama keluarga.

Kredit: Sinar Harian

Selamat hari lahir, semoga sentiasa dilindungi Allah

Sebagai menghargai pengorbanan Dr Noor Hisham rata-rata pengguna Facebook telah mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’ buat KP Kesihatan dan mendoakan agar beliau terus bersemangat untuk menjadi orang paling hadapan dalam menangani Covid-19 ini.

Moga perjuangan Dr Noor Hisham bersama pasukannya terus dipermudahkan dan Malaysia dapat bebas dari virus ini secepat mungkin. Apa yang beliau mahukan kerjasama rakyat dapat dilakukan secara berterusan sehingga seluruh negara betul-betul diisytiharkan bebas.

Sumber : Bernama

IKLAN