Isu doula dalam proses kelahiran di rumah atau homebirth menjadi isu yang wajar diketengahkan. Dari tujuan asalnya untuk mendapatkan keselesaan semasa besalin di rumah, ia bertukar menjadi tragis dengan kematian ibu/ anak atau kecacatan bayi

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak memberikan pandangan beliapu mengenai trend ini. Trend homebirth dengan penggunaan doula perlu dipertimbangkan dengan bijak oleh ibu bapa agar tidak merisikokan nyawa sewenang-wenangnya. Berikut ialah perkongsian beliau;

“Dulu, nenek moyang kita semua bersalin secara normal di rumah, tak perlu pergi hospital. Hidup je ! “

Melahirkan anak di rumah bukanlah suatu yang luar biasa di beberapa kawasan di negara kita. Proses kelahiran sebegini sudah diamalkan oleh bidan kampung dan pembantu kelahiran tidak terlatih berkurun lamanya, sejak sebelum wujudnya kemudahan perubatan moden dan hospital.

Namun, dengan kemajuan dan perkembangan dalam sistem penjagaan kesihatan bagi wanita hamil, komplikasi serius yang boleh menyebabkan kematian ibu dan kematian bayi dalam kehamilan ataupun sejurus selepas kelahiran telah berjaya dikurangkan dengan banyaknya.

“Selesa Bersalin Di Rumah, Tapi Bila Kecemasan Tahu Ke Nak Buat Apa?” Doktor Selar Sikap Doula Tidak Bertanggungjawab

Walaupun begitu masih ramai wanita yang tertarik untuk bersalin di rumah sedangkan mereka mempunyai kemudahan untuk pergi ke hospital. Mengapa? majoriti wanita-wanita ini memiliki pendidikan formal, pemegang ijazah dan sarjana.

Antara alasan yang dikenalpasti :

  • Berasa bebas dan lebih berpuas hati dengan kelahiran di rumah.
  • Pemikiran yang hanya mahukan kakitangan wanita
  • Mahu mengelakkan prosedur yang dirasakan tidak perlu, seperti penggunaan vacuum atau forseps semasa kelahiran ataupun caesarean.
  • Untuk mendapatkan pengalaman kelahiran yang lebih natural, tanpa ubat atau analgesia.

Di negara-negara tertentu seperti United Kingdom (UK), kelahiran di rumah adalah dibenarkan untuk kehamilan berisiko rendah selepas kaunseling sewajarnya diberikan semasa pemeriksaan antenatal.

Kelahiran di rumah adalah salah satu kebiasaan bagi mereka kerana bilangan bidan bertauliah adalah mencukupi bagi menjaga wanita-wanita hamil di kawasan-kawasan yang tertentu.

Jarak rumah yang dekat dengan hospital setempat, dan bidan berpengalaman yang telah menerima akreditasi dan pengiktirafan dari kolej-kolej perbidanan di UK menjadikan perkhidmatan ini tersedia dgn banyaknya di kawasan mereka.

Tingkatkan risiko bayi cedera otak & cacat

IKLAN

Nenek moyang dulu bersalin kat rumah, ok jer! – Perlu ingat bahawa terdapat kadar kematian yang tinggi di kalangan ibu dan bayi semasa kelahiran pada masa dahulu di mana kebanyakkan tidak dilaporkan ketika itu dan disembunyikan daripada kita.

Kanak-kanak cacat disebabkan kelahiran kerana kecederaan otak yang tidak dikenal pasti atau kekurangan oksigen semasa kelahiran adalah antara komplikasi-komplikasi kelahiran yang dikenalpasti.

“Selesa Bersalin Di Rumah, Tapi Bila Kecemasan Tahu Ke Nak Buat Apa?” Doktor Selar Sikap Doula Tidak Bertanggungjawab

Ajaran doula tidak selari dengan ilmu perbidanan moden

Untuk mereka yg memilih bersalin dirumah bertemankan Doula , ada ajaran Doula ini yang tidak selari dengan ilmu perbidanan moden dan membahayakan nyawa ibu serta bayi.

