Untitled design - 2020-06-16T150558.984

Sama-sama susah, sama-sama senang. Itu prinsip yang dipegang oleh pasangan suami isteri ini yang tular di media sosial kerana si isteri sanggup menunggang motosikal dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak.

Dalam perkongsian di twitter memaparkan seorang isteri menunggang motosikal sambil dirakam oleh suaminya yang memandu kereta di atas lebuh raya.

Semangatnya Kental! Isteri Sanggup Bawa Motor Dari KL Ke Ipoh, Suami OKU Terharu

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa bukan suami yang menunggang motosikal? Untuk pengetahuan ramai kisah pasangan ini pernah tular iaitu, Muhamad Firdaus Ibrahim, bekas atlet tenis paralimpik dan isterinya, Siti Fatimah Mohd Nor.

Isteri berjiwa kental

Firdaus, lumpuh kedua belah kakinya selepas terlibat dalam kemalangan ketika berusia 16 tahun. Sejak daripada itulah pergerakan menjadi semakin terbatas.

Menurutnya, dia dan isteri terpaksa berpindah ke Ipoh selepas mendapat pekerjaan baru, jadi selepas tamat PKPB mereka mula merancang untuk berpindah.

IKLAN

Semangatnya Kental! Isteri Sanggup Bawa Motor Dari KL Ke Ipoh, Suami OKU Terharu

Isterinya menawarkan diri untuk membawa motosikal tersebut balik ke Ipoh dari KL, kerana sebelum isterinya memang sudah biasa menunggang dalam perjalanan jauh.

“Isteri kata dia dah biasa ‘ride’ jauh-jauh waktu zaman belajar dulu. Selalu ulang alik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke kampungnya Marang,Terengganu. Orangnya kecil, tapi berjiwa besar…”

Ikut dari belakang

Risau akan keselamatan isteri, sepanjang perjalanan Firdaus memang mengikut isterinya daripada belakang, dalam jarak 100 meter.

IKLAN

“Saya akan berada di belakang dia dalam jarak 100 meter. Kalau banyak sangat kereta beratur belakang, baru saya laju sikit. Lepas tu saya berhenti dan tunggu dia pintas saya semula…”

Semangatnya Kental! Isteri Sanggup Bawa Motor Dari KL Ke Ipoh, Suami OKU Terharu

Kesian dia, banyak kali saya ucap terima kasih

IKLAN

Namun sebagai seorang suami, jauh di sudut hati Firdaus, jika dia mampu mungkin dialah yang menunggang motosikal tersebut. Namun, mujurlah dia mempunyai isteri yang berjiwa kental dan sanggup berkorban deminya.

“Saya rasa kesian dekat dia, banyak kali saya mintak maaf. Banyak kali saya ucap terima kasih kerana sanggup susah senang…”

Setakat ini, video di tweet Firdaus semakin mendapat perhatian netizen, malah ada yang mempersoalkan mengapa dia tidak menggunakan khidmat pos. Firdaus berkata, isterinya yang sudah menawar dari awal lagi untuk bawa motosikal tersebut.

Rata-rata netizen kagum dengan pasangan tersebut. Semoga pasangan suami isteri ini terus diberi kebahagiaan mengikut cara mereka dan inspirasi buat pasangan lain.

Sumber: Gempak & Muhamad Firdaus Ibrahim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI