Dah seminggu demam dan suhu badan mencecah hingga 40 darjah celcius, penyampai radio Fizi Ali bersyukur dan mengesahkan anak perempuannya, Ameena Sofia tidak dijangkiti Influenza A atau denggi.
Walaubagaimanapun, menurut Fizi, Ameena masih ditahan di hospital kerana akan demam pada waktu malam.
“Sebenarnya dah seminggu Ameena asyik demam malam. Dalam pukul 2 pagi hari tu, tiba-tiba seluruh badan dia naik bintik-bintik dengan suhu badan yang tinggi, 40 darjah celcius.
“Kami jadi panik dan kelam kabut, itu yang terus bawa dia ke hospital. Selepas melakukan pemeriksaan dan ujian darah diambil, Alhamdulillah Ameena tidak dijangkiti Infleunza A ataupun denggi.
Ads
“Namun, Ameena masih perlu ditahan kerana ada beberapa pemeriksaan lanjut akan dibuat.
“Saya harap semua orang akan terus mendoakan semoga Ameena cepat sembuh seperti biasa,” katanya.
Ads
Tambah suami kepada aktres Shakilla Khoriri ini, dia akui tidak dapat menahan perasaan sedih apabila melihat keadaan puteri tunggalnya yang jatuh sakit.
“Saya memang berasa sedih melihat keadaan Ameena yang terlantar sakit. Sama juga dengan apa yang dirasai Shakilla.
Hati ibu mana tak sedih anak yang dilahirkan tiba-tiba diuji sakit. Menurut Siti Famiza Bahari, 32 tiap kali Muhammad Faris Naufal Mohd Fairul Ridzuan, 2, menangis, dirinya pun ikut menangis, malah dapat merasakan kesakitan yang ditanggungnya.
Pada usia masih begitu kecil, dia terpaksa melalui pelbagai rawatan termasuk kemoterapi, kerana penyakit barah hati (hepatoblastoma) setelah doktor mengesahkannya pada bulan Mac lalu.
Bermula bahagian perut mengeras
Katanya, beliau membawa Muhammad Faris Naufal untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas mendapati bahagian perut sebelah kanan kanak-kanak itu mengeras.
“Selepas melakukan pemeriksaan, termasuk imbasan sinar-X, doktor mengesahkan anak menghidap kanser hati. Muhammad Faris Naufal kemudian dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kami perlu berulang-alik ke sana mengikut janji temu dengan doktor,” katanya.
Dah 7 kali kemoterapi
Setakat ini, Siti Famiza berkata, Muhammad Faris Naufal sudah selesai melalui tujuh kali rawatan kemoterapi di HPP, dan dijangka menjalani pembedahan untuk membuang separuh daripada hatinya pada Julai depan.
Beliau berkata, berat badan anaknya itu juga berkurangan hingga hanya 8.9 kilogram (kg) berbanding 11kg sebelum ini, kerana tidak berselera makan.
“Sebelum ini, saya mengambil upah mengasuh kanak-kanak di rumah dan bolehlah membantu kewangan keluarga, selain suami bekerja di bengkel kereta dengan pendapatan kira-kira RM1,200 sebulan.
“Namun sejak anak sakit, saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada Muhammad Faris Naufal dan anak sulung, Nur Fariza Najla, 5, di rumah,” katanya.
Kekangan kewangan
Siti Famiza berkata, mereka perlu menyimpan wang untuk membawa Muhammad Faris Naufal menjalani rawatan di HPP, namun adakala terputus kewangan.
Katanya, beliau bersama suami buntu memikirkan sumber kewangan untuk menampung keperluan rawatan anak, selain membayar sewaan rumah sebanyak RM500 sebulan dan menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat kini.
“Muhammad Faris Naufal juga perlu minum susu formula khas dan memakai lampin sepanjang masa. Jika ada yang hendak membantu, saya bersyukur sangat kerana sudah tidak tahu mana lagi hendak cari duit,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Siti Famiza melalui talian 011-29527561.
