Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita “Sempat Suap Lemang & Rendang..” Anak 3 Tahun Hilang Ketika Majlis Raya

“Sempat Suap Lemang & Rendang..” Anak 3 Tahun Hilang Ketika Majlis Raya

Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan hilang ketika majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin, Kuantan malam 27 Mei.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri  atau mesra dipanggil Tia dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya, Muhammad Sukri Ali, 50 pada 11.15 malam.

Siti Nur Athhiyya Soffea adalah anak tunggal dan memakai baju kurung merah di majlis itu.

“Berdasarkan laporan, kejadian itu disedari bapa mangsa, yang juga pengusaha rumah rakit berkenaan.

“Bapanya mendakwa sudah bertanya mengenai anaknya kepada semua tetamu yang hadir, namun tiada mengaku melihat kanak-kanak itu menyebabkan bapanya membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu jam 3.23 pagi.

“Sempat Suap Lemang & Rendang..” Anak 3 Tahun Hilang Ketika Majlis Raya
Kredit Gambar: Astro Awani

“Seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan,” katanya.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan sejak awal pagi kerana ada kemungkinan kanak-kanak itu terjatuh ke dalam sungai.

“Firasat saya dapat rasakan bahawa Tia bukan lemas..”

Sementara itu, menerusi laporan Sinar Harian Sukri berkata, nalurinya kuat menyatakan anaknya, Siti Nur Athhiyya Soffea atau mesra dipanggil Tia masih berada di darat dan bukanya jatuh ke dalam sungai berhampiran di rumah rakit miliknya.

Namun, dia memaklumkan reda dengan sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap anak perempuanya itu.

IKLAN

“Firasat saya dapat rasakan bahawa Tia tidak terjatuh ke dalam sungai sebaliknya masih berada di darat.

“Sempat Suap Lemang & Rendang..” Anak 3 Tahun Hilang Ketika Majlis Raya

Tak mudah ikut orang yang tak dikenali

Tia memang seorang kanak-kanak yang lincah dan ceria namun tidak akan ikut orang yang tidak dikenalinya.

Selepas kehilangannya, saya ada ikhtiar mencari dengan menggunakan kaedah alternatif dan pihak itu mendakwa anak saya disorok bunian.

Saya yakin Tia masih hidup dan tidak putus-putus berdoa supaya ditemukan dengan selamat.

IKLAN

“Namun jika berlaku sebaliknya saya sekeluarga reda,” katanya.

Muhammad Sukri berkata, mereka sekeluarga tinggal di rumah rakit berkenaan sejak ia mula beroperasi kira-kira setahun lalu.

“Ketika kejadian, tetamu yang datang masih ramai dan disekeliling rumah rakit juga cerah dengan lampu, mustahil tiada siapa yang perasan jika anak saya terjatuh ke dalam sungai.

“Sebelum kejadian, anak saya berada di dalam bilik di sebuah lagi rumah rakit namun dia tidak dapat dikesan selepas keluar bersendirian dari bilik berkenaan,” katanya yang memaklumkan melihat anaknya itu kali terakhir Tia pada jam 11.15 malam.

Muhammad Sukri berkata, kebiasaannya, anaknya akan tidur pada jam 2 atau 3 petang.

Bagaimanapun, katanya, mungkin disebabkan ada penganjuran majlis hari raya, anaknya tidak tidur pada petang Jumaat.

IKLAN

“Sempat Suap Lemang & Rendang..” Anak 3 Tahun Hilang Ketika Majlis Raya“Saya berharap anak saya ditemui segera dan terima kasih kepada semua agensi yang terbabit dalam operasi mencari,” katanya.

Sempat suap lemang dan rendang

Sementara itu, ibu Tia, Ita Daud, 46, memberitahu anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum kejadian itu.

“Tia sentiasa ceria, saya sempat menyuapkan lemang periuk kera dan rendang ke mulutnya sebelum dia dilaporkan hilang,” katanya.

Kredit: Berita Harian& Sinar Harian

“Sempat Suap Lemang & Rendang..” Anak 3 Tahun Hilang Ketika Majlis Raya

Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI