Seminar Penyusuan Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu, Tanda Sokongan Padu!

Share

Bersempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia, Majalah Pa&Ma tidak terkecuali menyokong kempen ini. Namun istimewanya, minggu hebat ini yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 7 Ogos ini diraikan Pa&Ma dengan penuh gilang gemilang bersempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019.

Seminar Penyusuan- Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu yang julung-julung kali diadakan ini turut mendapat sokongan pada tiga panel tersohor iaitu Dato’ Dr Hamid Arshat, Dr Maiza Tusimin daripada Hospital UPM, Sri Kembangan dan juga Dr Roliza Ibrahim daripada Avisena Women & Children Specialist Hospital, Shah Alam.

Seminar yang diadakan pada 2 Ogos, bertempat di SACC, Shah Alam ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 50 orang peserta.

Acara dimulai dengan perkongsian Resipi Kejayaan Penyusuan Ibu oleh Dr Maiza Tusimin dan kemudiannya diikuti dengan panduan hebat yang dikongsikan oleh pakar sakit puan tersohor, Dato’ Dr Hamid Arshat dengan tajuk “Pastikan Ia Berjaya. Hasilnya Anak Hebat”.

Peserta kemudiannya berpeluang menambah ilmu dengan panduan dan teknik yang dikongsikan oleh Dr Roliza Ibrahim pula dengan topik Teknik Penyusuan.

Paling menarik, bukan hanya bersoal jawab mengenai penyusuan, bahkan peserta tidak pulang dengan tangan kosong bila mana turut membawa pulang cenderahati hebat dan cabutan bertuah daripada beberapa jenama produk penyusuan.

Antara produk terlibat adalah Haenim Malaysia, Tateh, Holabebe dan juga Avisena Women & Children Specialist Hospital.

Malah produk Haenim Malaysia turut sama mengadakan demonstrasi menggunakan pam susu miliknya di booth Pa&Ma. Peserta juga berpeluang membawa tiga hadiah cabutan bertuah yang berupa pam susu, pengecas pam dan juga aksesori penyusuan.

 

IKLAN