Sementara itu Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal turut hadir menyerahkan sumbangan wang tunai, barangan keperluan harian dan susu formula khas bagi meringankan beban Siti Famiza sekeluarga.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Usia lima tahun adalah fasa yang sangat menarik dalam perkembangan kanak kanak. Pada usia ini, anak bukan sahaja semakin petah bercakap dan aktif bergerak, malah mula menunjukkan kematangan emosi, pemikiran yang lebih logik serta kebolehan bersosial yang semakin jelas. Setiap anak berkembang mengikut rentak sendiri, namun terdapat beberapa milestones anak usia 5 tahun yang boleh dijadikan panduan oleh ibu ayah untuk memahami perkembangan selari usia anak.
Pada usia lima tahun, kebanyakan kanak kanak sudah mempunyai kawalan tubuh yang lebih baik dan pergerakan yang lebih seimbang. Mereka mampu berlari dengan stabil, melompat dengan kedua dua kaki, memanjat, serta berdiri dengan satu kaki untuk beberapa saat. Anak juga biasanya sudah boleh mengayuh basikal dengan roda sokongan dan mula berani mencuba aktiviti fizikal baharu.
Perkembangan ini penting kerana ia membantu membina kekuatan otot, koordinasi dan keyakinan diri anak. Ibu ayah boleh menyokong perkembangan ini dengan memberi ruang untuk anak bermain di luar, melakukan aktiviti fizikal dan mengurangkan masa skrin berlebihan agar milestones anak usia 5 tahun dapat dicapai secara sihat.
Dari segi motor halus, anak lima tahun biasanya sudah boleh memegang pensel dengan lebih kemas dan menulis beberapa huruf atau namanya sendiri. Mereka juga mampu menggunting mengikut garisan, mewarna dalam ruang yang ditetapkan serta menyusun puzzle yang lebih mencabar.
Kemahiran motor halus sangat berkait rapat dengan persediaan ke sekolah rendah dan merupakan antara milestones anak usia 5 tahun yang penting. Aktiviti seperti melukis, menampal pelekat, bermain plastisin dan membuat kraf boleh membantu menguatkan otot jari serta meningkatkan fokus anak.
Bahasa anak pada usia lima tahun menjadi lebih jelas, tersusun dan bermakna. Mereka mampu bercakap dalam ayat yang panjang, bertanya banyak soalan dan menceritakan pengalaman dengan urutan yang lebih teratur. Anak juga sudah boleh memahami arahan lebih daripada dua langkah serta mula mengenali bunyi huruf dan perkataan mudah.
Pada peringkat ini, anak sangat suka berbual dan berkongsi cerita. Ibu ayah digalakkan untuk mendengar dengan penuh perhatian, membaca buku bersama dan berbual secara dua hala kerana ia menyokong pencapaian milestones anak usia 5 tahun dari aspek bahasa.
Anak lima tahun mula menunjukkan kebolehan berfikir secara logik dan kreatif. Mereka boleh mengenal warna, bentuk, nombor asas serta memahami konsep masa seperti pagi dan malam. Anak juga mula bermain secara imaginatif dan mencipta jalan cerita sendiri.
Dari sudut emosi, anak lima tahun semakin mengenali perasaan sendiri dan orang lain. Mereka mula menunjukkan empati, memahami perasaan rakan serta belajar mengawal emosi walaupun masih memerlukan bimbingan berterusan.
Pada usia ini, anak mula gemar bermain bersama rakan sebaya, belajar berkongsi dan memahami peraturan sosial. Pengalaman sosial ini membantu membentuk keyakinan dan kemahiran komunikasi.
Anak lima tahun biasanya sudah boleh mengurus diri seperti memakai baju sendiri, memberus gigi dengan pemantauan, makan tanpa bantuan dan mengemas mainan. Ini adalah sebahagian daripada milestones anak usia 5 tahun yang membantu membina rasa tanggungjawab.
Walaupun setiap anak berkembang mengikut kadar berbeza, ibu ayah disarankan mendapatkan nasihat pakar sekiranya anak menghadapi kesukaran berkomunikasi, tidak berminat bersosial, tidak memahami arahan mudah atau menunjukkan masalah pergerakan yang ketara.