Doula akan berada di rumah ibu untuk memberi sokongan moral ketika saat bersalin. Di rumah sendiri, ibu bebas menentukan kaedah bersalin yang mereka nak, tanpa sebarang prosedur dan ubatan.

Bersalin bukan kerja main-main

IKLAN

Langit tak selalunya cerah, tak semua kelahiran berjalan lancar seperti yang diingini. Terlalu banyak perkara yang tidak dijangka boleh berlaku secara tiba-tiba ketika proses kelahiran sekaligus meragut nyawa. Bersalin bukan kerja main-main.

Walaupun Doula ini menekankan bila mana berlaku kecemasan ibu akan dibawa ke hospital segera. Persoalannya berapa cepat ibu boleh sampai ke hospital jika TIADA perkhidmatan ambulans yang bersedia mendapat makluman awal di mana rumah ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan anak?

Tu belum lagi ambulans sesat nak carik umah ! Bila masa ambulans sampai di rumah dan bergegas bawak ibu ke hospital, ibu mungkin susah mengalami komplikasi yang teruk.

“Selesa Bersalin Di Rumah, Tapi Bila Kecemasan Tahu Ke Nak Buat Apa?” Doktor Selar Sikap Doula Tidak Bertanggungjawab

Doula tiada ilmu untuk hadapi kecemasan

Ibu-ibu yang memilih kelahiran di rumah perlu jelas menyedari keterbatasan tugas seorang doula.

Saya petik dari satu laman sesawang doula di Malaysia. “Your duties may include comfort and emotional support during labour and birth, but do not include medical observation, advice, diagnosis or treatment. Doulas are NOT certified nor qualified to provide primary care for mother nor baby and DO NOT SERVE TO RECOGNIZE OR TREAT EMERGENCIES that may arise during labour or birth”.

IKLAN

Nampak tu? Doula tiada ilmu perubatan jauh sekali ilmu obstetrik untuk berdepan dengan kecemasan – tapi sangat berani utk memperjudikan nyawa ibu dan bayi.

Memang la selesa bersalin di rumah, tapi bila ada kecemasan tahu ke nak buat apa?

Siapa sebenarnya yang lebih prihatin dengan kesihatan ibu dan bayi secara keseluruhannya? Adakah doula-doula ini benar-benar ikhlas untuk mewujudkan pengalaman manis bersalin pada ibu-ibu? Adakah pendapatan lumayan daripada perniagaan doula ini telah mengaburi akal dan fikiran mereka?

“Selesa Bersalin Di Rumah, Tapi Bila Kecemasan Tahu Ke Nak Buat Apa?” Doktor Selar Sikap Doula Tidak Bertanggungjawab

Syorkan bersalin di hospital

Saya ingin mengesyorkan doula-doula yang dikatakan bertauliah ini supaya lebih bertanggungjawab. Jika si ibu itu berisiko tinggi, sila NASIHATKAN ibu itu untuk bersalin di hospital. Tiada masalah nak guna khidmat doula pun jika kehamilan itu berisiko rendah, itupun perlu pengawasan bidan terlatih.

Gaji saya dan jururawat di hospital awam tidak bertambah sedikit pun jika makin ramai ibu yang datang bersalin dengan kami. Apa yang kami mahukan adalah ibu dan anak selamat dan pulang ke rumah dengan keadaan yang shift sejahtera.

Biarpun saya antara DOKTOR LELAKI yang ‘dibenci’ sangat di dewan bersalin sehinggakan ada pesakit mahupun suami pesakit menghalau saya ketika bertugas atas panggilan, saya tetap menggalas tanggungjawab memastikan nyawa ibu dan bayi selamat setiap masa.

Nyawa tiada galang gantinya.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI