“Terima kasih Allah pinjam kan rezeki yang tidak ternilai ini Selama 1tahun 2bulan 29 Hari. Abi Dan ummi serta kakak dhuha sangat gembira dengan kehadiran adik..kami pasti akan rindu semua gelagat adik ☺️.. Besar Ujian ni dik tapi Abi Dan ummi redho pemergian adik dan yakin dengan qadar Dan qada’ Allah.”
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini Dato’ Sri Siti Nurhaliza ada berkongsi yang anak sulungnya sudah mula bersekolah. Melalui posting di laman Instagramnya, dia turut memuat naik foto bersama suami dan Siti Aafiyah yang lengkap memakai uniform sekolah. Teruja untuk menceritakan tentang pengalaman menghantar anak ke sekolah, Dato’ Siti turut untuk berkongi tentang hal ini ketika melakukan sesi LIVE bersama pengikutnya.
“Aafiyah memang suka dapat sekolah. Waktu bawa dia tour sekolah dulu pun memang dia happy sangat. Bila nampak playground lagilah dia seronok sampai melompat-lompat.”
Tambah Dato’ Siti, ketika dia dan suami menghantar Aafiyah ke sekolah, anak mereka terus buka kasut dan masuk tanpa memandang ke belakang lagi. “Kami pula yang panggil, suruh dia salam ibu dan ayah dulu. Dia pun patah balik dan salam kami, lepas tu terus jalan semula. Tak ada pandang belakang dah.”
Dato’ Siti juga memberitahu dia yang asyik memandang ke belakang. Risau kalau-kalau Aafiyah keluar dan mencarinya. Sebagai ibu, dah tentu dia risau kalau anaknya menangis tapi turut melahirkan rasa syukurnya kerana semuanya okay.
“Alhamdulillah, tak menangis. Harapnya dia konsisten sampai bila-bila,” kata Dato’ Siti lagi. Menurut penyanyi terkenal ini lagi, ketika bangun pagi Aafiyah juga tidak cranky dan teruja. Memandangkan anaknya itu tidur awal, jadi dia sangat bersemangat untuk ke sekolah hari itu.
Kata Dato’ Siti lagi, ketika di sekolah ada guru Aafiyah menghantar video. Dapat dilihat di video tersebut Aafiyah sangat seronok mengikut rentak lagu dan menari bersama rakan sekelas. Dato’ Siti melahirkan rasa syukur kerana Aafiyah enjoy di sekolah dan mendengar arahn dengan baik.
Di dalam sesi LIVE tersebut juga Dato’ Siti ada berkongsi yang Aafiyah membuat marketing di sekolah. “Saya ada bekalkan Beaukids untuk dia ke sekolah. Dia minum dan cakap pula dengan kawan-kawan untuk minum Beaukids kerana ia akan buat mereka jadi kuat,” cerita Dato’ Siti sambil tersenyum.
Selain itu, Dato’ Siti juga ada berkongsi tentang sekolah yang dia dan suami pilih untuk Aafiyah. Menurutnya, sekolah itu adalah sekolah yang mengetengahkan pembelajaran Islamik. Biarpun Aafiyah sudah belajar mengaji, doa-doa harian dan solat dengan Teacher Na di rumah tetapi diharapkan dengan bersekolah dapat membuatkan bacaannya lebih baik dan dapat belajar berkongsi.
Ikuti sharing Dato’ Siti di video ini;
**Sumber video: Selebriti Malaysia
“Di sekolah dia boleh belajar dengan lebih baik dan boleh belajar berkongsi sebab kalau tidak semuanya dia punya. Dengan adik pun tak berkongsi.”
Biarpun pada hari pertama tersebut Dato’ Siti tidak sempat untuk berjumpa dengan Aafiyah ketika anaknya pulang dari sekolah, dia meminta untuk Teacher Na tanyakan pada anaknya mahu tak ke sekolah lagi. Menurutnya, Aafiyah seronok mahu ke sekolah lagi.
Harapan Dato’ Siti agar anaknya terus semangat dan semoga boleh menjadi pemimpin yang baik di sekolah. “Tunggu-tunggu, ada depan mata. Tiba-tiba dah masuk sekolah. Tak lama lagi adik pula sekolah,” tambah Dato’ Siti dalam kebahagiaan.
Seorang kanak-kanak perempuan kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Tempinis ditemukan lemas di tali air di Kampung Tasik Nibong, Bukit Jeruk di Jabi dekat sini, petang tadi.
Mangsa Saidatul Insyirah Abdul Muin, 10, yang mempunyai masalah pembelajaran dikatakan pergi ke tempat kejadian bersama dua yang lain termasuk adiknya, Saidatul Fatimah untuk menyauk anak ikan.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian yang berlaku sekitar 1.30 tengah hari itu diketahui bapa mangsa Abdul Muin Muhammad, 39, apabila adik mangsa pulang memberitahu bahawa kakaknya dipercayai terjatuh ke dalam tali air tersebut.
“Bapa mangsa segera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 500 meter dari Sekolah Pondok Raudhatul Muhammad, tempat mereka tinggal.
“Terdapat pelajar sekolah pondok tersebut terjun ke dalam tali air itu untuk membantu mencari mangsa sebelum menemukan mangsa tidak lama kemudian,” katanya kepada pemberita.
Abdul Rozak berkata mangsa dibawa naik ke darat dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Jabi oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun katanya pemeriksaan pegawai perubatan di klinik kesihatan tersebut mendapati mangsa telah meninggal dunia.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Besut kira-kira 6.40 petang tadi untuk bedah siasat,” katanya sambil memaklumkan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Bukan biasa-biasa. Kemahiran anak kecil ini yang cukup mahir memasak di dapur sememangnya patut diberikan pujian ramai.
Bukan memasak menu biasa, bahkan anak kecil yang berusia enam tahun ini gemar turun ke dapur memasak menu apa sahaja yang disukainya.
Menerusi akaun Tik Tok ibunya, @syatirahabdullah, banyak video memasak yang turut dikongsikan malah amat menarik perhatian ramai.
“Siapa suruh bagi anak involve dengan kerja rumah dari dia kecik.
“Kan hari ni dia ambil order bonda babah nak makan apa,” tulisnya menerusi video yang dikongsikan.
Apa yang menarik perhatian pastinya kecekapan adik berusia enam tahun ini yang langsung tidak kekok mengendalikan peralatan di dapur dan sering untuk mencuba pelbagai resipi.
Bahkan anak kecil ini tetap membuka pesanan dari ibu dan ayahnya untuk dimasak. Bukan calang-calang.
Gaya anak kecil ini memasak hidangan menu kue tiaw goreng buat kedua orang tuanya amat menarik perhatian. Nampak sedap. Antara hidangan yang sudah pun dicuba anak kecil ini termasuklah menu kue tiaw goreng, tempe, tauhu dan sebagainya.
Wargayamaya turut meninggalkan pelbagai komen malah memuji bakat anak kecil ini yang gemar memasak.
Tabika Tunas Istimewa bakal diperluas dengan 132 kelas baharu menjelang 2027. Dengan yuran RM100, lebih ramai anak istimewa berpeluang mendapat pendidikan awal.