Usia lima tahun adalah tempoh penting dalam pembentukan asas fizikal, emosi, sosial dan kognitif anak. Dengan sokongan, perhatian dan kasih sayang daripada ibu ayah, anak akan membesar dengan lebih yakin dan seimbang. Ingatlah bahawa milestones anak usia 5 tahun hanyalah panduan, bukan perlumbaan. Yang paling penting adalah perjalanan membesarkan anak dengan penuh sabar dan kasih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Otak wanita ibarat ‘roti jala,’ sebab itu bila tidur pun masih berfikir. Dalam kajian yang dilakukan oleh University of Pennsylvania menjelaskan otak lelaki dan otak wanita sangat berbeza.
Lelaki boleh untuk tidak melakukan apa-apa dan masih tenang. Perempuan tidak boleh tidak melakukan apa-apa kerana ia menyebabkan perempuan menjadi resah, dan ketika melihat lelaki tidak melakukan apa-apa, perempuan sering mempunyai persoalan “kenapa lelaki macam ni eh”.
Sebenarnya, otak lelaki terdiri daripada kotak-kotak kecil, yang tidak berhubung sesamanya. Kotak ini independent dan tidak bersandar dengan kotak-kotak lain. Dalam erti kata mudah, ada compartment khas untuk setiap perkara. Contoh, lelaki ada kotak untuk kereta, kotak untuk wang, kotak untuk pekerjaan, untuk anak-anak, kotak untuk isteri, kotak untuk ibu bapa dan lain-lain.
Ketika seseorang lelaki membincangkan subjek tertentu, mereka akan pergi specifically ke kotak yang sesuai, membukanya, membincangkan hanya isi kotak itu dan kemudian setelah selesai, mereka akan menutup semula kotak tersebut dengan harapan tidak menyentuh atau mengganggu kotak lain.
BERBEZA DENGAN WANITA. OTAK WANITA TERDIRI DARIPADA KOTAK BERTALI YANG BESAR DAN SEMUANYA TERHUBUNG DENGAN SATU SAMA LAIN DENGAN IKATAN YANG TEGUH, ALA MACAM ROTI JALA, BERSERAT DAN BERHUBUNG DAN KESEMUA KOTAK DI HUBUNGKAN DENGAN ‘EMOSI’… INI ADALAH SALAH SATU SEBAB MENGAPA WANITA CENDERUNG BEREMOSI, MENGKAITKAN SATU PERKARA DENGAN PERKARA LAIN DAN MENGINGATI BANYAK PERKARA.
Selain itu, wanita juga tak boleh duduk diam, kerana ikatan yang ada pada kotak-kotak ini. Walaupun hakikatnya wanita ada “kotak diam”, namun ia terikat dengan kotak-kotak lain yang tak reti duduk diam.
Anyways, tahu tak kotak kegemaran lelaki yang menjadi kebencian perempuan tu apa?
A BOX OF NOTHING.
Kotak yang tak ada apa di dalamnya. Yes. Nothing. Percaya atau tidak, kadang-kadang kaum lelaki ini memang tak da apa yang di fikirkan dalam fikiran mereka, just nothing. Jadi jangan marah bila anda tanya
“How was your day today,”
Dia jawab “okay”.
Sepatah sahaja walaupun sehari ada 9 jam di tempat kerja. Paling win, kalau kita jumpa kawan lelaki yang dah 5 tahun tak jumpa, dan kita tanya
“How was your life”
Dia jawab “okay lah”
Lima tahun kehidupan disimpulkan dengan sepatah perkataan. Inilah istimewanya ciptaan tuhan. Lelaki diciptakan lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Namun, wanita diciptakan untuk lebih multitask dalam melakukan sesuatu. Embrace the differences!
Persediaan Darjah 1 bukan sekadar membeli kelengkapan sekolah. Ketahui 7 perkara penting yang wajib ibu ayah lakukan sebelum anak memasuki Tahun 1 pada sesi persekolahan 2027.